
which one are u now?
which one are u in future?
this nasyeed is based on a famous quotation from asSyahid Sayyid Qutb.
أخي أنت حرٌّ وراء السدود ….. أخي أنت حرٌّ بتلك القيود
إذا كنت بالله مستعصما …. فماذا يضيرك كيد العبيد؟!!.
أخي هل تُراك سئمت الكفاح ؟ …. وألقيتَ عن كاهليك السلاح
فمن للضحايا يواسي الجراح ؟….. ويرفع راياتها من جديد.
أخي: إنني اليوم صلب المراس … أدكُّ صخور الجبال الرواسي
غدا سأشيحُ بفأسي الخلاص … رؤوس الأفاعي إلى أن تبيد.
أخي: إن ذرفت عليَّ الدموع … وبللت قبري بها في خشوع
فأوقد لهم من رفاتي الشموع … وسيروا بها نحو مجد تليد.
أخي: إنْ نمتْ نلقَ أحبابنا …. فروضات ربي اُعدَّت لنا
وأطيارها رفرفت حولنا … فطوبى لنا في ديار الخلود.
ساثار ولكن لرب ودين … وأمضي على سنتي في يقين
فإما إلى النصر فوق الأنام … وإما إلى الله في الخالدين .
Akhi Anta Hur (Saudaraku, engkau sebenarnya merdeka !)
Syed Qutb
Saudaraku engkau sebenarnya merdeka (walaupun dikurung) di sebalik jeriji besi itu,
Saudaraku engkau sebenarnya merdeka (walaupun) diikat dengan gari-gari itu,
Sekiranya engkau berpegang teguh kepada Allah,
Nescaya tiada tipudaya hamba yang dapat memudaratkanmu
.
Saudaraku, apakah yg berlaku kiranya engkau jemu untuk berjuang ?
Dan engkau melemparkan dari bahumu segala senjata-senjata ?
Siapakah yang akan mengubati luka para tentera yang cedera di medan peperangan ?
Dan siapa pula yang akan mengangkat kembali bendera kita ?
.
Saudaraku sesungguhnya aku pada hari ini adalah tukul besi yang keras,
Aku akan menghancurkan segala sihir/tipudaya jahat segala gunung-gunung yang mencakar langit (pemerintah yang zalim),
Pada hari esok aku akan menghapuskannya dengan pukulan penghabisan,
Segala kepala-kepala ular sehingga ia hancur berkecai.
.
Saudaraku, sekiranya engkau mengalirkan airmatamu atas pemergianku,
Dan engkau sirami pusaraku dengan airmata itu dengan penuh khusyuk (sedih),
Maka nyalakanlah bagi mereka (generasi berikutnya) daripada tulang-belulangku sebagai lilin,
Dan maralah dengannya ke arah kegemilangan yang menanti.
.
***(tambahan tiada dalam lagu tapi ada dalam syair)***
Saudaraku sesungguhnya aku tidak pernah jemu untuk berjuang,
Dan aku takkan mencampakkan senjata daripada badanku,
Sekiranya aku mati sesungguhnya aku syahid,
Dan engkau akan terus mara menuju kegemilangan yang agung.
***(habis tambahan)***
.
Saudaraku sekiranya kami mati kami pasti akan bertemu dengan kekasih-kekasih kami,
Bahkan taman syurga Tuhanku tersedia buat kami,
Serta burung-burungnya akan berterbangan di sekeliling kami,
Maka bergembiralah bagi kami dalam negeri yang abadi ini.
.
Aku pasti akan menuntut bela, atas dasar Tuhan dan agama,
Dan aku akan terus mara dengan perjalananku ini dengan penuh keyakinan,
Sama ada ia berupa kemenangan di atas semua manusia,
Ataupun ia adalah kepulanganku kepada Allah di dalam negeri yang kekal.
"kekayaan sebenar itu adalah kekayaan jiwa, jiwa yang merasa penuh dan cukup" Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful..
Pernah tak rasa banyaknya benda-benda yang sangat "challenging" berlaku dalam hidup kita? Menyusahkan kita, memenatkan kita dan membuatkan kita rasa, "mencabarnya....". Atau kita tidak mendapat apa yang kita mahukan...atau ada yang menyedihkan berlaku..
Saya rasa ubat paling mujarab apabila perkara-perkara ini berlaku ialah dengan ingat balik semua benda-benda "senang" yang Allah kurniakan. Rahmat, anugerah, rezeki, kejayaan, kasih-sayang, kesenangan dan segala perkara yang menggembirakan, yang Allah telah berikan.
Kalo ingat-ingat balik, kira-kira, yang mana lebih banyak sebenarnya? Perkara-perkara susah ke perkara senang dan membahagiakan?
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana)
yang ditimpakan di bumi,
dan tidak juga yang menimpa diri kamu,
melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami)
sebelum Kami menjadikannya;
sesungguhnya mengadakan yang demikian itu
adalah mudah bagi Allah.
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya
kamu tidak bersedih hati
akan apa yang telah luput daripada kamu,
dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga)
dengan apa yang diberikan kepada kamu.
Dan (ingatlah), Allah tidak suka
kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur,
lagi membanggakan diri.
[Surah Al-Hadid : 22-23]
I could not count, over the years, of so many things that ever happened. Allah, indeed belongs to You all glorification..
Thank you Allah for all that You have bestowed upon me:)
Thank You, Allah..
“[...] and if you should count the favors of Allah, you could not enumerate them,” (14:34)
Bismillahi rahmanirahim..
Baru 11 bulan dalam dunia kerjaya yang sangat berbudayakan korporat dan moden, I would like to say I agree for every alphabete written in this articles due to my own experience. Even though my daily challenges are much more than addressed, but this writing is good enough for general reading. Wish to re-read in future, again and again.
“Terima kasih kerana sudi menjemput saya untuk berkongsi masa, pandangan dan fikiran di dalam majlis ini. Tahniah atas graduation masing-masing dan selamat pulang ke tanah air” saya memulakan ucapan ringkas.
Majlis pagi itu menemukan saya dengan sejumlah pelajar Malaysia yang pernah menuntut di UK dan Ireland. Mereka baru sahaja menamatkan pengajian masing-masing dan mengambil inisiatif untuk berkumpul, bersumbang saran, sebelum semuanya bertebaran dengan kehidupan masing-masing di alam pekerjaan.
“Dalam pertemuan ini, saya tidak mempunyai nasihat-nasihat yang canggih untuk dikemukakan. Soal bagaimana keterlibatan antum di dalam kelangsungan dakwah pasca graduasi, bagaimana mahu berperanan di cawangan, kawasan atau di mana-mana, semuanya sudah banyak kali diperkatakan dan antum jelas mengenainya.
Tetapi, kali ini nasihat saya hanyalah nasihat pada perkara-perkara kecil yang jika antum menggarapnya secara salah, ia boleh kedengaran seperti suatu perlekehan terhadap minda dan segulung ijazah yang antum miliki. Maafkan saya. Namun saya perlu memperkatakannya, kerana benda-benda kecil inilah yang menjadi cabaran besar dan kemudiannya banyak melukakan, mencederakan dan seterusnya membunuh iman kita” saya meneruskan bicara.
Pagi itu, cuacanya agak panas.
Nampak rasa tidak selesa mereka.
Bukanlah kerana baru pulang dari luar negara, hatta saya yang sudah lama pulang ini pun, terasa bahangnya. Malaysia tidak pernah sepanas sekarang, 10 atau 20 tahun yang lalu.
Saya meneruskan bicara. Nasihat atau pesanan yang disampaikan simple sahaja.
PERGAULAN
Perhati-perhatikanlah aspek pergaulan.
Siapa di depan, kiri, kanan dan belakang cubicle masing-masing. Dengan siapa kalian keluar lunch. Siapa yang sering bersama-sama dengan kalian on site semasa menjalankan kerja seharian. Perhatikanlah.
Semasa di UK dan Ireland, biar pun bagi sesetengah orang mereka sudah bertemu dengan kebebasan kerana tiada lagi peraturan sekolah, peraturan asrama, peraturan rumah, malah peraturan agama, namun kalian tidak begitu. Dalam kebebasan itu, antum mencipta batasan. Penglibatan di dalam usrah dan kerja-kerja Islam, serta pergaulan antum dengan rakan-rakan sefikrah, menjadikan antum terikat dengan batasan-batasan tertentu dalam kehidupan.
Walaupun namanya belajar di UK dan Ireland, kalian belum kena penangan kebebasan.
Selamat pulang ke Malaysia, selamat masuk ke alam kerja.
Tiada lagi segan silu dengan rakan seperjuangan, kalian sendirilah yang bakal tentukan.
Awasi pergaulan, awasi credit hour dengan siapa antum paling banyak meluangkan masa.
Keruntuhan rumahtangga yang baru dibina atas asas Islam itu, boleh musnah hanya kerana penangan credit hour. Antum bersama dengan rakan kerja lebih banyak masa dan lebih berkualiti masanya berbanding dengan suami atau isteri masing-masing. Mungkin bunyi berdehem atau bunyi tapak kasut office mates lebih antum kenal daripada berdehem dan bunyi tapak kasut suami dan isteri di rumah.
Awas dengan hal ini.
PAKAIAN
Ingat balik pakaian kalian sebelum terbang ke UK dan Ireland dulu.
Semasa antum belum kenal tudung yang labuh atau jubah yang litup. Semasa antum belum berketayap di kepala dan mula menyimpan janggut. Ya, selamat pulang ke alam sebelum terbang ke UK dan Ireland dulu.
Jika semasa di UK dan Ireland, antum bebas membuat perubahan diri tanpa kekok, kesan sokongan persekitaran yang kalian bentuk, kini kekok itu baru bermula. Pulang dari UK dan Ireland dengan penampilan ala-ala graduan Timur Tengah, anda mungkin akan disinis oleh keluarga sendiri.
Disinis mungkin bukan dengan perkataan, tetapi cukup dengan lerekan mata, dingin dalam perbualan, dan perasaan-perasaan yang kalian rasa sendiri akibat berbezanya kalian daripada keluarga dan ‘teman lama’.
Maka dalam adjustment kalian tentang pakaian, ingat-ingatlah.
Ingatlah kepada batas-batasnya.
Berpada-padalah dalam usaha untuk menyamakan diri dengan massa.
Malah, jangan lupa dengan hati kecil pasangan anda.
Si isteri yang disunting melalui Bait Muslim dulu, mungkin jatuh cinta dengan anda kerana ketayap putih di kepala yang menumpahkan nurnya ke muka anda. Kasihnya berputik mungkin kerana tertawan dengan kemasnya janggut yang sunnah di bawah dagu anda. Maka sebelum membuat adjustment, janganlah sampai imej baru anda menjadikan si isteri terasa kehilangan anda dan rindu kepada insan yang tidak mungkin lagi ada.
Si suami yang menyunting anda melalui Bait Muslim, mungkin jatuh cinta dengan anda kerana jubah dan tudung labuh yang anda sarungkan ke tubuh. Hatinya mungkin basah melihat anda berimej demikian di celah pohon pine dan renang undan di tasik dan kali. Maka sebelum membuat adjustment pada pakaian itu, janganlah sampai imej baru anda menjadikan si suami terasa kehilangan anda dan rindu kepada insan yang tidak mungkin lagi ada.
Berbincanglah.
Ketahuilah expectation masing-masing.
Jangan dipendam kekecewaan pada perkara-perkara yang ‘kecil’. Kelak merebak menjadi besar. Suami dan isteri makin luas pergaulannya. Takut apa yang dia hilang dari kalian, ditemuinya pada rakan kerja. Banyak mehnah yang menyusul nanti.
PERSAHABATAN
Pesanan terakhir saya berkaitan dengan persahabatan.
Jika mahu bersahabat, bersahabatlah puas-puas semasa di UK dan Ireland.
Pulang ke Malaysia, biar pun kita seposkod, namun peluang untuk bertemu semakin sukar. Semua orang ter’sihir’ oleh kalimah berkuasa tinggi bernama S.I.B.U.K. Tiada lagi masa untuk bersama. Tiada lagi peluang untuk bertandang. Tiada berita mungkin sebaik-baik berita. Kalau sakit adalah bunyinya. Kalau mati adalah beritanya. Tanpa berita, mungkin semua baik-baik belaka.
Tambah-tambah pula bagi Muslimat.
Selepas kahwin, sahabatnya hanya suami dan anak.
Teman yang begitu rapat dan mesra semasa di perantauan, yang berkongsi tudung, baju, bantal dan tilam, mungkin tidak akan lagi dihubungi. Sekali berjumpa, update mungkin tentang jumlah anak dan produk pelangsingan tubuh yang diguna.
Jangan begitu.
Telefon ada.
Mailing list ada.
Semua ada.
Apa yang mungkin tiada ialah keinginan untuk mengekalkan persahabatan. Sedangkan sahabat-sahabat itulah yang sekapal dengan kalian semasa mengembara mengenal Iman dan kehidupan, semasa di perantauan dulu. Jangan lupakan mereka. Jangan tinggalkan mereka.
Jika tidak dapat bertemu 20 orang, hargai peluang bertemu dengan 2.
Setiap pertemuan, untuk menyuburkan kembali persahabatan yang pudar oleh kesibukan, adalah nikmat besar dari Allah, tatkala bermastautinnya antum di bumi Malaysia ini.
PENUTUP
Sebagaimana saya gembira melihat antum melangkah dari kepinga-pingaan di Lapangan Terbang dulu, kepada mula menyarung kot putih di hospital, dari Tahun 1 yang tidak mengerti apa-apa kepada kemudiannya menjadi senior yang berminda kelas tinggi dan petah berkata-kata, daripada terkial-kial dengan surah Yasin di masjid English pada Khamis malam Jumaat yang tiada kepada graduan pemegang segulung ijazah daripada sebuah universiti yang tersohor itu, demikianlah juga saya masih gembira melihat antum mula menimang anak.
Saya gembira melihat antum mengubah suai saiz seluar.
Saya gembira melihat antum meraba-raba uban yang mula tumbuh di kepala.
Saya gembira melihat antum bercerita tentang kerjaya yang saya semakin tidak memahaminya.
Saya gembira melihat antum meningkat dan terus dewasa daripada satu tahap ke tahap yang berikutnya.
Ketahuilah bahawa saya juga gembira andai kalian mencari saya untuk berkongsi kisah duka. Jika tidak tahu hendak ke mana meluahkan beban hati, jika berantakan antara suami dan isteri dalam kembara mawaddah dan rahmah, jika jadi keliru dengan kehidupan, ketahuilah, saya sama seperti dulu… sentiasa ada di sini menantimu.
Mungkin saya tiada penyelesaian atau nasihat canggih untuk dikongsi.
Tetapi saya sentiasa ada selautan kasih sayang dan ukhuwwah yang tersemat pada sekeping hati.
Seeru ‘ala barakatillah…
Mari Doa agar Allah menjaga kita, dalam setiap langkah dan masa, dalam setiap saat meneguhkan kita untuk sepanjang hidup ini. Tanpa pertolongan Allah, sesungguhnya kita tidak kuat untuk menjaga diri sendiri...Seeru ‘ala barakatillah…
Jazakillahukhairan katsira...ThuaibahAlhamdulillah.
Website dah activated, so now i can start designing etc...
(Miss Dai'e, on oil rig)

Kita juga mahu supaya bangsa kita faham bahawa mereka lebih kita sayangi daripada diri kita sendiri