Thursday, June 16, 2011

Which one are you?



which one are u now?

which one are u in future?

Saturday, June 11, 2011

counting days...

one more day to go

oh,

*usaha, doa, tawakkal*

Sunday, June 5, 2011

bunga-bunga-bunga


Masuk rumah bawa fresh-flowers kat tangan, terus housemate yang tertarik pada bunga datang dekat dan kata berkenan dekat warna Pink.

"waaa..macam Nora Eleena" katanya.

aaaa.. sy tengok separuh je scene Nora Eleena keriangan mendapat bunga hari Khamis lepas, sempat lah tengok bilik tidur, sofa dan katilnya dipenuhi Fresh Flowers, tapi tak sempat tengok lama... tak tengok masa dia bawa bunga-bunga tuh balik rumah dari hotel.

selepas direnjis sedikit air

Saya juga bawa bunga balik rumah. Tapi dari Wedding, bukan dari Cameron Highland. Fresh pink roses nie buat kami sugguh excited malam itu, lagi-lagi baunya pun masih wangi. Mula-mula nak bawa masuk bilik masa nak tido, tapi lepas tuh tak jadi sebab rasa bunga tuh nanti buat saya mimpi bunga...

Esoknya, Mira datang rumah..dia pun geram kat bunga tuh dan kami pun jadi macam budak kecik, bermain bunga. Mula-mula nak renjis bunga dengan air, tapi sebab nak amik gambar kena letak air banyak, sedar-sedar air meleleh kt TV, keluar dari bekas bunga atas TV.

"Thuaibah, awak patut bawa balik banyak lagi bunga-bunga tu...cantik" komen housemate. Tapi, semalam keinginan saya tak lah besar sangat, satu pun kira dah sangat happy=).

Kisah bunga bermula apabila habis Wedding, dan orang mula berkemas-kemas meja dan kerusi dan segala peralatan di bawah kanopi. Ada kakak minta tolong angkut berpuluh-puluh bunga dari luar pagar, masuk ke kawasan rumah. Mula-mula fatimah, sarah dan saya angkut juga jambangan fresh roses tu, tapi sebab banyak sangat tak larat nak buat banyak trip mengangkut bunga.

Saya bagi idea untuk usung je terus meja kayu yang dipenuhi berpuluh-puluh jambangan bunga ini masuk ke dalam rumah. Tapi meja tuh meja kayu, tebal dan berat. Tak cukup orang lah pulak nak mengangkat meja yang berat tu. Last-last saya menghampiri "pak cik" dua tiga orang yang ada di situ, mula-mula saya panggil, "pak cik", dia wt muka terkejut yang saya dah faham apa maknanya...=D. Okeh..tukar.."abang", barulah nak tolong angkat meja tu...

Kami berempat pun angkatlah meja tu masuk ke dalam. So, tak perlu lagi ulang alik berkali-kali nak bawa bunga yang sangat banyak.

Tapi overwhelming lah pulak bermain dengan bunga nie, bau best..cantik..mood yang sepanjang hari berbagai-bagai pun boleh jadi happy. Susun-susun, cium bunga, leraikan kelopak bunga, amik gambar bunga, amik gambar dengan bunga....

favourite pose~


sebahagian dari bunga-bunga yang kami angkut


Titisan air dan bunga