Showing posts with label Travelog. Show all posts
Showing posts with label Travelog. Show all posts

Saturday, October 3, 2009

Adelaide (Siri 3)

23 dan 25-27 September 2009:

Kisah Adelaide kali ini berlatar tempat di Canberra.

Nadiah, C-ka dan Zara tiba di Canberra pada petang hari Rabu (23 September 2009). Mereka tiba pada minggu paling sibuk dalam sejarah saya menjadi pelajar. Alhamdulillah, syukur sangat sebab Allah bagi juga kesempatan untuk saya dinner bersama mereka sebaik sahaja tamat kelas auditing pada jam 6 petang sebelum kembali tenggelam dalam asssignment.

Pagi Khamis, jam 7 pagi mereka bertiga bertolak ke Sydney.

Noin tiba di Canberra pada petang Jumaat, 25 September 2009.
Nadiah, C-ka dan Zara tiba di Canberra dari Sydney pada Jumaat malam, 25 September 2009. Mereka adalah pelajar tahun pertama di Adelaide dan merupakan geng Aina di Intec.

Noin, Nadiah, Ci-ka dan Zara menjadi mukadimah cuti Spring 2009 saya yang secara rasminya bermula pada Sabtu, 26 September 2009.

Aina membawa mereka ke Cockington Garden pada pagi Sabtu untuk melihat binaan dan monumen kecil yang sangat menarik, apatah lagi sekarang adalah Spring! Walaupun keinginan untuk mengikuti mereka ke Cockington Garden amat membuak-buak, saya tidak dapat mengikuti mereka kerana menunggu rombongan dari Sydney yang dijangka tiba pada pagi itu.

Cockington Garden

Australian War Memorial


Pemandangan Dari Anzac Parade

Saya menyertai jalan-jalan mereka pada sebelah petang Sabtu ke Australian War Memorial. Entah mengapa, tiba-tiba saya merasakan 'yang sedang berjalan' di sebelah saya sewaktu melawat memorial ini seperti serasi dengan saya. Aneh, kerana biasanya semua orang akan berjalan cepat-cepat dari satu Hall ke satu Hall apabila berada di sini, lantas saya akan kelelahan mengikut rentak orang lain dan akhirnya menghilangkan minat saya sendiri. Tetapi, kali ini 'yang sedang berjalan' di sebelah saya ini melangkah pada pace yang sama dengan saya. Malah, kadang-kadang lebih tekun, teliti dan berminat daripada saya melihat potret-potret, alatan, monumen dan membaca penerangan satu persatu. Ya, Zara seperti tenggelam dalam dunianya sendiri sambil berjalan dari satu Hall ke satu Hall, dari satu 'perang' ke 'perang' yang lain. Saya amat terkejut apabila mengetahui bahawa dia sangat meminati kisah-kisah sejarah dan perang. (Erm, teman baru yang menarik). Saya hanya mula mengenali Zara buat pertama kali beberapa hari yang lepas. Belum cukup ta'ruf mahupun borak-borak lagi sewaktu kami tiba-tiba menyedari bahawa kami melangkah pada pace yang sama di Memorial itu sedangkan kawan-kawan yang lain pantas berjalan laju di depan.

Ruang Tengah Pada Bahagian Dalam Bangunan

Kami berdua tertinggal jauh di belakang. Zara mula bertanya saya tentang kisah perang yang dipaparkan dan saya hanya menjawab apa yang tahu kerana banyak perang-perang khas sewaktu World War I dan World War II yang saya tidak tahu, terutamanya perang-perang yang membabitkan tentera Australia di Europe. Selepas Hall World War II, kami memasuki Aircraft Hall yang sangat besar dan turun ke bawah (pertama kali saya turun ke bawah walaupun sudah banyak kali saya melawat Australian War Memorial. Kami melihat satu Aircraft yg sangat besar, pernah berfungsi sebagai fighter bomber sewaktu Perang Dunia ke II dan beberapa aircraft lain yang pernah berjasa sewaktu World War I dan World War II. Dan akhirnya, kami berdua tersangkut di situ melihat dua short movie, satu tentang peperangan di udara antara pasukan Australia dan German yang berakhir dengan semua pesawat terhempas dan semua juruterbang terbunuh. Short movie ke dua bertajuk, "Sydney Under Attack", kisah serangan tentera Jepun terhadap Sydney. Sewaktu ini kawan-kawan yang lain sudah habis tour seluruh Memorial dua tingkat ini dan kami belum pun habis separuh. Pertama kali saya mendapat teman seiring sejalan melawat Australian War Memorial, dan ianya sungguh menarik untuk meneliti kisah perang dengan detail satu per satu.


Australian War Memorial sedang membuat beberapa pemeran khas berkaitan perang Gallipoli sempena bulan August. August adalah bulan dimana perang Gallipoli berlaku yang telah mengorbankan beratus ribu tentera kedua-dua belah pihak dan berakhir tanpa keputusan siapakah yang memenangi perang terebut. Anzac Day adalah satu sambutan penting yang akan diadakan di seluruh Australia setiap tahun bagi mengingati jasa para pejuang Australia melawan tentera Turki di Teluk Gallipoli.

Saya keluar Australian War Memorial dengan membeli sebuah DVD bertajuk "Gallipoli". "Saya suka tengok cerita Perang!" kata Zara. (Erm, susah nie nak cari perempuan suka genre sebegini). Please Click Here For A Virtual Tour of Australian War Memorial.

Kesan lawatan ke Australian War Memorial ini sangat besar bagi saya kerana ia menyebabkan saya glued to the laptop screen watching, "thelighthorseman" (jasa tentera Australia dalam memusnahkan Palestine dalam World War I) dan "gallipoli" (sumbangan tentera Australia dalam memerangi tentera Turki pada 1915). Saya juga turut menonton "saint and soldiers" walaupun ia tidak membabitkan tentera Australia. Saya telah melawat Australain War Memorial banyak kali sebelum ini tetapi tidak pernah berpeluang menghayati ilmu di situ sehinggalah adik-adik Adelaide ini datang. Terima Kasih kepada semua terutamanya Zara yang menyebabkan saya tambah bersemangat untuk membaca apabila melihat kesungguhan dia. Malangnya, saya tidak sempat untuk menonton filem-filem ini dengan Zara walaupun ada merancang, saya hanya berkesempatan menonton filem-filem ini selepas mereka semua telah selamat kembali ke Adelaide.

Nadiah sibuk membodek saya agar memasak, walhal saya for most of the time ghaib dari rumah day and night. Balik-balik tidur je. Saya memberi alasan bahawa saya dah memasak beberapa kali sewaktu di rumahnya di Adelaide dulu. Namun, rengekan dan bodekannya berterusan. Penat kepala fikir, dicelah manalah masa saya boleh memasak untuk mereka, dan akhirnya alhamdulillah saya jumpa peluang untuk goreng meehon for breakfast (which I started cooking at 5.15 pagi) dan masak Vindaloo untuk lunch mereka (saya masak around pukul 1 pagi). Namun saya hanya sempat memasak dan tinggalkan untuk mereka makan, tidak punya kesempatan untuk makan bersama-sama. Tetapi sangat gembira sebab berpeluang juga memasak walaupun peluang berjumpa mereka hanyalah sekejap sepanjang mereka berada di sini. Berhari-hari mereka berjalan-jalan di sini, hanya petang Sabtu iaitu sewaktu di Australian War Memorial sahaja saya sempat bersama mereka. Selebihnya, Aina yang menemani mereka melawat tempat-tempat lain.

Sekejap, tetapi sangat bermakna. Dan saya cuba sedaya upaya menghantar mereka ke Airport untuk bertolak balik ke Adelaide walaupun ramai akhawat Melbourne berada di Canberra sewaktu itu dan session bersama Kak Baie malam itu terpaksa ditunda sedikit kerana memberi peluang saya bersama mereka di airport sampai naik flight ke Adelaide. Tak sampai hati apabila mereka tanya, "akak tunggu kitaorang ke (sampai naik flight)?". Sebenarnya berat hati melepaskan mereka kembali ke Adelaide.

Entah la, saya pun tidak tahu kenapa saya katakan Adelaide memang sangat menarik kerana orang-orangnya. Semua orang yang berada dalam tiga siri penulisan Adelaide saya adalah sangat dekat di hati saya dan memberi kesan yang sangat membekas kepada diri saya apabila menemui mereka.

Jika diizinkan lagi, memang mahu ke Adelaide lagi, bersama orang-orangnya mengutip pengalaman dan belajar tentang kehidupan. Namun harapan itu seolah-olah sangat tipis untuk menjadi kenyataan.

Thursday, October 1, 2009

Adelaide (Siri 2)

15 dan 16 Ogos 2009:

Sekali lagi saya berkunjung ke Adelaide. Lebih kurang sebulan dari kunjungan yang lepas. Sungguh seronok dengan lawatan dua hari ini walaupun harga tiket sky rocketing:D. Harga tiket Tiger Airways, yang menyediakan penerbangan domestik paling murah di Australia pun mahal kerana saya membeli tiket 3 hari sebelum 'terbang' ke Adelaide. AUD 277, berbeza sekali dengan tiket lawatan ke Adelaide bulan lepas yang hanya berjumlah AUD166. Nak tahu harganya dalam Ringgit Malaysia? Darab dengn 2.8 atau senang darab je dengan 3.

Nie lawatan yang padat dan errrr...

Ketibaan kami kontingen berempat disambut waktu senja Adelaide. Sahabat yang mahu menjemput kami di Airport terperangkap dalam kesesakan jalan raya, traffic jam. Memandangkan saya berpuasa pada hari tersebut, kawan-kawan yang lain mencadangkan agar saya berbuka puasa di Hudson Cafe yang terdapat di Airport.

(Hot Chocolate dan Buku Teks Academik teman berbuka puasa)

Sebentar kemudian meja bertukar menjadi begini...

(terima kasih kepada housemate yang membekalkan saya Ferrero Rocher dan Cadbury banyak-banyak)

selang beberapa minit, ia menjadi begini...


apakah puncanya? kami mendapat tahu bahawa terdapat exam esok pagi hanyalah beberapa minit sebelum menaiki flight. Saya sempat print bahan sebelum naik flight. dan kami berkongsi satu set kertas bahan baca ramai-ramai. seorang baca orang lain dengar. Cuba faham dan hafal sama-sama.

Malam itu, 3 orang kawan saya sangat bersungguh-sungguh membaca bahan, memahamkan dan menghafal. Gambarajah, Peta, Definisi, Ciri, Syarat, Rukun...... Tetapi saya pukul 11 dah masuk bawah selimut. Hanya selepas sekali round je baca semua. Tak larat. Lepas tue, mulala...'jom la tidur, jangan la rajin sgt studi'..huhu..nak study, tp penat. Then saya pun tidur dengan rasa bersalahnya tidak study bersungguh seperti orang lain. "peer pressure" kata Nadia.

Exam yang ditunggu-tunggu memang susah tetapi weekend itu sangat menarik dengan pelbagai hands-on stuff mentally and physically. AM yang agak mencabar, lain dari format program yang biasa dihadiri sebelum ini.

Saya juga dapat bertemu kembali dengan ramai warga Adelaide ex-Ausmat INTEC yang sudah sekian lama tidak ditemui. Keadaan geografi Australia yang luas menyebabkan hampir semua gathering dan program dibuat secara berasingan dengan Adelaide. Lagipun jumlah peserta sudah cukup ramai walaupun gathering dan aktiviti dilakukan secara berasingan. Tetapi weekend ini agak istimewa kerana kami dikumpulkan bersama. Saya juga berkenalan dengan isteri Dr Zaki, Kak Alin pada weekend ini. Beliau membawa anak-anak untuk turut sama ber'akademi' dengan kami. Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya untuk berkenalan dengan seorang wanita yang berdiri teguh di belakang perjuangan Dr Zaki.

(Menerima cenderahati dari Kak Nadia sewaktu Majlis Penutup)

Sekali lagi, terima kasih Adelaide atas pengalaman tarbiah dan ukhuwwah yang tidak ternilai.
Jazakallahu khairan kathira

Wednesday, September 30, 2009

Adelaide (Siri 1)

Bismilahirahmanirahim...

"kalo ada kesempatan akak nak je pegi Adelaide dan duduk lama-lama bercuti di situ" ucapku kala melihat mereka sibuk bersiap.

"haaa, apa yang besat kat Adelaide yang kampung tuh, tak de pape pun" jawab salah sorang dari mereka, tidak pasti samaada Noin atau Nadiah.

"Adelaide best kerana orang-orangnya" jawabku, tersenyum. Ini bukan jawapan mengambil hati. Ini jawapan tulus dari hati.


10-15 July 2009:

Saya terbang ke Adelaide berseorangan dari Airport Canberra. Penerbangan ini adalah setelah beberapa jam tiba di Canberra setelah melalui 9 jam perjalanan menaiki bus dari Melbourne. Juga berseorangan.

Saya disambut sangat meriah oleh Kak Didi dan ahli rumahnya terutamanya Aishah, Nadiah dan Ci-ka. Aishah menjadi seperti kembar saya sepanjang di sana, menemani saya melawat pelbagai tempat. Nadiah juga mengikuti saya berjalan-jalan hampir ke semua tempat. Aktiviti yang menarik juga ialah memasak, walaupun di rumah orang, saya terasa agak bebas membeli pelbagai groceries di Woolies dan balik memasak dengan mereka di rumah. Aishah adalah tukang masak yang sangat hebat walaupun baru first year. Dan Kak Didi menghadiahkan saya masakan laksa pada hari terakhir di sana. Oh, sungguh gembira dan saya makan tak henti-henti. Ia sangat bermakna kerana saya tahu betapa sibuknya Kak Didi tetapi sanggup mencari masa untuk memasak khas buat saya. Malam-malam mereka bertiga except saya dan kak didi akan tengok cerita hantu dan mengusik Nadiah yang sangat takutkan hantu. Rumah boleh jadi sangat riuh kerana mengenakan Nadiah.

Saya mendapat jemputan dinner di rumah Kak Nadia dan suami juga. Aishah menemani saya ke sana tetapi bukanlah kami pergi sendiri kerana Kak Nadia dan suami mengambil saya di depan Muzium lantas di bawa ke rumahnya. Malam itu juga diadakan sesi ta'ruf untuk seorang pelajar lelaki dari Sabah dengan senior lelaki Adelaide yang lain. Saya menemui ibu kepada pelajar tersebut di depan Universiti Adelaide dan memperkenalkannya kepada Kak Nadia dan suami untuk melihat-lihat kebajikannya. Malam itu juga berkenalan dengan keluarga pelajar tersebut yang datang beramai-ramai menghantarnya ke Adelaide. Aunt Maimunah dan keluarga yang berasal dari Sabah. Bersungguh juga ajakan, "nanti pergi Sabah, hubungi kami, boleh kami bawa jalan-jalan" sambil memberikan beberapa number telefon. Saya memberitahu mereka saya pernah makan ikan bakar yang sangat sedap pada waktu malam di sebuah pantai di Kota Kinabalu, pantai menghadap Laut Cina Selatan. Lagilah mereka bersungguh mempelawa saya datang ke Sabah lagi. InsyaALLAH jika ALLAH izinkan.

(bersama Zaid dan Hamzah sementara menunggu Kak Nadia memasak dan menghidang di dapur. Berusaha agar si kecil tidak menangis dan menganggu ibunya memasak)

Kak Nadia memasak Nasi Beriani yang sangat sedap beserta dengan kuih muih. Kagum juga dengan kecekapannya memasak terutamanya apabila ada baby kecil yang baru berusia beberapa bulan. Owh ya, Kak Nadia dan suami sedang membuat specialist sekarang dan insyaALLAH akan berada di Adelaide selama beberapa tahun lagi.

"Thuaibah, take your time, nanti siap bagitau kitaorang. kitaorang kat bawah pokok depan rumah Kak Nadia" sms diterima dari Balqis. Kelakar pun ada mengetahui mereka menunggu saya di dalam gelap dan di bawah pokok depan rumah Kak Nadia. Saya tersenyum tanpa memberitahu Kak Nadia bahawa Balkis sudah sampai.

Selepas ikhwah keluar dari rumah dan pulang, Balkis keluar dari pusat persembunyiannya mengejutkan Kak Nadia. Balkis dan Fidzah memberitahu Kak Nadia,"girls night out". Aduhai.. Kak Nadia kata, "pegi lah korang puas-puas nanti tak menyesal bila dah tak jadi girl".

Ke mana mereka bawa saya sebenarnya? Rancangan asalnya Balkis ajak dinner Fish and Chips tetapi memandangkan saya sudah dinner di rumah Kak Nadia, rancangan itu dibatalkan. Lalu Balkis drive ke Vili's pie factory, saya makan pie yang sangat sedap. Makan lagi. Dush~ dah la makan Nasi Beriani rumah Kak Nadia pun dah kekenyangan. Kemuadiannya, destinasi Pantai Glenelg yang sejuk membeku. Mereka promote ice-cream Baskin Robbins tapi malangnya saya tengah batuk. Sejuk-sejuk makan ice-cream satu tabiat pelajar-pelajar yang belajar di negara empat musim saya rasa. Lagi winter makin suka makan ice-cream.

(Glenelg at night with Aishah, Balkis and Fidzah)

Then kami balik rumah, by 10 pm rasanya. Haa...."night out la sangat". Kuar dari rumah Kak Nadia lepas dinner tadi pun dah pukul brapa. Terima Kasih Balkis dan Fidzah~!

Esoknya, seaktu sedang menunggu bus dengan Aishah, saya mendapat panggilan telefon dari Kak Alin, a.k.a. Dr Alin, isteri Doktor Zaki memberitahu tak sempat nak berjumpa dan berkenalan dengan saya. Terkejut pun ada atas kesungguhan beliau menyedari Kak Alin adalah orang tua yang sepatutnya saya yang pergi berkenalan dengan beliau. Rupa-rupanya Kak Nadia yang telah menghubunginya semalam agar singgah di rumah Kak Nadia jika balik awal dari Klinik. Namun, Kak Allin balik lambat dan tidak sempat singgah di rumah Kak Nadia. Beliau sekeluarga sudah dalam perjalanan ke Melbourne sewaktu menelifon saya. "InsyaAllah, ada rezeki kita dapat jumpa" katanya menutup perbualan. Teringin nak kenal dan bertemu dengan beliau kerana selama ini hanya berpeluang kenal Dr Zaki sahaja. Pasangan ini lagi lama tinggal di Adelaide, sudah berbelas tahun.

Saya jalan-jalan menemui banyak tempat menarik dan pemandangan indah. Banyak gambar-gambar cantik yang akan dijadikan kenangan di hari tua. Hari terakhir di Adelaide, Kak Didi mengambil cuti dari masuk Lab untuk membawa saya ke Handof, satu perkampungan German yang agak jauh dari Adelaide City. Tempat yang sangat menarik juga. Terima Kasih Kak Didi.

Terima Kasih semua orang Adelaide dan juga Kak Mas (atas pertemuan yang sangat singkat, taaruf, berjasa dan berpisah) atas sambutan yang sangat hangat. Satu percutian yang akan diingati sepanjang hayat. Moga Allah izinkan lagi pertemuan buat kita di Malaysia nanti.

Thursday, March 12, 2009

together we STRENGTHEN our ukhuwwah

Bismillahirahmanirahim....
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

satu catatan untuk mereka

4pagi,
"Assalamualaikum. Thuaibah tido ke?" soal Kak Izzah dalam telefon sebaik sahaja saya menekan butang 'answer' pada handphone.
"err..."
"akak dah sampai nie, kak Jolimall"

Saya gagal menghubungi kak Izzah pada malamnya untuk latest update, menjangkakannya sampai pukul 6 pagi kerana itu maklumat awal. Tup tup...4 pagi dah sampai. Alhamdulillah Kak Izzah sampai dengan selamat dan berjaya berada di rumah saya sebelum Subuh.

6.20pagi,
"akak, saya nak masak sekejap, nak makan nasi dengan ikan masak merah"
"nie semua spaghetti, dan bekal-bekal lain dalam bekas nie? nape tak makan yang nie je" rujuk kak Izzah kepada semua bekal yang telah siap diletakkan dalam bekas.
"erm, tapi saya kne masak jugak sebab dah mimpi2 dah semalam nak makan fish fillet nie". Saya teruskan memasak dengan penuh semangat untuk makan=)

Semua bekal untuk program hari tersebut siap dimasak pada sebelah malamnya dengan pertolongan Aina dan Ila. Bersungguh-sungguh sekali adik-adik kesayangan menolong saya memasak dan packing. Packing segala peralatan dan bekal siap-siap pada sebalah malamnya. Saya yang bertanggungjawab untuk mengetuai program ini memang terasa "extra cautious" sejak semalam lagi sampaikan iron tudung pun siap-siap sebelum tidur.

6.50pagi,
makan nasi dan ikan dengan Kak Izzah...berkongsi pinggan..ukhuwwah~

7.15pagi,
Baru tergesa-gesa masuk bilik air dan mandi dan menyiapkan diri. Rakan-rakan yang lain sampai ketika saya masih belum siap....gara-gara ikan masak merah...

7.45pagi,
Kami mengambil kereta yang disewa...beberapa buah. Walaupun kami menempah seminggu lebih awal, semua 8 seater vehicle habis dari semua syarikat menyewa kereta. Faktor utamanya adalah kerana cuti Canberra day and long weekend. Jadi terpaksalah menempah kereta lantas memerlukan lebih ramai driver. Saya dapat kereta Ford warna Biru=D. Sebaik sahaja selesai semua urusan, saya bergegas mengambil Jehan dan Ili di rumah Olmond. Nadia kembali ke Miller mengambil Lina dan beberapa lagi bekalan jaulah.

8.45pagi,
Kami bertolak dari depan Unilodge menuju Batemans Bay. Pantai paling dekat dengan Canberra~ Alhamdulillah rombongan ini disertai oleh adik-adik 2nd year, 1st year, kami dan Kak Izzah. Saya sengaja menetapkan kereta mana dinaiki oleh siapa bagi membolehkan adik-adik 1st year lebih kenal kami. Ziq menjadi co-driver saya yang sangat supportive. Teringat komennya apabila kembali dari jaulah, "jadi co driver Thuaibah nie, ada satu extra tugas...jadi camerawoman". Saya sangat menyukai photography, dan kerana saya memandu dan tidak boleh mengambil gambar, kenalah pohon jasa baik co-driver untuk tolong mengambil pemandangan yang cantik-cantik. Jazakillah Ziq~

"Kita nak naik kete dgn awak" minta Nadrah dalam telefon malam itu, beria sekali bersama request untuk mandi di Pantai. Alhamduillah dia boleh berada satu kereta dengan saya, namun aktiviti mandi di Pantai terbuka tidak dapat dilakukan.

10.45pagi,
Selepas 2 jam bertolak dari Canberra, perjalanan mula memasuki period yang sangat menduga, dalam hujan renyai-renyai dengan kabus tebal saya meneruskan pemanduan juga. Takutnya tidak terkata, pada satu masa jarak penglihatan sangat terhad (jika diletakkan dua buah kereta bersentuhan antara satu sama lain, itulah jarak penglihatannya). Saya tidak nampak apa-apa selain daripada sebuah kereta merah di depan. Di kanan gaung yang dalam dan dikiri cerun bukit yang berliku-liku dengan beberapa selekoh tajam dan sangat tajam. "akak, berhentilah" cakap Aina dari belakang. Ikutkan hati memang mahu berhenti kerana sudah sangat takut. Namun, kereta dibelakang mengekori dekat dan tiada ruang di sisi jalan yang membolehkan saya berhenti. Keadaan sewaktu itu sangat-sangatlah menakutkan. Dalam hati hanya Allah yang ada, mengingatkan saya sempat buat solat sunat hajat mendoakan keselamatan perjalanan ini, saya yakinkan diri, 'Overcome Your Fear', Allah ada insyaAllah. Masa nie jugalah Ziq menolong adjust lampu kereta kerana saya memang tidak berani pun untuk alihkan penglihatan dari memandangkan ke depan walaupun untuk beberapa saat.

11.15pagi,
perjalanan mulai tenang tanpa kabus walaupun jalan masih berliku-liku menuju pantai yang indah. Tiba-tiba Jehan menunjuk kepada kereta merah di depan yang dari tadi banyak berjasa buat saya, rupa-rupanya ada sesuatu yang kelakar sempat adik-adik itu perhatikan pada kereta yang cool tanpa bumbung itu. Ziq segera mengambil video....

"Kenapa Pak Cik tue?" tanya Ziq. Ya, ada seorang pak cik di tepi jalan berhampiran satu selekoh di depan sedang menunjukkan satu isyarat, bersungguh sekali dia memberi isyarat, "rupa-rupanya supaya perlahankan kenderaan", to our surprise, ada kereta jatuh gaung di hadapan. Laahawlawala Quwwatailla billah.... Allah sedang mentarbiah~ Sebagai satu peringatan untuk berhati-hati dan agar benar-benar meletakkan pergantungan dan sepenuh keyakinan kepadaNya.

11.50pagi,
kami sampai di Bateman Bay. Alhamdulillah~ Perjalanan hampir 200 kilometer bagaikan tidak terasa lamanya apabila dihiasi dengan gelak tawa dan gurau senda mereka yang di belakang^_^. Nadrah, Jehan dan Aina~

alhamdulillah arriving safely

.........................................................................................................................................................................

Batemans Bay really worth the journey...Sangat-sangat cantik. Seronok bermain air pantai juga walaupun tidak mandi. I always love beaches, always... ever and ever. Seronok dapat meluangkan masa untuk sama-sama lebih mengenali, menyambut wanie's 20th birthday di tepi pantai dan berjalan-jalan sambil mengagumi ciptaan ilahi yang sangat2 indah.


their happy faces

me, reflecting~

beautiful..subhanallah

yes! fish n chips~

Batemans Bay Marine Park

together we STRENGTHEN our ukhuwwah
.......................................................................................................................................................................

Selepas beberapa hari saya mendapat satu message pada jam 3 pagi. "akak, solat tahajud tu macamana?", dari seorang adik. Saya mereply dan selepas beberapa ketika berbalas message, saya mendapat satu ayat yang sangat membekas di hati saya sendiri. "akak, saya tidak pernah rasa dekat dengan Allah seperti masa solat tepi pantai kat Batemans Bay dalam hidup saya". Ayat itu menyentuh hati saya, mungkin dia mendapat sesuatu yang lebih dari saya sendiri. Terimbau kembali saat solat berjemaah di tepi pantai tersebut dalam cuaca yang redup dan angin yang bertiup perlahan. Ikhlas, syahdu sekali pertanyaan-pertanyaan selepas itu...
kekalkanlah rasa-rasa itu ya Allah...moga kami mampu menjadi hambaMu yang lebih bertaqwa.

Saturday, February 28, 2009

doanya dimakbulkan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

"Thuaibah, tulislah, mesti orang lain rasa juga apa yang saya rasa masa awak cerita" itulah permintaan beberapa teman. Permintaan yang berulang kali kerana saya belum menulis sejak permintaan pertama dulu. Sungguh, sukar sekali untuk mencari masa untuk mengadap laptop ini lama-lama. Bercerita dengan suara, nada, intonasi dan face expression tentunya berbeza dengan tulisan, namun semoga tulisan untuk berkongsi ini bermanfaat juga untuk orang lain.

Pada suatu hari Jumaat yang bertempat di Masjidil Haram, saya cuba mencari cari tempat di celahan ratusan ribu manusia untuk solat di bahagian belakang Maqam Ibrahim. Saya mahu solat Jumaat disitu. Alhamdulillah, saya berjaya berada di kedudukan depan saf wanita dan nampak imam berkhutbah di atas mimbar putih di kawasan Maqam Ibrahim berhampiran Kaabah.

Seusai solat Jumaat, jemaah tidak berganjak, ramai yang pergi ke kawasan tidak berbumbung (antara kaabah dan kawasan masjid yang berbumbung) lantas mendongak ke langit. Semua begitu, saya melihat mereka seolah-olah menunggu sesuatu. Mereka tetap menunggu, seolah-olah yakin sekali dengan apa yang mereka tunggu. Selepas lebih kurang 10 minit, tiba-tiba hujan pun turun renyai-renyai. Subhanallah, inikah yang mereka tunggu?. Semua yang menunggu menadah tangan ke langit berdoa sambil mengucap syukur.

"Ya Allah" saya terpegun, takjub.

Apa yang istimewanya pada hujan itu? Imam Abdul Rahman Sudais telah berdoa ketika solat Jumaat dengan doa agar diturunkan hujan. Mekah sudah lama tidak hujan. Doanya yang fasih dalam Bahasa Arab itu diaminkan oleh semua makmum di masjid yang boleh memuatkan jutaan orang itu. Dan Subhanallah, doanya dimakbulkan di depan mata para makmum.

Hujan renyai-renyai seolah-olah mengisyaratkan bahawa dari segi iklim sepatutnya tiada hujan tetapi kerana doa yang dimakbulkan hujan turun juga. Penduduk Mekah pun bagaikan sudah mengetahui bahawa doa itu pasti akan dimakbulkan dan hujan akan turun. Lantas mereka menuggu tanpa berganjak. Hujan itu berterusan sehinggalah waktu Maghrib. Selepas Maghrib hujan itu berhenti sehinggalah saya pulang ke Malaysia, tiada air hujan yang jatuh ke bumi.

Setiap hari, berulang kali sehari saya mesti ingat tentang kisah ini. Setiap kali teringat, mesti terdetik dihati, "bagaimanakah iman Imam itu? sehingga doanya Allah makbulkan terus." Itu baru iman Imam Masjidil Haram zaman sekarang, bagaimanakah pula iman para sahabat di zaman Rasulullah?. Bagaimana pula iman mereka yang mati syahid mempertahankan kalimah Allah di depan kaum Musyrikin Mekah?. Bukankah ramai antara golongan awal yang memeluk Islam syahid di kawasan Mekah itu?. Lantas tertanya pada diri 'letakku dimana?', 'dimana tempatku sebenarnya?'.

Sunday, February 15, 2009

Madain Salleh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

"Dan ingatlah ketika Dia menjadikan kamu khalifah-khalifah setelah kaum 'Ad dan menempatkan kamu di bumi. Di tempat yang datar kamu dirikan istana-istana dan di bukit-bukit kamu pahat menjadi rumah-rumah. Maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu membuat kerosakan di bumi."
(Al-A'raf:74)

(sebahagian daripada rombongan kami di depan gunung batu)

Madain Salleh adalah sebuah tinggalan peradaban lampau yang masih utuh walaupun telah berusia lebih daripada 2500 tahun. Perkataan Madain adalah jama' kpd perkataan "madyan" yg bermaksud "bandar". Jadi, Madain Salleh bermaksud Bandar-Bandar Nabi Salleh.

Nabi Salleh A.S ialah rasul utusan Allah kepada kaum Thamud.

"Kaum Thamud telah mendustakan para rasul. Ketika saudara mereka, Saleh berkata kepada mere­ka: Mengapa kamu tidak bertaqwa?" (As Syu'ara:141-142)

Kawasan Arkeologi.

Madain Salleh yang juga dikenali dengan nama al-Hijr (batu) terletak berhampiran dengan Al-Ula, lebih kurang 400 kilometer di utara Madinah. Madain Salleh yang terletak di kawasan padang pasir ini mempunyai lebih kurang 300 buah rumah termasuk Qasr Bintu iaitu istana puteri raja di atas puncak gunung (puncak gunung dipahat menjadi istana) ,130 telaga dan kubur dalam kawasan seluas 13 kilometer. Kawasan ini telah pun dipagar kerana ia telah mendapat pengiktirafan sebagai salah sebuah kawasan world heritage oleh UNESCO pada tahun 2008.

"Dan sesungguhnya penduduk negeri Hijr benar-benar telah mendustakan para rasul mereka. dan Kami telah mendatangkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami, tetapi mereka selalu berpaling darinya. dan mereka memahat rumah-rumah dari gunung batu, (yang didiami) dengan rasa aman. Kemudian mereka dibinasakan oleh suara keras yang mengguntur di pagi hari. Sehingga tidak berguna bagi mereka apa yang mereka usahakan." (al-Hijr:80-84)

Kaum ini disebut di dalam Al-Qur'an sebagai satu kaum yang diberi anugerah yang sangat istimewa dari Allah iaitu mereka berupaya menebuk dan memahat gunung-ganang untuk dijadikan rumah kediaman beserta dengan kemahiran mengukirnya dengan ukiran-ukiran yang indah menyamai dengan ukiran-ukiran tiang pada rumah rumah-rumah mewah pada zaman sekarang.

"Dan kamu pahat dengan terampil sebahagian gunung-ganang untuk dijadikan rumah-rumah" (as-Syu'ara:149)

Mereka ialah kaum Nabi Salleh yang telah menjadi angkuh kerana kelebihan hebat yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka lantas enggan menerima kerasulan Nabi Salleh. Malah, mereka meminta bukti kebenaran kerasulan Nabi Salleh. Lalu Allah menganugerahkan unta yang keluar daripada dua celahan gunung Madain Salleh sebagai bukti kebenaran baginda sebagai Rasul Allah. Unta yang mengeluarkan susu yang sangat banyak dan mampu menampung keperluan seluruh penduduk Madain Salleh ini akhirnya dibunuh oleh mereka. Mereka memanah kaki depan unta tersebut dan membunuhnya apabila ia jatuh tersungkur kerana panahan pertama. Nabi Salleh mengatakan kepada mereka bahawa Allah akan menurunkan azab kepada mereka dalam masa 3 hari dan setiap hari warna wajah mereka akan berubah. Apabila warna wajah mereka berubah barulah mereka mula mempercayai kebenaran Nabi Salleh, lantas meminta ampun tetapi sudah terlewat.

"Dan kepada kaum Thamud (Kami utus) saudara mereka, Salleh. Dia berkata, "wahai kaumku! sembahlah Allah! tidak ada tuhan sembahan bagimu selain Dia. Sesungguhnya telah datang kepadamu bukti yang nyata dari Tuhanmu. Ini (seekor) unta betina dari Allah sebagai tanda untukmu. Biarkanlah ia makan di bumi Allah, janganlah disakiti, nanti akibatnya kamu akan mendapat siksaaan yang pedih" (Al-A'raf:74)

"Kemudian mereka sembelih unta betina itu, dan berlaku angkuh terhadap perintah Tuhannya. Mereka berkata, "Wahai Salleh! Buktikanlah ancaman kamu kepada kami, jika benar engkau salah seorang rasul" (Al-A'raf:77)

Allah kemudiannya memerintahkan Nabi Salleh bersama beberapa pengikutnya yang beriman untuk berhijrah ke Ramallah, Palestin dan membinasakan seluruh penduduk Madain Salleh dengan bunyi halilintar yang sangat kuat. Semua Kaum Thamud meninggal dunia tetapi segala gunung ganang yang telah ditebuk dan diukir oleh kaum Thamud utuh dalam bentuknya yang asal. Mungkin Allah mahukan ummat selepas itu mengambil pengajaran melihat kehalusan seni bina dan ukiran serta kemodenan teknologi menebuk bukit batu (bukan bukit tanah) yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada ummat lampau.

"Dan apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka, sedangkan orang-orang itu adalah lebih besar kekuatannya dari mereka? Dan tiada sesuatupun yang dapat melemahkan Allah baik di langit maupun di bumi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa". (Al-Fathir:44)

Ukiran mereka adalah tersangat halus, contohnya mereka mampu mengukir celahan sayap helang dan paruh helang dengan baik di atas anjung pintu utama rumah mereka. Reka bentuk ukiran tiang rumah mereka juga adalah sama seperti ukiran pada tiang-tiang simen besar di rumah-rumah moden sekarang. Tanpa melihat dengan mata dan kepala sendiri adalah amat sukar untuk mempercayai bahawa seni ukir yang berusia 3000 tahun dulu masih utuh dan mengagumkan. Sesungguhnya Allahlah yang memiliki segala kehebatan ilmu dan Dia menganugerahkan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.


Menurut penduduk tempatan, Madain Salleh pernah diduduki oleh puak Nabataean lebih kurang 2000 tahun yang lampau. Kaum Nabataean ini dikatakan berasal dari kawasan Jordan dimana Petro (di Jordan) pernah menjadi ibu negara kaum Nabataean. Kaum Nabataean adalah juga berbangsa Arab yang telah menjadi kaya raya kerana perniagaan rempah ratus antara pihak di sebelah timur dengan empayar Rom, Greak dan Egyptian.

Generasi kedua pada mulanya menduduki rumah-rumah batu ini sebaik sahaja mereka menjumpainya, namun kemudiannya mereka mula merasa takut kerana tidak mengetahui apa yang telah berlaku kepada penghuni sebelumnya dan kenapa sebuah bandar yang besar beserta rumah-rumah yang cantik ditinggalkan begitu sahaja. Akhirnya, mereka memutuskan untuk menjadikan rumah-rumah tersebut sebagai kubur. Saya berpeluang melihat tulang-tulang dan tengkorak manusia di dalam lubang berbentuk empat segi seperti liang lahad dalam beberapa buah rumah di kawasan tersebut.

(salah satu dari liang lahad yang digali oleh generasi kedua yg menduduki rumah ini)

(antara bilik-bilik yang terdapat di dalam rumah batu kaum Thamud)

(ukiran pada dinding sebelah dalam rumah batu)

(cuba bilang terdapat berapa rumahkah?)

(binaan rumah golongan berpendapatan rendah)


Ibrah Sirah Rasulullah SAW

Orang Arab dan penduduk tempatan di sini amat memahami signifikasi perbuatan Rasulullah SAW yang tidak berhenti di kawasan Madain Salleh ini sekembalinya baginda dan para sahabat yang lain dari Perang Tabuk. Walaupun para sahabat yang sangat kepenatan dan kehausan meminta baginda berhenti rehat di kawasan ini, namun Rasulullah SAW terus meneruskan perjalanan sehinggalah ke Al-U'la. Apabila ditanya oleh para sahabat selepas itu kenapa baginda tidak berhenti di Madain Salleh, malah baginda memecut unta laju-laju ketika melalui kawaan ini, baginda menjawab bahawa kawasan itu adalah kawasan tempat laknat Allah, tempat pernah turunnya azab yang dahsyat. Masjid tempat Rasulullah SAW dan para sahabat berhenti untuk solat dan rehat masih terdapat di Al'Ula. Masjid tersebut masih dalam bentuknya yang lama iaitu dari binaan pohon dan pelepah tamar.

Justeru, terdapat papan tanda pada pintu pagar utama kawasan ini untuk tidak makan dan minum di kawasan ini walaupun makan dan minum bekalan sendiri. Tiada langsung sebarang kedai di sini, tempat ini dirujuk oleh mereka sebagai "cursed place", jadi tidak hairanlah apabila mereka tidak mempopular dan mengkomersialkan tempat ini, namun apa yang akan berlaku pada masa akan datang waAllahu a'lam.

Renungan

Saya mengetahui kisah Perang Tabuk, saya mengetahui ia berlaku pada musim panas (musim menuai hasil tanaman dan juga suhu yang sangat panas) yang menguji iman ramai sahabat kerana ini adalah satu-satunya perang yang Rasulullah beritahu terlebih awal bahawa perjalanannya sangat jauh, saya mengetahui kisah Kaab dan saya mengetahui perbuatan golongan munafiq Madinah pada waktu itu, tetapi ia hanya benar-benar berbekas kuat di hati apabila saya menjalani perjalanan yang panjang (bukannya berjalan kaki...hurm...sedangkan bukan semua sahabat menaiki unta dan kuda, ramai yang berjalan kaki) sejauh 400km menaiki bas yang selesa dan laju pada musim sejuk (maknanya tidak panas) yang udaranya nyaman seperti Genting Highland dan bas kami berhenti rehat di Khaibar (convenient eh, travel bus beraircond...lps 2 jam berhenti rehat dan makan...jauhnya beza dibandingkan dgn perjalanan Rasul Allah...owh ya, kt Khaibar nie pun pernah terjadi perang Khaibar). Dari Madinah ke Al-Ula hanyalah sebahagian kecil daripada peta perjalanan Perang Tabuk Rasulullah, menambahkan rasa takjub kepada semangat juang para sahabat, ketabahan, kesungguhan dan keberanian. Lantas terfikir, "patutlah mereka dimuliakan Allah untuk hidup pada zaman Rasulullah", "mereka layak mendapat Syurga ats segala apa yang mereka perbuat".

Wednesday, February 11, 2009

tak ku ingin ucapkan selamat tinggal...

tika hati mula terpaut untuk sujud lebih lama...
pd lantai marmar tanpa lapik itu
sejuk,
meresap hati
damai,
memenuhi jiwa
tenang,
berbicara dgnMu
bahagia,
dalam kasih Mu

tika jiwa mula teresap makna kelilingan 7 pusing...
zatiah amal jasmani memberi maknawi
terasa begitu dekat denganMu
di Baitullah, rumahMu
ku merintih maghfirah, memohon keampunan

tika hati mula terasa indah
solat di Hijir Ismail,
solat di belakang maqam ibrahim,
berdoa di Multazam,
mengucup hajarul aswad
berulang kali sehari..


Ya Allah,
hati yang mula terpaut,
kini sudah jatuh cinta,
tidak kuingin ucapkan selamat tinggal



tak mampu kurenung dinding hitam kaabah itu lagi
bersama sebak menghitung saat
kerana kutahu
esok,
terpaksa kuucapkan selamat tinggal
walau hati merintih,
tidak ingin kuucapkan selamat tinggal Ya Allah,

"Ya Allah, ya Tuhanku, janganlah dijadikan tawaf dan ziarah hamba ini sebagai kali yang penghabisan di Baitullah. Jika sekiranya ditaqdirkan menjadi kali yang terakhir, maka ku pohonkan syurga sebagai gantinya dengan kemurahan Engkau, ya Tuhan yang Amat Pemurah lagi Penyayang"

Thuaibah,
11 p.m, 10 Februari
Abeer Garden Hotel
Makkah AlMukaramah

Monday, January 19, 2009

Labbaik Allah Humma labbaik...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

"awak nk pegi umrah ke?" soalan dari atikah pandi sebentar td mengejutkan saya. Dia yg mmg rapat dgn saya sepatutnya sudah lama tahu tp nampaknya cuti summer ini benar-benar menyebabkan saya tidak berhubung dgn ramai org. Tambahan pula, semua org menggunakan no hp msia sewaktu cuti ini yg sy tidak ketahi nombornya.

Rancangan umrah bukanlah rancangan yg telah lama dirancang wp niatnya sudah lama. Ketika study week sebelum peperiksaan akhir tahun November yang lepas, tiba-tiba mak saya menghantar sms meminta saya memberitahunya details of draft ANU academic calendar for 2009 and 2010. Saya pula tak tya banyak..check kat website sume jadual exam dan cuti, then hantar kt dia. Hanya dua minggu selepas itu, barulah saya bertanya mak kenapa meminta academic calendar saya. Mak saya memberitahu hasratnya untuk membawa saya membuat umrah dan juga beberapa rancangan lain, kami pun mula merancang tarikh-tarikh yang sesuai.

Sebaik sahaja saya meletakkan telefon perbualan dgn mak, perkara pertama saya lakukan ialah menghantar email kepada org-org yang ada perkaitannya dgn jadual hidup saya. Antara masa yg dilihat sesuai ialah sewaktu cuti musim sejuk di Australia (July) tetapi saya kalo boleh tak nak terlepas dari menghadiri winter gathering dan program2 tarbiah musim sejuk. Ada juga plan nk melawat tempat org sewaktu cuti2 yang ada, dan ada juga dgr khabar org jauh ada nk dtg lawat Canberra etc. Kemudian, timbul juga cadangan untuk melakukan umrah pada cuti musim panas Australia (december 2009) tetapi banyak juga perkara perlu dipertimbangkan.

Apabila email-email saya kepada naqibah dan kawan-kawan bertya ttg jadual program dan jadual mereka mendapat jawapan, saya kembali menghubungi mak, berbincang panjang, ubah tarikh situ sini kerana ia melibatkan 7 org dalam keluarga yang akan menyertai umrah ini. Memilih tarikh yg sesuai untuk semua org bukan perkara yang senang juga.

Akhirnya, keputusan majlis syura (hurm...) merasakan bahawa akhir Januari 2009 adalah tarikh paling sesuai untuk semua orang, biiznillah insyaAllah. Kiranya tarikh ini tarikh paling awal sebaik sahaja musim haji tamat.

Keputusan dilakukan ketika saya sudah mahu bertolak pulang untuk bercuti di Malaysia menyebabkan saya tidak sempat memberitahu org lain termasuk kawan-kawan rapat, sahabat seusrah, ahlul nahdan dan juga housemates!

Kiranya nie, nak bagitahulah:-).

InsyaAllah kami akan bertolak dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu pada 29 January, penerbangan MAS MH 1339, jam 9.10 malam ke KLIA^_^. Flight ke Jeddah adalah keesokan harinya dari KLIA dgn penerbangan Saudi Airlines. Nabilah (adik Perth) beria sekali nak ajak familynya hantar di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu kerana katanya rumahnya dekat dgn airport (memang dekat sgt pun.....).

(masjid nabawi)

Kami akan memasuki Madinah terlebih dahulu dan akan berada di sana selama 5 hari, barulah kemudiannya bertolak ke Mekah. InsyaAllah kami akan berada di Mekah selama 8 hari untuk digunakan dan dimanfaatkan sebaiknya ^_^. Penerbangan balik dengan pesawat SV 836 akan tiba pada 12 Febuari 2009 di KLIA pada jam 1 tengahari. Flight MAS ke Kuala Terengganu adalah pada pukul 7. 45 petang tersebut. Itulah rancangan kami setakat ini, semoga Allah mempermudahkan segala urusan perjalanan dan ibadah kami di sana nanti.

(masjidil haram)

'Labbaika Allahu malabbaik, labbaika la syarikala kala baik, Innal hamda walni'mata laka walmulk la syarikalakalak'

Aku sahut panggilanMu ya Allah!
Aku sahut, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah Kami Sahut!
Segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu ya Allah!
Tiada sekutu bagiMu.

Kunjungan ke Tanah Suci ini adalah yang pertama kali buat saya, Nukman, Aqilah dan Kak La kerana Ayah Ki (datuk saya), mak dan ayah telah mengunjunginya sebelum ini.

Doakanlah yang terbaik buat kami, kesihatan yang baik dan segalanya dipermudahkan agar kami dapat menjadikan kunjungan ini kunjungan yang diberkati, ziarah ini ziarah yang diredhai, ibadah ini ibadah yang diterima, pengalaman ini pengalaman yang menjadikan kami hamba Allah yang lebih baik bersama niat yang ikhlas hanya semata-mata keranaNya, beribadat dan bertaqarrub denganNya. Doakan juga keselamatan perjalanan pergi dan balik kami bertujuh^_^.
"sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah"
(al-baqarah:196)

"Ya Allah pemudahkanlah segala urusan, janganlah Engkau mempersulitkannya, dan akhirkanya dengan pengakhiran yg baik"

Tuesday, September 16, 2008

Newcastle: Satu Kembara Hati

Newcastle: Satu Kembara Hati

Satu kembara jasadi
menunggang Kia Carnival
5 jam perjalanan menuju arah
beratus kilometer diredah
beratus dollar minyak ditelan
berpuluh jam dihabiskan

(8 seater Kia Carnival is too big for a small driver like me)

namun itu bukan ukuran
kerana kembara ini
kembara hati,
sangat bererti
dalam kami mengasuh jiwa, mendidik hati,
memperteguh kendiri,

"Dan perumpamaan org yang menginfakkan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk memperteguh jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yg disirami oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun (pun memadai). Allah maha melihat apa yang kamu kerjakan" (2:265)

(Ya Allah, teguhkanlah jiwa ini)

bukan senang kerana minggu itu assignment perlu dihantar
bukan mudah kerana esoknya quizes dijadualkan
bukan gampang kerana presentation perlu disiapkan

namun itu bukan kekangan
kerana janji Allah itu pasti
pada keberkatan masa, pada kerahmatan usaha,
bersama redhaNya yang menaungi,
hanya tinggal hambaNya untuk meyakini,

Berilah Allah pinjaman yang baik, sebaik-baik pinjaman,
Tan surullaha yansurukum wathabbit aqdaamakum,
(Jika kamu menolong agama Allah, Allah menolongmu dan memperteguhkan kedudukanmu 47:7)


(masjid newcastle)

Kembara ini,
Jaulah ini,
perjalanannnya jauh,
gayanya memenatkan,
demi sebuah pertemuan yg sebentar cuma,
demi satu kebersamaan yang sekejap

(Bar Beach, Newcasle)

Namun, disitu ada syifa',
disitu ada penawar.

Merdu deru ombak Pantai Bar,
Segar angin pantai menyapa wajah,
Indah laut nan terbentang,
Wangi haruman Spring kian menjelang,
mengubati jiwa kami dengan terapi semulajadi.

(Garden beside Bar Beach)

apabila hati keluar dari 'dunia' biasa,
walau hanya seketika
mengosongkan jiwa dari segala di belakang sana,
dari segala keluh kesah buku dan mehnah dakwah
lantas membuka ia
untuk direcharge, untuk diberi nafas baru,
bersama akhawat dikasihi,
merefleksi diri, memuhasabah kekurangan amal sbg bekal,
'berat beban ini hanya mampu ditampung oleh banyaknya taqarrub ilallah dan amal fardhi'

(merenung menghisab)

Lantas, kita pahat cita-cita bersama,
untuk memperbaiki diri, untuk menambah bekal,
demi tugas di medan sendiri.

Thuaibah, Newcastle
( 14 Ramadhan 1429)