Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Wednesday, July 6, 2011

Aku dan Al Ikhwan Al Muslimun (2)

Dr Yusof Qardhawi mengatakan bahawa peluang bertemu mata buat pertama kali dan mengenali dengan dekat Sheikh Al-Ghazali adalah buah pertama ujian dakwahnya. Perkenalan ini berlaku dalam bot ketika mereka dipindahkan dari Penjara Haikastib, Kaherah ke Penjara di Jabal Tur (gunung tempat Nabi Musa AS menyendiri dan mendapatkan cahaya).

Di Penjara At-Tur Dr Yusof Qardhawi sentiasa mendampingi ulama' ulung yang dikaguminya, Sheikh Al-Ghazali. Beliau menyatakan bahawa Penjara At-Tur mereupakan pusat latihan tarbiah Ikhwan yang paling baik pernah dilalui, "inilah tempoh tarbiah secara intensif bagi seorang tentera untuk mendidik ketaatan, disiplin, pengorbanan dan lebih mementingkan saudara lain berbanding diri sendiri". Penjara itu dipenuhi dengan para ulama' dan anggota Ikhwan yang menukarkan penjara itu menjadi masjid sepenuh masa, untuk beribadah pada waktu malam dan siang, mempelajari pelbagai kitab induk sehingga khatam, bersenam secara berjemaah setiap hari dan menuntut ilmu di kelas-kelas pengajian oleh beberapa ulama' di situ.

Buku yang ditulis dalam bentuk kronologi ini banyak memberi penjelasan penting dan gambaran sebenar terhadap rentetan peristiwa yang berlaku terhadap Ikhwanul Muslimin dan pemerintah Mesir.

Gambaran penyeksaan di penjara yang dahsyat apabila pemerintahan Mesir bertukar pemimpin juga diceritakan dalam buku ini. Banyak kisah yang hampir sama dengan kisah dalam "Hari-hari dalam Hidupku" oleh Zainab Al-Ghazali. Satu kisah yang tidak dapat saya lupakan ialah tentang seorang pemuda yang diseksa dengan sangat dahsyat seperti yang digambarkan oleh orang yang melihatnya, "tubuhnya menjadi seperti selonggok daging yang penuh tersiat dengan luka, bersimbah darah dan nanah yang bercampur darah.."

"Apabila ada perintah untuk membawanya dari sel tahanan ke bilik soal siasat, para pengawal penjara sendiri akan menolak dan merasa ragu-ragu. Akh Muhammad sudah tidak mampu berjalan dan merejka juga tidak dapat membawanya ke bilik soal siasat kerana tubuhnya telah dipenuhi luka. Akhirnya mereka terpaksa menyediakan troli sampah untuk membawa Akh Muhammad ke bilik soal siasat." Beliau kemudiannya meninggal dunia akibat seksaan itu.

"Mereka yang meninggal dunia akibat seksaan biasanya dikumpulkan di ruang tersembunyi yang banyak disediakan di sudut-sudut penjara, kemudian dibawa oleh tentera ke Padang Abasiah untuk dikuburkan dalam satu lubang. Mereka dimasukkan ke dalam lubang tanpa dibersihkan, tanpa dikapankan dan tanpa ada seorang pun yang menyembahyangkan mereka."

Secara keseluruhannya saya melihat pemerintah Mesir memang bertindak keras terhadap Ikhwanul Muslimin sejak dari zaman penubuhannya. Walaupun pemerintah Mesir bertukar beberapa kali, Ikhwanul Muslimin tetap ditekan sejak dulu sehinggalah hari ini (mungkin keadaan adalah sedikit baik selepasa Revolusi Mesir baru-baru ini, namun era baru ini masih terlalu baru). Ribuan telah dipenjarakan dan mati akibat seksaan, ramai tokoh dibunuh dengan pelbagai helah, ratusan pemimpin Ikhwan dibuang ke luar negara dan dihalang daripada memasuki Mesir. Dr Yusof Qardhawi sendiri hanyalah dibenarkan memasuki Mesir selepas Revolusi bersejarah baru-baru ini, selepas berpuluh tahun dihalang memasuki bumi itu.

"Dan mereka melakukan tipu daya, dan Allah juga melakukan tipu daya. Dan Allah sebaik-baiknya pembuat tipu daya" (Al-Anfal:30)

Monday, July 4, 2011

Aku dan Al Ikhwan Al Muslimun



Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah, saya berjaya menghabiskan buku ini dalam masa tiga hari, pada minggu pertama cuti selepas peperiksaan ACCA.

Dr Yusof Qardhawi pernah mendapat tarbiah Ikhwanul Muslimin dan merupakan seorang ahli Ikhwan yang sangat aktif sejak zaman sekolah lagi. Beliau pernah mengikuti ceramah-ceramah Hassan Al Bana dan pernah beberapa kali dipenjarakan kerana penglibatan aktifnya dalam perjuangan Ikhwanul Muslimin.

Setelah 5 tahun bersama Al-Ikhwan Al Muslimin, beliau menukilkan 5 pandangannya terhadap Ikhwanul Muslimin, tatkala beliau berfikir dan menilai kembali perjalanan hidupnya bersama Ikhwanul Muslimin, samada membawa kebaikan kepada agama dan dunianya atau tidak?. Dan sejauh mana beliau memperoleh manfaat daripada dakwah ini?

Pertama:

Ikhwan telah meluaskan pemikiranku memahami Islam secara menyeluruh sebagaimana yang disyariatkan oleh Allah SWT, sebagaimana yang dinyatakan dalam kitabNya, seperti yang diseru oleh Rasul-Nya dan difahami oleh para sahabat baginda. Islam adalah agama dan dunia, dakwah dan negara, akidah dan syariat, ibadah dan kepimpinan, mushaf dan pedang. Allah SWT berfirman kepada Rasul-Nya:

"Dan kami datangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas seluruh ummat manusia. Dan kami turunkan kepadamu al-kitab (al-Qurán) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri" (An-Nahl:89)

Para fuqaha telah sepakat menetapkan bahawa syariat Islam telah menggariskan segala bentuk akhlak. Tidak ada satu sikap pun yang tidak digariskan dalam syariat Islam. Aku semakin mengenali Islam secara menyeluruh. Islam yang aku fahami tidak hanya bersifat simbolik seperti yang aku fahami sebelum ini dan yang masih difahami oleh sebahagian besar umat Islam.

Kedua:

Aku memahami kewajipan amal jamaí (kerja secara kolektif) untuk memenangkan Islam. Ketika itu aku mulai faham dengan jelas bahawa untuk mengembalikan kemenangan Islam haruslah melalui kata-kata, perbuatan, dakwah dan pengorbanan. Begitu juga dalam usaha mengembalikan kempimpinan Islam yang telah hilang dan mengembalikan hukum syariat yang meliputi seluruh sudut kehidupan, menghadapi musuh-musuh Islam, dakwah, syariah, akhlak dan umatnya.

Semua ini tidak mungkin mampu dilakukan seorang diri. Tetapi mesti dilakukan dalam sebuah jemaah yang mengumpulkan sasaran yang jelas, matlamat yang nyata, memberi pemahaman yang terperinci, iman yang mendalam, keterikatan yang kuat untuk merealisasikan matlamat besar umat Islam setelah runtuhnya khilafah Islamiyah dan tidak adanya khalifah. Tidak ada lagi sebarang ikatan dan tidak ada lagi sebarang sistem.

Semua telah sedia maklum bahawa Allah ada bersama jemaah. Seseorang akan lemah bila bersendirian dan kuat bila beramai-ramai. Serigala akan menerkam domba yang terpisah dari kumpulannya. Bekerjasama atas kebaikan dan taqwa itu adalah kewajipan umat Islam. Dan jika musuh-musuh Islam bersatu dan menyusun barisan untuk memusuhi Islam, kita tidak akan dapat menghadapinya seorang diri dan dalam keadaaan berpecah-belah. Allah SWT berfirman:

"Dialah (Allah) yang memberi engkau kekuatan dengan pertolonganNya dan dengan sokongan orang-orang beriman.." (Al-Anfal:62)

Ketiga:

Aku berubah daripada hanya menjadi seorang penasihat dan penceramah agama di kemung atau di desa sekitarku kepada seorang pendakwah Islam. Penekananku dalam dakwah tidak lagi hanya pada tahap memelihara komitmen beragama bagi seorang individu muslim, meskipun ini merupakan tahap yang perlu terus diperbaiki. Penekananku berubah kepada tahap membina kebangkitan Islam secara global, yang mampu menyentuh pemikiran dan mampu menghidupkan hati seluruh umat manusia di muka bumi. Seorang penceramah agama mampu melembutkan hati, mengingatkan orang kepada kematian, menggunakan kisah-kisah, hadis-hadis motovasi dan peringatan. Sedangkan pendakwah Islam mempunyai misi untuk mencerdaskan fikiran, menyentuh perasaan, menguatkan tekad, meninggikan cita-cita, mengerah tenaga, menghimpun kekuatan, menguatkan ikatan, mengumpulkan umat Islam untuk mengorbankan segala apa yang termampu untuk berjuang di jalan Islam.

Keempat:

Bergabungnya aku dengan Ikhwan telah mengubah cita-citaku kepada cita-cita biasa dan terbatas, pada cita-cita yang besar dan universal. Keinginanku tidak hanya sekadar menyelesaikan pengajianku, tetapi aku menginginkan sesuatu yang lebih luas dan dalam daripada sekadar mencari keuntungan peribadi dan masa dapan diri sendiri.

Aku sangat ingin membebaskan sungai Nil, negara-negara Arab, Islam dari seluruh kekuatan asing yang menjajahnya. Aku sangat ingin mengusir pemikiran dan sistem, serta undang-undang konvensional dan menerapkan pemikiran, sistem hukum Islam yang menggantikan tempatnya.

Aku sangat ingin menyatukan ummat Islam yang telah dipecah-belahkan oleh kejahiliahan, aliran mazhab, egoisme akibat strategi penjajah yang memecah belahkan mereka. Aku sangat ingin mengembalikan khilafah Islamiah untuk memimpin ummat di bawah panji al-Qurán dan kepimpinan Muhammad SAW.

Kelima:

Antara manfaat yang aku perolehi daripada madarasah dakwah Ikhwanul Muslimin adalah membebaskan mahasiswa Al-Azhar daripada terus terasing dalam masyarakat, yang merupakan akibat daripada sistem pembelajaran yang tidak menyeluruh. Generasi Mesir pada waktu itu terbahagi kepada dua iaitu generasi yang mempunyai corak pemikiran agama yang merupakan keluaran al-Azhar dan generasi kota yang berlatarbelakangkan pemikiran umum dan merupakan alumni pendidikan umum. Terdapat jurang pemikiran dan cara hidup yang sangat luas antara dua golongan ini. Mereka tidak dapat disatukan. Maka, antara tujuan utama dakwah Islam adalah untuk merapatkan jurang ini hingga mereka dapat saling bertukar-tukar manfaat. Jemaah Ikhwan telah berjaya menyatukan mereka atas dasar dakwah.


Bersambung...

Wednesday, August 4, 2010

Bumi Cinta


Bumi Cinta? Wow, A love story? hold on..

I was walking at One Utama after lunch when I first spotted this book in Popular and MPH. Considering I was quite free in the office that day, I bought it straightaway and did not move from my chair until I finished it. By the way, this is the one and only Habiburahman El Shirazy's book which I bought (make a record..:D).

For the first time Kang Abik (Habiburahman El Shirazy) does not use Egypt or Indonesia as the background of his novel. yeay, it's Russia this time.

Oh, the hero also has more human's characters than angel's act of piousness like other heros in his previous novel. Before I go further, the theme of this novel is about a struggle of a pious rijal to adhere to his Islamic teaching in Russia where (according to Kang Abik) is the biggest producer and user of pornography. The plot is evolving around Muhammad Ayyas's research at University, his relationship with Imam and Muslim community in Moscow, and his Mossad agent and stripper housemates.

As the book was written in Malay ( I got the Malay version, instead of Indonesian version which are sold almost everywhere), it's better for me to continue my blabbernes in Malay.



Bismillahi rahmanirahim...

Just some mere thoughts which I got after reading Bumi Cinta 4 weeks ago.

1. Watak Utama:

Muhammad Ayyas

Pemuda Indonesia yang pernah mendapat pendidikan di India dan Madinah. Dia ke Moscow untuk melakukan sebahagian daripada kajian untuk thesisnya. Tajuk kajiannya di Rusia ialah, "Sejarah Ummat Islam di Rusia pada Zaman Stalin". Dia sepatutnya dibimbing oleh Professor Tomskii sewaktu membuat kajian di Rusia, namun Prof. Tomskii terpaksa meninggalkan Rusia kerana dipanggil ke Turki untuk urusan yang lebih penting. Prof Tomskii telah melantik Doktor Anastasia untuk menggantikannya membimbing Ayyas. Ayyas melakukan kajian thesis di Lomonosov Moscow State University (MGU).

Keperibadian Ayyas digambarkan sebagai seorang yang sangat unggul akhlak dan kuat imannya, sebagaimana hero-hero Kang Abik yang lain seperti Fahri dan Abdullah Azzam. Dalam satu interview di Jakarta, Kang Abik pernah ditanya wartawan "watak-watak hero dalam Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih sangat ideal. Masih wujud lagikah lelaki seperti ini pada hari ini". Kang Abik menjelaskan sebenarnya masih ramai lagi lelaki-lelaki (dan tentu juga perempuan-perempuan) yang masih kuat iman, tinggi akhlak dan peribadi dalam dunia hari ini. Watak-watak sebegini walaupun nampak sangat idealis, perlu diangkat agar boleh menjadi contoh kepada masyarakat yang keliru idola dan identiti. Perlu ditumbuhkan tokoh-tokoh teladan yang akan mengisi jiwa para pembaca agar bisa melihat inilah peribadi Al Qur’an yang berjalan. Ayyas digambarkan sebagai seorang yang bijak, teguh dan kuat iman, suka menolong orang lain, romantis, pandai mengenakan orang dalam halus (kelakar) dan tegas dalam mempertahankan perkara yang berkaitan dengan pegangan Islam dan prinsip hidupnya.

Anastasia Palazzo

Beiau adalah seorang pemegang ijazah PhD dari Cambridge dalam usia yang sangat muda. Dia digambarkan sebagai seorang yang sangat cantik, tidak bergaul bebas dengan lelaki seperti warga muda Russia yang lain, bijak dan berpegang teguh dengan ajaran Kristian Oktodoks. Dia telah mendapat kedudukan yang tinggi dalam kerjayanya di MGU dan menjadi orang kepercayaan Prof Tomskii.

Dan Doktor ini telah terjatuh hati dengan Ayyas kerana dia tertarik dengan prinsip kesucian diri Ayyas yang dirasakan sangat berbeza dengan pemuda-pemuda Russia lain yang semuanya suka bertukar-tukar pasangan.

Yelena

Teman seapartment Ayyas. Kenapa Ayyas duduk dengan perempuan? Berdasarkan hujah David, teman Ayyas yang tolong mencarikan rumah buat Ayyas, inilah rumah paling selamat dan keadaan inilah yang paling selamat buat Ayyas di Rusia pada masa itu kerana duduk dengan lelaki Rusia lagi bahaya. Pengajaran yang saya dapat ialah, "berhati-hati dalam berkawan". Kawan mampu menjerumuskan kita dalam keadaan yang kurang baik nilai yang dipegang oleh kawan kita sudah kurang betul, maka keputusan yang dibuat juga menggunakan Fiqh Awlawiat dan kompas yang terpesong. Walaupun hujah David mungkin ada benarnya, namun jika dia kaki surau, dia akan boleh minta tolong tumpangkan Ayyas buat sementara waktu di mana-mana jemaah di surau dalam keadaan kesusahan sebegitu. Namun, David yang tidak pernah lagi solat sejak meninggalkan Indonesia dan telah hidup seperti orang Rusia lain.

Yelena adalah pelacur kelas atasan yang pernah dilanggan oleh pembesar Indonesia sewaktu berkunjung ke Russia. Yelena adalah seorang Atheis selepas memeluk Islam. Yelena digambarkan sebagai seorang yang selalu berpakaian sangat minumum di rumah sehingga Ayyas menegurnya agar lebih bersopan dalam berpakaian. Yelena memeluk Islam di akhir cerita selepas peristiwa dipukul hampir mati oleh geng mafia Russia.

Linor

Juga teman seapartment Ayyas. Dia adalah seorang agent Mossad di Rusia yang menyangka dia adalah berdarah Yahudi Zionist. Linor adalah seorang pemain biola professional yang sangat cantik, jahat dan bersikap dingin sepanjang masa.

Selepas satu projek Mossad meletupkan bangunan penting sewaktu lawatan seorang menteri dari eropah, Linor pergi bercuti dan menghabiskan masa bersama ibunya. Di sini barulah dia mengetahui bahawa dia sebenarnya berdarah Palestine dilahirkan oleh seorang ibu beragama Islam sewaktu tragedi Shabra Shatila. Ibu angkatnya yang merupakan salah seorang sukarelawan hospital di kem tersebut telah menyelamat dan membesarkannya sebagai seorang yahudi yang di "indoktrinate" dengan segala fahaman Yahudi dan Zionist di mana ayah angkatnya juga adalah seorang agent Mossad.

Linor juga telah merancang dengan teliti untuk memerangkap Ayyas dengan segala bukti untuk membuktikan bahawa Ayyas adalah dalang kepada pengeboman tersebut. Namun, "wa maka ro, wama karullah, wa Allahu khairul maakirin" manusia merancang, Allah menrancang dan Allah lah yang menetukan. Tidak seperti Fahri (Ayat-ayat Cinta) yang terpenjara angkara fitnah, Ayyas terselamat walaupun bukti-bukti yang dirancang Mossad mengarah kepadanya sebagai pengebom.

2. Jalan Cerita

Cerita bermula dengan ketibaan Ayyas di Moscow dijemput oleh David, sahabat lamanya, sewaktu bersekolah rendah di Indonesia. David telah mencarikan rumah buat Ayyas di sebuah apartment murah (budget Ayyas tidak banyak, jadi harus tinggal di apartment murah). David telah lama mengenali Yelena, dan berasa Ayyas akan selamat untuk tinggal dengan Yelena dan Linor. Kedua-dua perempuan ini digambarkan beberapa kali sebagai mempunyai kecantikan yang sangat mempesona.

Kehidupan yang bebas di Rusia menjadi ujian iman yang sangat besar bagi Ayyas yang pernah belajar di Madinah. Namun, dia tetap sangat menjaga pandangan mata dan perngaulannya dengan Yelena dan Linor sehingga Yelena pernah tersinggung kerana Ayyas menolak untuk berborak lama dengannya pada waktu malam di ruang tamu rumah. Kedua-dua perempuan ini pernah menggoda Ayyas tanpa segan silu dan Ayyas sentiasa mampu mengelaknya. Linor yang telah memasang kamera kecil pengintip dalam bilik Ayyas sebagai salah satu persediaan untuk mensabitkan dia dengan peristiwa pengeboman pernah mengintip menggunakan kamera tersebut untuk menggoda Ayyas. Tidak berpuas hati melihat Ayyas sangat teguh tidak menghiraukan kecantikannya, Linor menyusup masuk ke bilik Ayyas menggunakan teknik membuka kunci Mossad di waktu tengah malam ketika Ayyas sedang solat.

Ayyas kemudiannya melemahkan Linor menggunakan ilmu pertahanan diri yang dipelajarinya dan mengheret tubuh yang berpakaian gaun malam itu ke ruang tamu dan meninggalkannya di situ. Ayyas kemudiannya menangis bersungguh-sungguh sambil bersujud kepada Allah. Benar-benar seperti kisah Nabi Yusof dan Zulaikha. Linor yang kemudiaanya melihat rakaman dari kamera yang terpasang hampir tidak mempercayai Ayyas tidak melakukan apa-apa kepadanya dan tidak dapat menerima Ayyas terus bersujud dan beribadah kepada Allah.

Yelena pula telah dipukul agar mati oleh mafia Russia, dan diselamatkan oleh seorang mak cik pengemis di tepi jalan yang melihatnya dibuang di tepi jalan oleh mafia tersebut. Mak cik Kristian tersebut mempercayai kewujudan Tuhan dan mempunyai kenangan indah dengan rakan-rakan zaman kanak-kanaknya yang beragama Islam sebelum mereka semua dibunuh oleh Komunis kerana beragama (being practising Muslim). Mak cik tersebut selamat daripada dibunuh oleh komunis kerana berpura-pura menyokong idealogi Komunis dan tidak menjadi practising Christian. Mak cik yang setia menemani Yelena di hospital sehingga sembuh ini telah banyak mempengaruhi Yelena agar mempercayai kewujudan Tuhan. Yelena sebenarnya pernah memeluk Islam (kerana perkahwinan dengan pemuda Muslim) namun dia diceraikan kerana tidak menunaikan janji kepada bekas suaminya untuk menjadi 'practising' Muslimah dan juga kerana kecurangannya.

Dari sudut yang lain, Ayyas banyak menghabiskan masa siangnya di kampus membuat penyelidikan dan bacaan di perpustakaan. Dr. Anastasia Palazzo banyak berbahas tentang sejarah, agama dan kepercayaan dengan Ayyas dengan soalan-soalan yang sangat provokatif. Dia juga tidak dapat menerima ada manusia yang cerdik akalnya tetapi beribadah seperti nomad dan kaum primitif dengan sujud ke tanah. Persoalan Dr Anastasia ini dijawab dengan kupasan dan analogi yang sangat baik oleh Ayyas. Mereka sentiasa terlibat dalam perbincangan ilmiah dengan fakta sejarah yang sangat detail. Dr Anastasia dan Ayyas pernah sama-sama berdiskusi bersama tokoh-tokoh lain secara 'live' di televisyen Rusia. Sewaktu inilah pengeboman di bangunan terjadi dan Ayyas mempunya alibi yang sangat kuat walaupun polis ada bukti rakaman lelaki menyerupainya berada di kawasan pengeboman sebelum letupan dan juga beg berisi bahan membuat bom ada di bawah katil di rumahnya (yang telah diletakkan oleh Linor). Saya mendapat pengajaran tersendiri di sini, "kene selalu amal doa Rasulullah ajar untuk tidak menjadi mangsa fitnah dan perbuatan khianat orang lain". Ayyas hanya menjadi mangsa keadaan kerana dia adalah pemuda Islam dan menepati ciri-ciri untuk dijadikan kambing hitam, dek kerana pengeboman itu motifnya adalah Israel mahu hubungan diplomatik Russia dan negara-negara Islam rosak kerana Rusia agak berbaik-baik dengan negara-negara Islam pada masa itu.

Linor terbang ke sebuah negara lain untuk bercuti bersama ibunya (yang sebenarnya adalah ibu angkatnya) sejurus sebelum pengeboman itu berlaku. Linor kemudiaanya diberitahu identiti sebenar dirinya sebagai seorang bayi Palestine dilahirkan oleh seorang doktor Muslimah yang berkhidmat di Kem Shabra dan Shatila. Ibunya mati dibunuh dalam keadaan sangat mengerikan. Linor berasa sangat terpukul tatkala mengetahui perkara tersebut, mengenangkan pelbagai peranan risikan dan propaganda yang telah dilakukannya dalam mengkhianati rakyat Palestine. Ibu angkat Linor terpaksa menyembunyikan identiti sebenar Linor kerana kedudukan ayah angkatnya sebagai seorang yang penting dalam pentadbiran Israel.

Setelah mengetahui perkara sebenar, ibunya menyuruhnya untuk ke Jerman tinggal bersama sebuah keluarga Turki kenalan ibunya dan belajar Islam di sana sebelum membuat pilihan jalan hidupnya yang sebenar. Linor kemudiannya membunuh seorang gadis yang menyerupai dirinya dan memalsukan identiti gadis tersebut agar semua orang dan juga Mossad menggap dia sudah mati. Linor kemudian memeluk Islam dan bermimpi berjumpa ibunya yang menyuruhnya menikah dengan seorang lelaki yang mempunyai keperibadian seperti Nabi Yusof AS. Linor menyimpulkannya sebagai Ayyas kerana insiden di bilik Ayyas pada malam itu adalah hampir sama dengan kisah Nabi Yusof AS. Linor yang telah cuba menghapuskan semua bukti yang dia masih hidup kembali ke Russia untuk melamar Ayyas. Namun dia dibunuh sebelum sempat Ayyas membuat keputusan.

Ayyas telah meminta tolong orang-orang di Masjid mencarikan rumah baru buatnya atau menumpangkan rumah kepadanya kerana bimbang dengan keadaannya yang mempunyai dua orang perempuan sebagai teman serumah. Seorang pak cik kemudiannya mempelawa Ayyas tinggal bersamanya. Ayyas juga telah mula berkenalan dengan ramai orang-orang Islam di Moscow melalui masjid. Dia berjaya mendapat banyak maklumat tentang masyarakat Islam di Moscow melalui Imam Masjid Moscow. Hubungan yang baik dengan masyarakat Muslim disana menyebabkan mereka mengundang Ayyas untuk mengajar kanak-kanak Muslim Moscow membaca Al-Qur'an. Ayyas mengadakan kelas membaca Al-Qu'ran secara konsisten dengan kana-kanak tersebut sehingga mereka pandai membaca Al-Qur'an.

Pada masa yang sama, David yang telah lama hidup cara Russia menjadi insaf sejak dipertemukan oleh Ayyas dengan imam masjid besar Moscow. Dia mencari seseorang untuk dijadikan isteri tetapi mencari yang sekufu, yang juga mempunyai masa silam seperti dirinya, lantas dia mengajak Yelena memeluk Islam dan mereka pun berkahwin.

3. Konklusi

Happy ending ^_^, semua orang kembali kepada Islam. Indahnya jika dalam realiti kita boleh tarik ramai-ramai orang kepada Islam, kan?

Secara peribadi, jika dibandingkan dengan Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih, dua buah novel tersebut lagi banyak memberi kesan spiritual kepada saya. Banyak yang saya belajar dan termotivasi dengan dua buah novel tersebut. Pada pandangan saya, Bumi Cinta lebih sesuai untuk lelaki. Walau bagaimanapun, semua novel Kang Abik memberi contoh yang sangat praktikal untuk kita beakhlak dan menjaga peribadi dalam pelbagai situasi dalam dunia hari ini. Kang Abik mengajar dalam Bumi Cinta bahawa "puasa itu mampu menjaga iman, tilawah setiap malam itu mampu menjadikan kita berada dalam jagaan Allah sepanjang masa, dan Masjid adalah tempat penyuburan kesucian jiwa".

Semoga Kang Abik terus menulis kisah-kisah yang dekat dengan kita, meniupkan kesedaran dan meneguhkan iman dan mengukuhkan keislaman kita.

WaAllahu a'lam..

Sunday, July 25, 2010

What I Believe


In this thin book, Dr Tariq Ramadhan attempts to explain his stand in many issues relate to Muslim and Non Muslim, east and west in the simplest way. According to him, this is the book specifically for busy people who want to understand his thought, and they should refer to his respective books to understand in detail the discussion on varies topics.

In general, he's trying to help Muslims all over the world to revolutionise their way of thinking so that they can act and play a better and bigger role in the this modern, challenging decade.

However, I can see that he is focusing more to Western Muslims to escape the mental, social, cultural, and religious ghettos they have created for themselves and become full partners in the democratic societies in which they live. He's also trying to comprehend the non Muslims about the real Islamic principles and values, fighting the misunderstanding as well as misconception about Islam in the west.

Some Muslims oppose his opinion and stand, but I personally think that he does not bring any new teaching or principle which is not congruent with Islam. He just helping people to think from another angel and reform the old approach while the fundamental is still the same.

As his grandfather, he is the reformist.

~ signing the pink-veiled girl's copy of 'What I Believe' ~

Monday, July 12, 2010

Persembahan Dua Cinta



Assalamualaikum wbt

'Cinta di Rumah Hassan Al-Bana' diterbitkan dengan menukilkan memori indah anak-anak Hasan Al-Banna bersama ayah mereka yang tidak pernah membuatkan mereka berasa terpinggir di saat si ayah sibuk berjuang demi Islam, si ayah yang mengikrarkan bahawa ummat ini lebih disayangi dari segalanya dan si ayah yang menghabiskan seluruh hidupnya untuk dakwah. 'Persembahan Cinta Isteri Hasan Al Banna' adalah buku yang agak baru diterbitkan. Buku yang mengimbangkan kesan daripada buku yang diterbitkan lebih awal iaitu 'Cinta Di Rumah Hasan Al Banna'. Dua buah buku yang membicarakan dua insan mempersembahkan cinta terbaik mereka kepada pasangan, kepada keluarga dan kepada dakwah ummat.

Kenapa buku 'Persembahan Cinta Isteri Hasan Al Banna' dikatakan mengimbangkan kesan daripada buku yang pertama? Sesiapa yang membaca buku yang pertama akan merasakan Hasan Al-Banna sangat hebat di luar rumah dan di rumah. Dunia mengetahui apa peranan Hassan Al Banna dalam mengasaskan sebuah gerakan Islam yang memberi impak yang sangat besar dalam sejarah negara Mesir dan juga perkembangan Islam dan politik di seluruh dunia. Tentunya beliau sangat sibuk di luar rumah, menjelajah ke seluruh Mesir dan menghadiri pertemuan di sana dan di sini. Tetapi beliau masih mampu berperanan yang sangat besar, dekat dan teliti kepada keluarga dan anak-anaknya. Dari menyimpan rekod peribadi kesihatan dan pendidikan anak-anak sehinggalah menghantar bekal si anak ke sekolah, dari menegur dengan hikmah si anak yang tidak menghormati tetamu, sehinggalah menangani isu anak lelaki ketagih membaca komik, semuanya mujahid ulung ini dapat lakukan.

Lantas mungin ramai yang berangan-angan satu figure idealistik sebegitu. Tidak sedikit pula yang tertanya-tanya, jika banyak sekali sumbangan Hasan Al-Banna dalam rumah tangga, maka apa pula peranan si isteri?



Buku kedua menukilkan peranan isteri Hasan Al-Bana, Lathifah yang sebenarnya sama hebat, dari kekukuhan jiwa taqwanya sehinggalah kekuatan fizikalnya. Seorang wanita muslimah yang tenang melepaskan Hasan Al-Banna keluar berjuang sehingga berminggu-minggu tidak pulang ke rumah, yang menawarkan segala harta di rumah untuk dakwah Ikhwan, seorang wanita yang meneruskan kandungan selepas kematian Hassan Al-Banna di saat para doktor menasihati untuk mengugurkannya. Dia akhirnya membesarkan sendirian putera dan puteri Hasan Al Banna setelah kematian suaminya, mendidik kesemua anak-anak kecil itu menjadi pakar yang soleh dan solehah dalam pelbagai bidang ilmu. Lathifah melakukannya dalam pengawasan, pemantauan dan tekanan tentera Mesir yang ketat selama bertahun-tahun. Masalah kesihatan, ancaman tentera dan kesempitan kewangan yang dihadapi selepas kematian Hassan Al-Banna seakan-akan semakin menguatkannya untuk mendidik amanah peninggalan si suami menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat, menjadi tokoh masyarakat berbakti buat ummat.

Di belakang seorang lelaki yang hebat, memang berdiri seorang perempuan yang juga hebat. Lathifah memainkan peranan yang sangat cemerlang mendokong perjuangan suaminya. Dua insan ini mengajarkan dunia bahawa cinta itu mesti dipersembahkan dalam bentuk sebaik- baiknya, nanti ia akan membuahkan hasil agung untuk keluarga dan ummat.

Peranan utama si Mujahid adalah pada ummat, di luar rumah. Usah terlalu disibukkan dengan urusan rumah yang boleh menghalang kelancaran dan kelajuan langkahnya di luar rumah.

Peranan utama si Muslimah adalah dalam rumah, membentuk unit-unit individu Muslim berkualiti sejak dari kecil kerana peranan yang nampak kecil ini besar kesannya buat ummah. Usah terlalu jauh langkah di luar rumah sehingga terabai yang paling utama peranan menjadi tunjang utama baiti jannati.

Namun, kesibukan si mujahid jangan sehingga tiada peranan di rumah. Jangan kerana rumah itu medan utama, muslimah tiada sumbangan buat ummat di luar.

WaAllahu a'lam.

Tuesday, February 9, 2010

Wang, Anda dan Islam

Bismillahi rahmanirahim...


Saya membeli buku ini pada awal Januari yang lepas di MPH. Buku ini mengupas dengan terperinci konsep-konsep asas kewangan Islam dan produk-produk yang terhasil daripada dasar kewangan Islam.

Pengetahuan saya tentang kewangan Islam sebelum ini hanyalah terhad kepada konsep-konsep asas dan menghadapi masalah untuk mengaplikasinya kepada produk-produk yang ditawarkan oleh bank dan pelbagai jenis transaksi perniagaan yang ada di pasaran pada hari ini. Buku ini telah memberi penerangan dan penjelasan yang sangat jelas walaupun banyak menggunakan istilah Arab. Ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadith yang dijadikan asas dalam mengeluarkan hukum fiqh kepada produk-produk kewangan banyak membantu kefahaman pembaca terhadap hikmah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.

Perundangan syariah dalam kewangan Islam (muamalat Islam) lebih bersifat adil dan melindungi pihak pelanggan yang tidak mempunyai banyak pilihan selain daripada bersetuju untuk menandatangani syarat-syarat yang ditetapkan oleh bank setiap kali menggunakan produk atau perkhidmatan bank. Muamalat Islam akan menawarkan perkhidmatan dan produk yang distruktur khas untuk melindungi kepentingan pengguna (pelanggan) dan pada masa yang sama turut memberi keuntungan yang sepatutnya kepada pihak penjual, bank, pemiutang dan sebagainya. Namun, ramai penganut Islam sendiri mempersoalkan kenapa perbankan Islam lebih mahal daripada perbankan konvensional. Mereka sebenarnya terlupa untuk melihat secara keseluruhan dan jangka masa panjang yang jelas menunjukkan perbankan Islam lebih murah dan adil.

Saya tidak bercadang untuk menulis tentang produk-produk kewangan secara terperinci di sini, tetapi saya sangat ingin mempromosikan buku yang sangat bagus ini kepada semua. Setakat ini saya telah berjaya membuatkan beberapa kawan saya membeli buku ini, mungkin kerana beria-ia sangat saya jadi tukang promosi. Statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara menunjukkan angka yang sangat menyedihkan kerana setelah 24 tahun perbankan Islam diperkenalkan di Malaysia, ia hanya mampu menguasai 12% daripada keseluruhan pasaran perbankan dan kewangan negara.

“Tidak akan lepas dua kaki anak Adam di akhirat di hadapan Allah SWT, kecuali setelah ditanya lima perkara: Tentang umurnya ke mana ia habiskannya, tentang kepemudaan dan kepemudiannya di mana digunakan, dan tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana dibelanjakan, dan apakah yang dilakukan dengan ilmunya.” (Riwayat At-Tirmidzi, no 2416; Albani: Sahih)

Kebersihatan dan kesucian harta dari sudut pendapatan dan perbelanjaan amat dititik beratkan oleh Islam. Oleh itu, ilmu kewangan Islam adalah amat penting agar kita tidak tersalah langkah dalam membuat urusan kewangan peribadi. Saya senaraikan isi kandungan buku ini agar sesiapa yang mempunyai persoalan tentang perkara yang berkaitan dapat membeli buku ini ^_^.

Kandungan Buku

Bab 1 Mengapa perlu tahu tentang Halal dan Haram dalam Kewangan
Bahagian Pertama: Dalil dan Nas
Bahagian Kedua: Zuhud dan Salah Faham

Bab 2 Pengenalan kepada Ilmu Fiqh Mu’amalat

Bahagian Pertama: Kaedah asas dalam Fiqh Mu’amalat
Bahagian Kedua: Kontrak-kontrak dalam Mu’amalat Islam
Bahagian Ketiga: Rukun dan syarat jual beli dalam Islam

Bab 3 Unsur dan elemen haram dalam kewangan

Bab 4 Riba dan hukumannya
Bahagian Pertama: Erti riba
Bahagian Kedua: Jenis riba
Bahagian Ketiga: Hukuman riba dalam Islam
Bahagian Keempat: Riba dan bentuknya dalam konteks semasa
1. Riba dalam pinjaman
2. Riba dalam akaun simpanan dan pelaburan
3. Riba dalam kad kredit
4. Riba dalam insurans konvensional
5. Riba dalam jual beli perhiasan emas dan perak

Bab 5 Gharar dan Judi
Bahagian Pertama: Pengertian gharar dan dalil pengharaman
Bahagian Kedua: Jenis gharar dan tempat berlakunya
Bahagian Ketiga: Gharar dan judi dalam bentuk semasa

Bab 6 Perbezaan Perbankan Islam dan Konvensional
Bahagian Pertama: Hubungan perbankan Islam dan kepatuhan hukum Syariah
Bahagian Kedua: Tugasan majlis penasihat Syariah
Bahagian Ketiga: Proses pengesahan halal perbankan Islam dan Takaful
Bahagian Keempat: Produk perbankan Islam
Bahagian Kelima: Contoh dan bentuk produk kewangan Islam
1) Mudarabah
2) Musharakah
Bahagian Keenam: Produk Takaful (Insurans Islam)

Bab 7 Unsur Haram dalam Perniagaan dan Kerjaya Semasa
Bahagian Pertama: Kerjaya peguam dan pegawai pemasaran produk pinjaman riba
Bahagian Kedua: Menipu dalam pendapatan harta

Bab 8 Isu-isu Perbankan dan Takaful
Bahagian Pertama: Isu modal bercampur
Bahagian Kedua: Adakah perbankan Islam mahal dan zalim?
Bahagian Ketiga: Penasihat Syariah dan pertembungan kepentingan
Bahagian Keempat: Terima logo halal atau Islam tanpa kaji
Bahagian Kelima: Ubah lafaz akad bagi halalkan riba
Bahagian Keenam: Pinjaman kakitangan
Bahagian Ketujuh: Kesilapan dalam implementasi qardhul hasan
Bahagian Kelapan: Denda lambat bayar di bank Islam mirip konvensional?
Bahagian Kesembilan: Status pemilikan aset sebelum menjual

Bab 9 Harta Haram dan Cara Mengurusnya.
Bahagian Pertama: Cara melupus
Bahagian Kedua: Sedekah dengan harta haram
Bahagian Ketiga: Menggunakan harta haram untuk membina masjid
Bahagian Keempat: Adakah harta haram dapat dibersihkan dengan zakat sahaja?
Bahagian Kelima: Cara melupus wang haram daripada pelaburan haram.

Bab 10 Hutang menurut Islam

Bab 11 Isu Syariah dalam Jualan Langsung (Multi Level Marketing)
Bahagian Pertama: Pengertian MLM
Bahagian Kedua: Para ‘Ustaz’ dan MLM
Bahagian Ketiga: Beberapa keraguan Syariah dalam MLM
Bahagian Keempat: Syarat minimum Syariah bagi sesebuah MLM
Bahagian Kelima: Bentuk skim MLM alternatif dan menepati Syariah
Bahagian Keenam: Fatwa majlis ulama Indonesia berkenaan MLM

Bab 12 Beberapa Isu Kewangan dan Pelaburan Semasa
Bahagian Pertama: Pelaburan Swisscash
Bahagian Kedua: ABB Fund, Eaindex, Winlifund dan Arabic Fund: Kajian Kes
Bahagian Ketiga: Pelaburan mata wang dinar emas
Bahagian Keempat: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Bahagian Kelima: Beberapa bentuk urusniaga saham dan hukum Syariah
Bahagian Keenam: Hukum urusniaga dengan syarikat Yahudi: Makan, beli, jual

WaAllahu a'lam.

Sunday, February 7, 2010

The Idea of Money

Assalamualaikum wbt

Satu fenomena menarik yang dapat kita perhatikan di dunia ini ialah para jutawan dan billionaire bukanlah daripada golongan yang berpendidikan tinggi. Malah, ramai jutawan yang disenaraikan oleh majalah Forbes tidak pernah menerima ijazah dari mana-mana universiti. Bill Gates, Liliane Bettencourt (Loreal), Madonna, Michael Jordan, Syed Mokhtar Al-Bukhary......

Jika ini fenomenanya, mengapa para ibu bapa menasihati anak-anak mereka untuk belajar bersungguh-sungguh agar dapat masuk ke universiti? Mereka berpendapat bahawa pendidikan universiti akan menjamin perkerjaan yang bagus dan seterusnya masa depan yang senang. Pekerjaan yang menawarkan kestabilan, pembiayaan rawatan perubatan, pencen dan lain-lain faedah sampingan lebih menjadi pilihan para graduan kerana ia dikatakan akan menjamin masa depan yang lebih baik. Mereka akan dibayar gaji tetap pada setiap bulan dan tidak terdedah kepada risiko tiada pendapatan masuk pada setiap hujung bulan.

Golongan graduan dan professional yang memilih jalan selamat, kerja bergaji tetap tidak akan merasa risiko ketidakstabilan kewangan sebagaimana yang dihadapi oleh orang yang bekerja sendiri. Walau bagaimanapun, with high risk comes high return, golongan yang bekerja sendiri mempunyai peluang yang besar untuk berjaya dalam perusahaannya dan menikmati hidup yang jauh lebih senang daripada graduan universiti yang bergaji tetap daripada majikan.

Dalam dunia realiti, golongan cerdik pandai dan professional adalah golongan yang berkerja untuk membayar hutang. Pendapatan sederhana yang mereka terima menyebabkan mereka tidak mempunyai cara lain untuk memiliki keperluan seperti kereta dan rumah selain daripada dengan cara berhutang. Mereka menyangka kereta dan rumah yang mereka beli secara ansuran dan dalam proses pembayaran adalah asset mereka, sedangkan itu sebenarnya adalah liabiliti bagi mereka. Keadaan ini sangat jelas dapat dilihat apabila mereka kehilangan perkerjaan atau gagal membayar ansuran bulanan rumah atau kereta untuk beberapa ketika, lantas barang yang disangka sebagai asset itu diambil (re-possess) oleh bank, lalu dilelong kepada orang lain. Isu Supreme Mortgage yang menjadi faktor utama kepada krisis ekonomi Amerika 2008 telah menyaksikan kesengsaraan ramai golongan professional dan kelas pertengahan. Mereka terpaksa menyerahkan rumah-rumah mewah dan kereta-kereta besar yang disangkakan asset kepada bank untuk dilelong ekoran kegagalan membayar hutang. Pada suatu ketika mereka menyedari hampir semua barang-barang kebanggaan mereka bukanlah milik mereka sebenarnya.

Asset adalah barang-barang yang telah menjadi milik penuh pemiliknya, iaitu jika ia dibeli secara berhutang, maka ia hanya benar-benar menjadi asset seseorang setelah segala hutang selesai dibayar. Kereta dan rumah kediaman adalah kategori asset yang susut nilai dimana nilai pasarannya akan semakin berkurangan apabila usia penggunaanya meningkat. Definisi asset yang sebenar ialah harta yang telah menjadi milik penuh seseorang dan ia mendatangkan income (pendapatan) yang tetap samada secara bulanan atau tahunan kepada pemiliknya. Contoh asset adalah rumah yang disewakan, saham-saham yang dipegang dalam syarikat perniagaan dan pelaburan.

Orang kaya dan jutawan mahir tentang konsep wang dan asset. Mereka membeli asset-asset yang akan memberikan pulangan pendapatan tetap setiap bulan, tahun dan sebagainya. Pelaburan dalam projek-projek pembangunan atau pelaburan di bank adalah antara contoh pengurusan kewangan yang cemerlang kerana wang ini akan berkembang dan menghasilkan pendapatan kepada pemiliknya. Nilai asset (pelaburan) akan semakin bertambah dari semasa ke semasa. Cara yang terbaik untuk mengembangkan asset adalah dengan terlibat dalam perniagaan sebagaimana yang digalakkan oleh junjungan Rasul SAW sendiri, "9/10 daripada rezeki di atas muka bumi adalah melalui perniagaan".

Individu yang bercita-cita untuk menambah asset hendaklah berusaha mengurangkan jumlah liabilitinya iaitu dengan mengurangkan hutang dan juga mengurangkan jumlah perbelanjaan. Perkara yang termasuk dalam kategori perbelanjaan ialah cukai, makanan, sewa, pakaian dan sebagainya. Tax is recorded as the highest single expense being paid out from each American citizen's income. Cukai sebenarnya boleh dikurangkan jika tahu memanfaatkan segala peruntukan pengecualian dan deduction.

Jumlah wang yang boleh dilaburkan untuk membeli asset dapat dikumpulkan dengan mengurangkan jumlah perbelanjaan, atau dengan kata lain berjimat cermat.

Robert Kiyosaki yang juga seorang millionaire tidak menyarankan semua penduduk bumi berhenti daripada kerja dan terlibat dengan perniagaan. Beliau berpendapat bahawa golongan cerdik pandai dan professional boleh meneruskan kerjaya asal mereka, namun pada masa yang sama memperuntukkan duit untuk membeli real asset dan membuat pelaburan. Beliau menasihatkan agar tidak memilih untuk tidak melabur kerana ketidakcukupan wang ketika muda belia kerana ia akan menyebabkan kita bukan sahaja kerugiaan untung (profit) tetapi turut kehilangan pengalaman pelaburan.

Financial literacy iaitu keupayaan memahami angka-angka, asset, pendapatan liabiliti dan perbelanjaan dikatakan sebagai sangat penting bagi semua orang kerana ia dapat mengelakkan mereka daripada terlibat dengan hutang secara berterusan sepanjang hayat kerana membeli satu demi satu 'asset' secara berhutang. Realiti menujukkan ramai orang yang tidak memasuki universiti mempunyai financial literacy yang lebih tinggi daripada graduan universiti termasuklah para akauntan sendiri.

Rujukan:
Rich Dad Poor Dad - What the Rich Teach Their Kids About Money - That the Poor and Middle Class Do Not!, by Robert Kiyosaki & Sharon L. Lechter. First published in 2000


Monday, November 30, 2009

The Six-Day War

Bismillahirahmanirahim...

Baru dibeli pagi tadi, setelah 2 tahun memendam hasrat untuk membaca mengenainya dengan lebih mendalam. Sebuah buku 800 muka surat mungkin tidak cukup untuk menggambarkan apa sebenarnya yang benar-benar berlaku dalam sebuah perang bersejarah abad ini, namun harapnya ia mampu memberikan saya kefahaman yang lebih jelas.


I guess it will take quite some time for me to finish this book since I will do a lot of travelling starting tommorrow until mid December.

Agar Bidadari Cemburu Padamu

Bismillahirahmanirahim..

setangkai cenderahati
untuk wanita shalihah pendamba syurga, pembuat iri bidadari
dan para lelaki yang ingin menikahi


Agar Bidadari Cemburu Padamu
Sebuah buku spiritual untuk seorang Muslimah, agak nipis dengan ketebalan 200 muka surat, dan bersaiz kecil di mana isi kandungannya banyak memberikan panduan untuk kehidupan muslimah yang sudah mendampingi dan didampingi dan juga yang sedang menanti. Buku ini padat dengan pelbagai kisah sirah, ayat al-Qur'an dan hadith sebagai panduan dan sebagai motivasi.

Jika bertanya saya cadangan buku untuk Muslimah, tentunya saya lebih mencadangkan "The Ideal Muslimah", veris Inggeris kepada kitab Arab, "Syakhsiatul Mar'atul Muslimah" tulisan seorang ulama' terkemuka, Muhammad Ali Al-Hashimi. Buku terebut lebih menyeluruh, asli, ilmiah, tebal dan padat berbanding "Agar Bidadari Cemburu Padamu" tulisan seorang ustaz aktivis dakwah dari Indonesia. Namun buku "Agar Bidadari Cemburu Padamu" mempunyai kelebihan dari segi bahasa yang sangat dekat di hati (atau mungkin juga boleh dikata sebagai sangat membuai jiwa) dan membuat beberapa kupasan khusus untuk muslimah hari ini yang cabarannya berbeza berbanding ratusan dan puluhan tahun dahulu. Buku ini mempunyai ruh dakwah dan banyak berbicara tentang muslimah dan perjuangan dengan menukilkan kisah-kisah Ikhwanul Muslimin dan juga inspirasi dari Syed Qutb.

Tuesday, November 24, 2009

The Memory Keeper's Daugther

Bismillahirahmanirahim...

"Penuh refleksi"

"Islam sangat Indah"

Itulah yang dirasa sepanjang membaca novel ini setebal 400 muka surat ini. Novel kedua yang dibaca sebaik sahaja tamat peperiksaan. Saya mula membacanya pada jam 8.30 malam, kemudian break untuk menonton final The Apprentice dari pukul 9.30 sehingga 10.30, kemudian sambung membaca buku ini sehinggalah tamat pada jam 2.30 pagi. 5 jam. Sebuah novel bertemakan kekeluargaan yang menyebabkan saya banyak berfikir tentang ajaran Islam, nilai Islam dan sesungguhnya Islam adalah penyelamat kepada segala jenis masalah manusia.
"wahuwa syifaa'un warahmatu lil aalamin" (al-Isra':82)...dan ia (al-Qur'an) adalah ubat dan rahmat kepada seluruh alam.
Sepanjang membaca novel ini saya cuba memahami kenapa Dr Henry membuat keputusan untuk menghantar salah seorang anak kembarnya jauh ke sebuah rumah kanak-kanak cacat. Sebagai seorang doktor yang menyambut sendiri kelahiran anaknya, beliau mengetahui bahawa salah seorang anaknya menghidap Sindrom Down sebaik sahaja melihat bayi itu pada kali pertama. Beliau kemudiannya terus mengarahkan seorang jururawat untuk membawa bayi itu ke rumah kanak-kanak cacat dan memberitahu isterinya bahawa bayi tersebut meninggal dunia.

Doktor Henry digambarkan oleh jururawat, Caroline sebagai seorang yang sangat baik, berbudi, suka menolong orang susah dan sentiasa sanggup melakukan kerja lebih masa secara percuma. Beliau banyak membuat bakti kepada masyarakat kampung dan sanggup balik lewat malam untuk membantu pesakit. Kenapakah seorang yang dilihat berkeperibadian mulia ini melakukan satu tindakan kejam memisahkan anak dan ibu tanpa membenarkan pun si ibu melihat mayat bayi yang dikatakan telah meninggal dunia.

Caroline tidak sampai hati untuk meninggalkan bayi Sindrom Down tersebut di rumah kanak-kanak cacat apabila melihat sendiri keadaan rumah tersebut. Beliau kemudiannya membuat keputusan untuk memelihara bayi tersebut. Caroline meletak jawatan di hospital Dr Henry dan berpindah ke negeri lain. Dr Henry yang mengetahui tentang keputusan tersebut akhirnya mengirim wang yang banyak kepada Caroline setiap bulan untuk perbelanjaan anaknya. Dr Henry juga meninggalkan harta wasiat yang banyak untuk anaknya ini.

Motif utama Dr Henry membuat keputusan tersebut adalah kerana tidak mahu si kembar yang sihat terpaksa menghadapi kesedihan sepanjang hayat kerana lambat laun kanak-kanak Sindrom Down ini akan meninggal dunia. Dr Henry juga mahu melindungi isterinya dari kesedihan apabila nanti anak mereka yang cacat meninggal dunia. Tindakan ini adalah bertujuan baik demi cinta dan kasih kepada isteri dan anak yang sihat. Ini adalah kerana Dr Henry sendiri mempunyai pengalaman sedih dan pahit apabila kembarnya yang sindrom down meninggal dunia di usia belasan tahun menyebabkan ibu Dr Henry terus bersedih dan akhirnya ibunya sendiri meninggal dunia. Dr Henry masih menyimpan kesedihan yang mendalam sehingga sekarang kerana kehilangan kembarnya yang sangat disayangi.

Tindakan berniat baik Dr Henry tidak berjaya membuatkan isterinya gembira dan mereka mempunyai keluarga yang bahagia. The secret builds the wall between them, mounts the emotional distance. Dihantui rasa bersalah kerana berbohong dan keadaan isteri yang terus bersedih menyebabkan Dr Henry sendiri tidak mampu gembira dan menjadi dirinya yang sebenar. Hubungan mereka semakin hambar dan akhirnya memusnahkan hubungan mereka berdua disamping memberi kesan yang sangat negatif kepada anak mereka.

Saya melihat Islam memberi solusi yang harmoni kepada jiwa manusia yang berdepan dengan masalah dan situasi yang tidak menggembirakan. Islam mangajar kita merima konsep takdir, qada' dan qadar, syukur dan redha atas segala ketentuan Allah. Konsep ini akan menyebabkan seorang ayah tidak akan membuang anak kerana berniat baik, seorang anggota keluarga tidak akan bersedih atas sesuatu kematian sehingga merosakkan kehidupannya sendiri dan juga orang lain, dan seorang isteri tidak memerlukan suami yang over protective sedemikian rupa kerana semua orang sedar akan adanya Allah sebagai penentu segala yang berlaku. Ada hikmah agung atas setiap kegembiraan dan kesedihan, dan ada kehidupan akhirat yang baik untuk mereka yang bersabar atas kesusahan hidup di dunia.

Does My Head Look Big In This

Bismillahirahmanirahim..

This is a 350 pages story of an Australian-born-Muslim-Palestinian struggle to be a full-timer. The word full-timer is used by Amal (the heroin in this book) for a girl who wears veil full time.


I started reading this book at 8 pm and finished by 1.30 am. Approximately 5 hours non-stop except for Maghrib and Isyak Prayer break. Not bad.
------------------------------------------------------------------------------------------------
The slide opened and I heard a gentle, kind voice:
‘What is your confession, my child?’
I was stuffed. The priest would declare me a heretic; my parents would call me a traitor…
The priest asked me again: ‘What is your confession, my child?”
‘I’m Muslim,’ I whispered.
This dialogue happened during a Eucharist session in a church during her days in a Catholic Primary School which Amal Mohamed Nasrullah Abdel Hakim had attended. She used to be the odd one out from as young as Grade One. Her parents send her to a Catholic Primary School where she had to sing Lord's Prayer and declare salvation through Jesus every morning at assembly. This Australian-Palestinian-Muslim girl then attends the elite high school in McCleans for Year 11 and Year 12. Despite her bad experience with non-Muslim colleagues, she is determined to become a full time Muslim.

She is seriously contemplating to wear hijab in McClean, a snotty grammar school where you're seriously doomed to the non-cool list if you're one issue behind the latest Cleo fashion. The challenge is huge. The peer pressure is high. First and foremost, she has to face the headmistress of this old and private high school who does not allow her to wear the hijab. Then, Tia and her friends who definitely will make fun of her. Next in the list is Adam, the cool guy who she had a crush. Eventually, she writes a list of people who might agree and not agree with her decision to go full timer. She comes out with 13 OK and not-so-OK people. She was struggling to grip with her various identity hyphens.
It’s hard enough to be cool as a teenage when being one issue behind the latest Cosmo disqualifies you from the in-group. Try wearing a veil on your head and getting in the ‘bums up’ position at lunchtime and you know you’re in for a tough time. Luckily my friends support me, although they’ve got a few troubles of their own. Simone, blonde and gorgeous, has got serious image problems, and Leila’s really intelligent but her parents are more interested in her getting a marriage certificate than her high school certificate. And I thought I had problems…

But, the determination to be a good Allah servant is above all. She managed to get over the challenges to wear the hijab even though she has to face the tension environment during Bali bomb attack and 9/11 in her early days of wearing the hijab.

I think the primary purpose of this book is to help the world understands the life and struggle of a young Muslim girl in a Muslim-paranoid-community. But I also discovered a completely different world about girls in this so-called-modern society.

After reading this book, I was surprise to find out that Australian high school girls are over conscious about their image, body and appearance. For no other reason than to impress the guys. Realising this fact, Amal's father asked her to test run wearing hijab at Chadstone on Thursday night first before allowing her to wear it in the school. "If she can cope with Chadstone, she can cope with anything" he says. Chadstone is a shopping complex, but for girls Chadstone on Thurday night means make-up, designer clothes and great hair. Amal might not be as overly conscious as other girls, but she used to take up to one hour to get ready every time she goes to Chadstone on Thursday night.
"If you're at my age and you're at Chadstone shopping centre on Thursday night with your friends, you're not there for sock sales. You're there to make an impression, muck about at Timezone, hang around the entrances for a smoke and a perve, and to piss off the security guards who see a midriff top or goatee and think "troublemaker" "
Amal's friend, Simone is one of the examples how girls can lose their minds in order to have a beautiful body. She is convinced that she is overweight by Tia Tamos bully who makes her tries many diets, including living only with celery and carrot sticks daily. But she keeps craving and finally she takes up smoking after hearing from Tia that it stops her cravings.

Amal has proved that she can be a student that her school can be proud of despite the fact that she's a Muslim. The pressure that she has received from teachers and friends never discourages her from being the top student in high school as well as being the best debater in the school debating team. "It's not in spite of Islam, but because of it" she said.

Thursday, April 16, 2009

Kill Khalid

Assalamualaikum w.b.t...

Saya baru selesai membaca satu buku yg sgt2 best, buku ini ditemui ketika Farah membawa saya keluar untuk berjalan-jalan selepas makan malam di sebuah restoran di Sydney, jalan2 menuju ke Darling Harbour, "ter"masuk sebuah kedia buku tepi Jalan dan end up dgn keluar dgn buku nie...huhu...dah lama tak baca buku 'luar topik' sket~

Buku ini adalah real story dan plotnya lebih mendebarkan dan thrill berbanding John Grisham punya novel (serius, believe me=)


Buku bersaiz besar setebal 500 muka surat ini adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku pada tahun 1997, tetapi mgkn proses mengumpul bukti dan menghasilkan olahan yang mantap mengambil masa yg cukup lama, iaitu hanya pada tahun 2009 ia diterbitkan~

Usaha untuk membunuh Khalid (Ketua Biro Politik Hamas) oleh agen Mossad yang menyamar sebagai pelancong Kanada telah gagal (antara faktor utama) disebabkan political strategy HAMAS yang menggunakan seorang wartawan berpengalaman utk mainkan isu ini, lantas memberi tekanan kepada kerajaan Jordan (Polis dan King Hussein). Khalid Marshal telah cuba dibunuh dgn teknik baru assasination pd suatu pagi sebaik shj beliau keluar dari keretanya utk memasuki pejabat HAMAS. Beliau gagal meninggal dunia dalam tempoh 24 jam seperti yang dirancangkan dgn penuh yakin oleh Director Mossad. Malah keyakinan Director ini menyebabkan apabila dipanggil ke Istana oleh King Hussein (pada sebelah petang kejadian), beliau tidak pun ingin berbincang tentang "bagaimana Mahu selamatkan Khalid" yg dijangka akan meninggal dalam tempoh 24 jam ttp ingin terus berbincang apa plan selepas Khalid meninggal. Cubaan bunuh ini dijangka akan menggagalkan 'peace treaty' yg sedang dalam proses dan juga perjanjian Oslo.

King Hussein meminta campur tangan Presiden US sewaktu itu iaitu Bill Clinton untuk menekan Perdana Menteri Israel, Netanyahu bg memberikan "ubat/penawar" utk racun yg telah dimasukkan oleh agen Mossad ke dalam badan Khalid. King Hussein terpaksa meminta bantuan Amerika menekan Israel apabila Netanyahu tetap tidak mahu bekerjasama utk memberikan penawar kepada racun yang dimasukkan oleh agen ke dalam badan Khalid.

Namun Allah menyelamatkan maruah pemimpin tertinggi HAMAS ini apabila "racun" yg tiada ubatnya itu berjaya di "tawarkan" dgn keberkatan keputusan syura yg tidak pernah dipinggirkan oleh anggota HAMAS wp di "deathbed". Khalid Marshal dimuliakan dgn sembuh tanpa menggunakan penawar dari Doktor Israel yang berjaya dibawa ke Hospital hasil tekanan dan ugutan King Jordan terhadap Perdana Menteri Israel.

Kesungguhan bodyguard Khalid Marshal untuk melawan penyerang Khalid telah menyebabkan beliau mengejar mereka di sekeliing bandar dan berjaya menangkap dua daripada tiga orang agen yang menyerang Khalid.

Akhirnya, Mossad dan Isreal terpaksa membayar harga yang sangat mahal lantaran kegagalan operasi membunuh "the HAMAS prime Minister" -that's what Mossad perceived Khalid Marshal- walapun perancangan yg cukup hebat dan teliti telah diatur. Mereka terpaksa membebaskan Syeikh Ahmad Yaasin yang sudah bertahun-tahun dipenjarakan di penjara Israel dan membebaskan 70 org tawanan Jordan dan Palestine sebagai tukaran kepada dua orang agen yang ditangkap di penjara Jordan.

Kefahaman penulis buku ini terhadap the essence of Islam beserta ruh dan perjuangan Ikhwanul Muslimin menyebabkan buku ini berjaya menyampaikan sejarah dan kisah perjuangan panjang Ummat Islam terhadap Tanah Palestine dgn baik. Segala konsep dan amalan tanzim haraki gerakan Islam spt HAMAS dan IM juga berjaya difahami dgn baik oleh penulis non muslim ini.

Latar masa buku ini adalah bermula dengan beberapa tahun sebelum percubaan membunuh Khalid iaitu September 1997 sehinggalah peristiwa-peristiwa pada tahun 2007. Perjalanan kebangkitan HAMAS pada dekad ini dinukilkan dengan teliti oleh penulis bersama kejadian-kejadian seperti pembunuhan Syeikh Ahmad Yassin, pengganti beliau Abdul Aziz Rantisi, kemenangan cemerlang HAMAS pada dalam pilihanraya tahun 2004, kematian King Hussein dan Yassir Arafat. Buku ini juga melihat perjuangan HAMAS dan Palestine dari sudut kepimpinan "inside" dan "outside" kerana HAMAS memang beroperasi dengan kekuatan gabungan pimpinan yang berada di dalam tanah Palestine dan juga yang berada di luar Palestine. Beberapa kes perbicaraan pemimpin HAMAS seperti Abu Marzook dan Holy Land Foundation (HLF) di mahkamah US juga dijelaskan di dalam buku ini. Saya agak terkejut apabila mengetahui bahawa Saddam Hussein adalah penyumbang perseorangan terbesar kepada keluarga Palestinean yang syahid, yang dipenjara, dan yang cedera. Selama beberapa puluh tahun beliau menyumbang berpuluh billion kepada keluarga-keluarga mangsa, dimana tindakan ini amat tidak digemari oleh Israel dan Amerika kerana mentafsirkan Saddam Hussein menggalakkan operasi syahid. WaAllahu a'lam.

Selamat Membaca~