Showing posts with label Memories. Show all posts
Showing posts with label Memories. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

Birthday stories..

Assalamualaikum wbt

Rajin pulak mahu menulis enty malam-malam nie, it's my birthday night tonight..
Feel something missing...from all those yearssssss

no midnight birthday celebration..teringat lah pulak kan sbb dah bertahun-tahun memang celebrate macam tue. with all sort of things accompanied that, jak dari zaman umur 18 tahun. Rindu kawan-kawan yang pernah buat macam-macam untuk saya, macam-macam, yang kreatif yang menarik, yang surprise, yang terharu, yang lucu, yang sweet dan sebagai bagainya. Dalam tempoh usia remaja tu memang tempoh masa berkenalan dan berkawan dengan ramai orang, jadi rempah ratus dan rencah yang terjadi pun banyak lah juga...

Kenapa saya tulis sejak umur 18 tahun? Sebab sejak usia 18 tahun baru saya duduk dengan kawan-kawan. Saya tidak bersekolah asrama. Bila duduk dengan kawan-kawan nie bermula lah segala bagai jenis midnight celebration setiap tahun.

Masa tuh, jika tidak celebrate face to face pun, mesti berduyun mereka-mereka yang rapat dan special tunggu pukul 00:00:01 utk jadi orang 1st wish birthday. Manfaatkan teknologi sms dan call, hehe... time baru habis sekolah dan baru ada handphone.

Yang paling happening masa 1st year di Canberra, sbb hampir satu batch dari semua kursus berparti malam tu, 1Malaysia. Kami tidak tahu kedai kek yang halal, maka budak-budak 1st year nie 'bergotong-royong" membuat sendiri kek yang besar.

Yang paling syahdu dan sweet lagi membekas di jiwa masa final year, yang disambut bersama murabbi dan mutarabbi. Bersama kisah sebuah kek cokelat moist yang sampai sekarang saya masih rasa "guilty". Hampir 2 bulan sebelumnya, housemate bertanya, "thuaibah, apakah kek idaman awak?". Saya pun menjawab dengan penuh khayal lagi action tanpa mensyaki apa-apa, dengan ayat pertama...."kek idaman saya tiada siapa boleh buat, dia macam ada kt syurga je"...daaa..
Si kawan yang baik hati itu meminta saya menerangkan bagaimana kek itu dengan lebih terperinci, maka saya dengan penuh selamba dan actionnya, menerangkan khayalan saya.

*Ting* kek itu ada di depan mata pada malam birthday.

Ya ALLAH, bersalahnya Allah je tahu, nak menangis masa tu jugak. Saya ingat dia tanya suka-suka sambil borak-borak, saya pun apa lagi menyebarkanlah imaginasi mengada saya..she has to use cadbury chocolate bar untuk buat kek tu, bukan coklat masakan biasa dan try buat beberapa kali utk pastikan dpt hasil yang memuaskan... dan saya tidak menyedarinya walaupun kami serumah!....until sekarang saya masih rasa bersalah, lebih dari rasa terharu yang amat!

Setiap tahun ada cerita tersendiri, saya amat menghargai semuanya sampai bila-bila.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Ada satu kenangan sewaktu hari lahir ke-18 yang masih kuat dalam ingatan, tahun 2005 di dalam kelas Rotorua di INTEC. Tiba-tiba ada seekor "burung" terbang dan mendarat di atas meja saya dalam kelas sewaktu saya khusyuk membuat kerja.

Burung itu diperbuat daripada duit kertas RM 1 dan dilipat-lipat menjadi bentuk burung dan boleh terbang ke meja saya. Bila dibuka lipatan duit kertas RM1 itu terlihatlah ukiran Happy Birthday yang agak unik.

Saya masih simpan duit kertas RM1 itu dalam album gambar di rumah saya. It's a simple yet meaningful. Ia adalah hadiah birthday kreatif yang pertama pernah saya dapat.


------------------------------------------------------------------------------------------------

Seorang sahabat pernah membuat handmade geeting card masa tingkatan 3. Saya ingat sampai sekarang kerana dia adalah salah sorang pelajar cemerlang sekolah, dan dia membuat kad 4 muka surat itu sewaktu tengah-tengah peperiksaan TRIAL PMR. Saya impress kot, hehe.

------------------------------------------------------------------------------------------------
after all, not cakes, cards, fresh flowers, books that count, but their sincere efforts (that i can see with my heart) and love that will always remain in my heart.


no midnight birthday celebration;

tahun ini landskap nya lain.

akhir kata,

Selamat menambah amal semua, Ramadhan sudah selesai 1/3.




Ramadhan Dua Zaman


Thursday, April 23, 2009

Perut Lembu

Masa: Suatu pagi, December 2008
Tempat: Sebuah Dapur, Empangan Jajar

Seorang gadis sedang melihat ibunya membasuh perut lembu. Melihat dari jauh. Perut lembu yang baru disembelih itu dikikis dengan penuh gigih menggunakan pisau. Kemudian direndam ke dalam air kapur selama beberapa lama. Akhirnya, direbus berulang kali.

Gadis itu hanya melihat dari jauh. Tiada permintaan meminta tolong dari ibunya dan dia tidak juga menawarkan diri untuk menolong membersihkan perut lembu yang panjang dan memang panjang itu.

Dia berjalan ke sisi dapur, dan duduk. "Mak, kak long harap kak long tak perlu buat benda nie". Entah kenapa ayat yang aneh itu keluar dari bibirnya. Dia tidak pernah mengatakan begitu kepada sebarang tugas di dapur. Tetapi, entah kenapa hari itu, perkataan itu terkeluar. Sudah bertahun-tahun, sejak kecil dia selalu melihat ibunya membersihkan perut lembu. Bahagian perut lembu memang digemari untuk dimakan oleh ramai orang Melayu, tetapi hanya sangat sedikit yang tahu dan rela untuk membasuh dan membersihkan segala kekotoran sebelum ia boleh dimasak secara normal.

Ibu yang mendengar perkataan yang terpacul dari anak gadisnya itu hanya tergelak. "Berdoalah kalo betul-betul tak nak buat". Si Ibu seolah mengerti maksud tersirat disebalik sebaris kata anaknya itu. "Haaaa?..Boleh ke berdoa?". Dia tergelak sama mendengar saranan si ibu. Sekecil-kecil perkara pun disuruh berdoa.

Masa: Selepas Menyembelih Lembu
Tempat: Empangan Jajar.

"Nie perut lembu, siapa nak?" Tanya salah seorang dari pasukan melapah lembu.
Semua orang memandang kepada yang lain.

"Kita tak pandai nak buat (basuh dan bersihkan)"

"aah, kalo dah bersih boleh juga, kat rumah tue tak de sape tahu nk buat"

"kita tahu makan je, nak buat tak tahu"

"kalo nak bagi yang dh siap buat (bersih) , kita nak lah"

Jawapan biasa, setiap kali selesai melapah lembu dan upacara pembahagian kepala, kaki, ekor, hati , dan perut kepada pasukan melapah. Kerana ayahnya mempunyai banyak lembu, sejak kecil dia selalu menjadi saksi babak ini. Babak yang berlaku di depan tangga rumah memandangkan bahagian-bahagian lembu yang belum dilapah akan digantung di kawasan anjung rumah yang luas itu.

Di dalam rumah, si ayah pernah berkata, "cmnie lah selalu masa nie semua tak nak, nanti siap basuh semua orang nak"

Akhirnya, ibunya yang akan melakukan. Seingat dia, ayahnya juga yang mendidik ibu beberapa belas tahun dulu menjadi wanita terpilih membuat operation perut lembu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Kak Long, nanti ada calon, interview lah dulu...tanya dia, suka makan perut lembu tak?"
Lamunannya terganggu dengan suara dari adik perempuannya. Kehadiran adik perempuannya di bahagian dapur kering tidak disedari oleh si ibu dan kakak. "haha..." dia tergelak melihat si kakak terkejut. "Haish" kakaknya mengerutkan dahi sambil mengira-ngira, patutkah dirinya berdoa seperti saranan si ibu. "Kalo kak long malu, biar lah tolong interview", si adik menawarkan diri. "Isk" dia menambah kerutan keningnya sambil memandang si adik, lantas menyambung kira kiranya, "Hurm..mungkin tidak perlu". Perut tidak pernah dimusuhi oleh dia. Membersihkan perut lembu dan memasak perut lembu adalah perkara yang berbeza. Membersih perut is the hardest part, memasak perut yang sudah dibersih adalah seperti masakan lain, tidak memerlukan perjuangan dengan segala kekotoran dan bau yang tidak menyenangkan. Takdir akan menentukan adakah dia terpilih untuk membuat bakti dengan menjadi pakar perut seperti ibunya...


"Kak Long, try lah...sedap" ujar si adik sambil mengunjukkan bekas air asam untuk dicicah dengan perut yg segar itu. Dia hanya melihat. Sepi. Dia tidak pernah memakan perut. "Dia takut nak makan, bimbang kalo sedap, nanti menyesal sbb dah 21 tahun terlepas nikmat makan perut" sampuk si ayah. Ha'a betul, nanti menyesal ^_^.

Tuesday, September 9, 2008

Kad Raya



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ada 2 minggu lebih lagi nak raya ttp kenapa saya dah bercakap ttg raya?...nie bukan ttg raya, nie ttg kad raya, pengalaman di Malaysia menghantar kad raya antara negeri mengambil masa 2-3 minggu, kerana ia adalah musim kad raya, perkhidmatan POS MALAYSIA sgt sibuk dan mengambil masa yg lama. Jd untuk memastikan (insyaAllah), kad raya sampai pada masanya, kne lah pos awal2. Apatah lagi dari luar negara.

Biasanya pos barang/ surat (pos biasa a.k.a bukan pos laju) dari Malaysia-Aussie atau Aussie-Malaysia mengambil masa 7 atau 8 hari termasuk cuti hujung minggu. Pos laju malaysia-aussie mengambil masa hanya 3 hari. Ini adalah berdasarkan pemerhatian saya, dan tempoh ini akan lebih lama andainya jarak lebih jauh. Sebagai langkah berhati-hati dengan harapan kad ini sampai sebelum raya, saya nk pos awal kerana ia adalah musim raya.

Esok, sy mesti ke pejabat POS untuk mengepos kad raya. Sebenarnya ia bukan kad raya khas ttp kad biasa dgn 'mark' aussie atau ANU. Saya nk pos juga sbg kad raya kerana tahun lepas sy tidak mengepos sebarang kad raya kepada sesiapa kerana kad raya tidak ada dijual di Canberra (kt Sydney dan Melbourne je ada).

Sejak saya pandai menulis, mak saya memang menggalakkan saya menulis dan mengopos kad raya, beliau akan membawa sy ke kedai lalu meminta saya memilih kad raya untuk dibeli. Selepas itu, beliau akan menggalakkan saya menulis kepada kawan-kawan saya. Mungkin pertama kali saya menulis kad raya ialah sewaktu saya darjah dua. Apabila saya semakin besar, senarai org yg sy akan tulis kad raya makin bertambah dan bertambah saban tahun. Dari yg perlu dipos sampailah kepada yg dihantar menggunakan tangan. Masakan tidak, kawan sekelas di Wataniah yg duduk sebelah meja pun saya bg kad raya:-), housemate di akasia pun dapat kad raya apatah lagi ahli tanzim PSC. Sepupu-sepupu saya pun saling mengutus kad raya. Ttp sy rasakan itu adalah cara mak saya menggalakkan saya menulis. Tahun lepas adalah satu satunya tahun yg saya tidak mengutus kad raya manual kepada sesiapa. Saya hanya menghantar e-card kepada beberapa orang. Namun, bagi saya, kad raya tradisional mempunyai sentuhan dan nilai sentimental yang berbeza dari e-card. Dan saya memang lebih menyukai kad tradisional kerana saya boleh simpan ( sy tidak pernah buang semua kad sy pernah saya dapat sejak kecil ) dan baca berulang kali.

Kad Raya sebenarnya bukan sekadar hanya berfungis sbg wasilah mengucapkan Selamat Hari Raya kerana jika itu tujuannya maka ia tidak berbaloi, ini kerana perkhidmatan 'sms' adalah jauh lebih cepat dan murah pada zaman sekarang. Tetapi ia lebih kepada tanda ingatan dan penghargaan istimewa kepada orang-orang yang kita sayang.


(kad raya dari atuk)

(aishah dan najibah, jazakillah~! )

Walau bagaimana pun, tahun ini senarai penerima kad raya adalah para penghantar kad raya tradisional kepada saya tahun lepas:-). Kad Raya yang tidak saya balas namun ia membuatkan saya teruja dan menemani raya saya di perantauan. Terima Kasih~!. Saya sgt menghargainya.


2007 Kad Raya (with exception of the 2 pink, 1 yellow, and 1 brown envelopes)

Monday, August 4, 2008

01 08 2008

Assalamualaikum wbt.

Selepas 7 bulan tidak menulis apa-apa di sini, tiba-tiba sy merasakan satu perasaan utk mencoretkan sesuatu yg sgt mendominasi perasaan saya sejak dua tiga hari ini.

Kehilangan nenek tersayang.

Beliau meninggalkan kehidupan dunia yg singkat ini pada pukul 1.20pm waktu malaysia di saat ummat Islam di Malaysia sedang mengerjakan solat jumaat, di sisi semua org yg menyayanginya. Di samping suaminya (atuk sy) dan juga satu2 nya anak lelakinya (bapa saudara sy) yg telah 'diperintahkan' oleh mak sy utk tidak menunaikan solat jumaat pd ketika itu kerana melihat keadaan nenek sy.

Nenek sy di diagnose menghadapi masalah paru-paru berair ketika sy berada di malaysia bulan january yg lalu. Keadaan beliau sudah pun teruk pd waktu itu, kerana apabila paru2 nya ditebuk utk dikeluarkan cecair bg melegakan pernafasannya, doktor mengeluarkan seplastik (size standard air yg di masukkan ke badan pesakit di hospital) cecair berisi darah. Saya tahu keadaan beliau sgt penat setiap kali proses itu dijalankan, beliau akan tidur dan tak lalu makan selepas itu utk beberapa hari. Namun, proses tebuk menebuk itu terpaksa terus dilakukan kerana cecair itu cepat memenuhi paru2 nya dan akan menyebabkan beliau tidak boleh bernafas. Keadaan juga lebih menyedihkan apabila beliau sebenarnya adalah seorang pesakit parkinson sejak sekian lama. Tahap parkinson beliau adalah, beliau tidak akan mampu menyuap sendiri nasi ke mulut pd jam terakhir sebelum ubat parkinson perlu di ambil (ubat itu perlu diambil setiap 4jam sekali). Nasi tersebut akan terabur begitu sahaja tanpa sempat memasuki mulutnya. Dan ubat parkinson akan mampu utk mengurangkan sedikit dari simpton2 parkinson. Saya tahu beliau menjadi lebih penat sejak disahkan menghadapi masalah paru2 bulan januari yg lalu, kadang2 terpaksa bergantung dengan alat bantuan oksigen dan hospital juga telah menjadi rumahnya sejak dari itu.

Saya, adalah cucu sulung dan tidak keterlaluan utk mengumumkan sebagai cucu kesayangannya.
Saya, mengakui banyak menerima kasih sayang dari memberi kepadanya.
Saya, sedar saya tidak sempat berbakti kepadanya.
Saya, tidak sabar untuk mengulang-ulang cerita yg beliau suka.

Beliau sgt mengikuti segala khabar dan perkembangan ttg saya. Bukan setakat kisah besar, malah peristiwa2 yg berlaku di dalam kelas 1 Hamzah, 2 Shafie, 3 Bukhari, 4 Khawarizmi-4 al farabi ,5 Ibn Rusyd dan aktiviti2 saya di sekolah pun beliau ikuti dengan penuh minat. Kadang2 apabila sy memenangi sesuatu pertandingan, beliau dan atuk sy akan sampai ke rumah sy petang tersebut untuk mendengar sy bercerita:-).
Biasanya, sy akan cerita full version dengan penuh perasaan hanya sekali:-)
Mungkin sebab terlalu menyayangi cucunya, beliau mempunyai satu tabiat, tabiat meminta sy mengulang bahagian2 yg mana beliau suka berulang kali pd ms itu juga atau pd minggu2 atau bulan2 selepasnya. Dan sy sebagai cucu yg belum benar2 mengerti dan sabar melayani kerenah org tua, biasanya akan melakukan dua atau tiga kali sahaja, selepas itu saya akan......dengan penuh tiada perasaannya buat muka tak nak (tapi bukan muka masam). Lalu, mak sy akan menggantikan sy bercerita=)...

Malam td sy berkata kepada mak, "Lepas nie dah tak de org nak suruh kak long ulang2 cerita byk kali"(dengan sebak dan air mata mengalir laju). Saya menambah lg, "itulah, masa ada org nk dengar buat tak layan, skg dh xde org nak minta mcm tuh". Saya sedih. Saya terasa sgt. Sbb sy tahu ini adalah part yg sy tidak melayannya dgn penuh sabar.

Malah sewaktu sy menjaganya di hospital sewaktu cuti yg lalu, beliau masih suka bertanya saya macam2, dan mahu sy bercerita byk2. Padahal keadaannya sgt lemah dan sgt kurang bercakap pd waktu tersebut.

"Ya Allah, andaiku pernah menyebabkannya terasa hati, ampuni lah daku~! "

Sy tidak menyediakan diri utk pertemuan yg terakhir tatkala menjaganya di hospital pd bulan january yg lalu. Kami bertukar shift menjaganya, di mana pd sebelah malam (isya'-subuh) adalah giliran mak saya. Kemudian, Khalili (sepupu sy) akan sampai ke hospital sebelum subuh lalu solat di hospital dan menjaganya sehingga lbh kurang pukul 9pg-10pg sebelum sy mengambil alih sampai ptg. Sebelah petang sehinga isya' adalah giliran yg tidak tetap, sepupu-sepupu yg lain dan juga sesiapa shj yg lapang. Ini adalah jadual tetap sepanjang sy berada di malaysia utk cuti musim panas. Banyak masa sebenarnya dengan dia, utk memapahnya ke bilik air atau kadang2 apabila beliau agak sihat, sy hanya sekadar membantunya bangun, tidak perlu temankan sampai ke dalam bilik air. Saya tahu beliau tenat dan kadang2 keadaan kesihatannya mencemaskan, namun sy masih berharap masih ada pertemuan buat kami. Paling kurang biarlah cuti musim panas december nanti sy masih boleh menemuinya. Kali terakhir sy bercakap dgnnya di telefon beberapa minggu lepas, beliau mengadu lelah dan tidak boleh bercakap dgn sy. Jadi kami hanya bercakap sekejap shj.


Cerita Ibu,

"solat isya' malam itu, mak doa kt Allah betul2 jgnlah bg mak mengantuk dan tertidur malam ini, Ya Allah, jgnlah aku sedar2 ibuku dah tak boleh bercakap...aku nak mengajarnya mengucap dalam keadaan dia masih penuh sedar"

"pukul 2 pagi tuh, cara tarikan nafas sudah berbeza dan perutnya dan berombak spt sedang menarik, mak telefon sume yg terdekat utk dtg hospital segera."

"doktor sahkan dia pergi 1.20 tghari, ptg jumaat itu"

"Alhamdulillah, dia pergi dgn keadaan tersenyum, wajah yg sgt pucat sewaktu sakit, menjadi putih kuning dan berseri-seri. Sendi-sendi dan mayatnya lembut sampai akhir wp sudah dikafankan. Dan mayat itu sgt ringan sampai ada beberapa pengangkat mayat yg berkata dgn suara yg kuat dek terkejut, "Ya Allah, ringannya".

"dalam hadith sahih yg diriwayatkan (sy lupa dah siapa yg mak sy cakap ari tuh), air mata yg meleleh pd mayat adalah 3 drpd tanda kematian yg baik yg Rasulullah SAW sebutkan dlm hadith tersebut, moga air mata itu adalah benar petandanya"

"kak long, buatlah sembahyang mayat ghaib spt yg kak long buat untuk Tok Wan (moyang meninggal ms sy kt intec), Mak Cik Mah (meninggal ms sy kt intec), dan Mak Su Kiah (meninggal ms sy kt intec)"

"lps tuh kak long baca lah yaasin berterusan dan ulang2, kalo penat, berhenti sekejap tp teruskan bc ayat kursi sedekahkan kat dia, buat berterusan sepanjang ptg nie sampai malam nie, ms nie perjalanan roh dia yg br kuar dr badan, moga dgn doa2 dan sedekah kita Allah mempermudahakan perjalanan rohnya."

saya, mengiringinya dengan penuh air mata. Tabahkan hatiku Ya Allah.

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada org2 yg sabar."

"Iaitu, org2 yg apabila ditimpa musibah, mereka berkata innalillahi wainna ilaihirajiun (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali)"

"mereka itulah yg memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah org2 yg mendapat petunjuk"

(2:155-157)