Showing posts with label Hari Kebesaran Islam. Show all posts
Showing posts with label Hari Kebesaran Islam. Show all posts

Sunday, September 20, 2009

Eid Mubarak 1430H

eid mubarak~
eid al fitr
Taqaballahu minna waminkum.
May He accepts all our good deeds.

~From Down Under~

It's a week which all major assignments (30% + 35% + 15%) and project due. And it's EID FITRI !!!

p/s: pretty confident the hectic and busy life will cost you and those around you. undeniably. but would it be severe?

Saturday, March 7, 2009

Salam Maulidur Rasul

Bismillahirahmanirahim~

Salam Maulidur Rasul~
Isnin, 9th March 2009=Isnin, 12 Rabiul Awal 1430


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Saturday, January 3, 2009

Hijrah Dirai Masihi Dinanti


Assalamualaikum wbt

Pada 1 Januari 2009 bersamaan 4 Muharram 1430, saya berpeluang untuk menghabiskan masa seharian di Kota Bharu. Walaupun pada asalnya, niat ke Kota Bharu hanya untuk jalan-jalan, namum saya berpeluang untuk mengetahui dan melihat sendiri sambutan Tahun Baru di Kelantan. Sambutan yang sungguh unik sekali, jauh dari pengaruh sambutan di tempat-tempat lain di seluruh negara.

Secara jujurnya, saya sendiri terkejut apabila mengetahui pada malam 31 Disember, di saat ummat Islam di Palestine sudah 3 hari dibom dan angka korban sudah mencecah 300 org, Bekas Menteri Besar Terengganu yang juga orang Jerteh bersama orang-orangnya telah mengambil inisiatif yang julung-julung kali dilakukan di pekan kecil ini. Beliau yang tidak lagi menjawat jawatan penting dalam pentadbiran Barisan Nasional sekarang , masih lagi prihatin dan mengambil berat dengan kehendak anak muda yg mahukan hiburan pada malam tahun baru. Mungkin benar anak muda pekan kecil ini mahukan hiburan tahun baru, atau sebenarnya beliau cuba untuk memodenkan pekan ini agar turut sama menyertai arus hanyut sambutan tahun baru. Beliau dan orang-orangnya dilaporkan hadir dalam konsert yang diadakan di kawasan Econjaya meraikan detik tengah malam tahu baru dengan artis-artis yang dibawakan dari Kuala Lumpur. Konsert yang gamat itu juga boleh didengari dari Masjid Hadhari yang dibina sewaktu pemerintahan beliau. Kisah ini adalah satu cebis dari kisah yang biasa di Malaysia. Pemimpin-pemimpin akan merestui jika tidak menganjurkan dan menghadiri Konsert sambutan tahun baru.

Biasanya, kisah itu akan berpanjangan dengan laporan panas dari media arus perdana esoknya. Seperti biasa, tajuk-tajuk berita seperti 'tangkapan khalwat', 'serbuan pesta pil khayal', 'mat rempit menggila di ambang tahun baru', 'pesta arak', 'pelakon wanita drama bersiri dan pembaca berita astro di tangkap dalam pesta seks' menghiasi laporan beberapa muka akhbar pada 1 dan 2 januari 2009.

Apa yang dapat kita simpulkan dari kisah-kisah tahun baru di Malaysia yang kita baca saban tahun? Sudah terlalu hancurkan anak muda bangsa kita? Mengapakah mereka hancur? Bagaimanakah mereka hancur?

Ironinya, bangsa ini tidak hancur dan rosak moralnya dalam satu malam, prosesnya yang lama diperlukan sebelum seseorang itu berani terlibat dalam perkara perkara tidak bermaruah di atas. Tetapi budaya sambutan tahun baru dengan cara yang menggalakkan lagi maksiat menjadi stimulus kepada aktiviti-aktiviti yang lebih rancak sebaik sahaja bunga api detik 12 malam berakhir.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada kerajaan kelantan yang berjaya menganjurkan satu majlis sambutan tahun baru di Stadium Sultan Muhammad ke-IV yang dihadiri oleh puluhan ribu hadirin. Majlis yang dimulakan sejak 5.30 petang sehingga detik 12 malam juga tidak kurang hebat dan meriahnya namun dengan budaya dan akhlak yang berbeza. Majlis ini menampilkan artis nasyid Rabbani, Akhil Haiyy, Sabri Yunus, Hafiz Hamidun (bekas anggota UMIC) dan seorang pengacara Tv9, Farah Adeeba.

Wakil-wakil kaum iaitu Cina, India dan Siam turut diberi peluang berucap. Kemudian, Tuan Guru Nik Abdul Aziz membaca doa selamat.Penonton juga dipersembahkan hiburan yang dikendalikan Akhil Hayy dan Farah Dibba. Selain itu dikir barat dipersembahkan oleh kumpulan Sri Budi dan Zul Wisma dan Rabbani menyampaikan lagu nasyidnya.

Program dimeriahkan lagi dengan perarakan 19 ekor kuda yang membawa piala Emas Raja-Raja diiringi 19 kereta klasik, 19 motosikal klasik dan 19 motosikal berkuasa tinggi. Angka 19 itu sebenarnya mewakili 19 tahun pemerintahan kerajaan PAS kelantan.

Deklemasi sajak oleh Hadi Muhammad dan adik Hafifi turut menyentuh perasaan. Bacaan ikrar oleh sekumpulan remaja dan selawat mega bergema menjelang detik 12 malam. Dan tepat jam 12 malam azan dilaungkan oleh Akhil Hayy yang kini mengendalikan rancangan mingguan "Cafe Akhil Hayy" di Astro. Majlis di akhiri dengan pertunjukan bunga api.

Sambutan ini sememangnya satu langkah yang tepat untuk menyediakan alternatif yang tepat kepada ummat yang tenat sekarang.Saya tidak fikir orang yang menghadiri sambutan "hijrah dirai masihi dinanti' yang bermula sejak 5.30 ptg dengan mengasingkan tempat duduk lelaki perempuan dan menganjurkan solat jemaah maghrib dan isyak akan meneruskan malam tahun baru dengan aktiviti-aktiviti tidak bermoral.


Nik Aziz berkata, konsert yang diadakan bertujuan memberi pendedahan baru dan hiburan kepada golongan remaja supaya dapat menghindarkan diri daripada gejala-gejala yang tidak sihat ketika menyambut acara tahunan itu.

''Melalui konsert malam ini, kita bukan sahaja berhibur dengan cara yang sebaik-baiknya tetapi turut menyuntik motivasi dalam jiwa muda-mudi melalui mesej yang disampaikan oleh barisan artis yang kita undang," katanya.

Menghampiri jam 12 tengah malam, 19 ekor kuda membawa masuk Piala Emas Raja-Raja yang dimenangi oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) baru-baru ini, di samping pertunjukkan kereta klasik, motosikal Cup 50 yang diubah suai sambil diiringi gendang dan rebana ubi.

Pertunjukan bunga api selepas countdown menandakan masuknya tahun baru juga dipersembahkan. (sumber:Utusan Malaysia 2 Januari 2009).

Syabas dan Tahniah sekali lagi atas penganjuran upacara sambutan ini yang tidak melupakan bahawa kita juga baru menyambut tahun baru Islam dan sedara seagama kita sedang rancak dibedil dan dibunuh di sana.


Ketika saya melangkah ke KB mall, jam sudah menunjukkan hampir pukul 1 tengahari. Sebaik sahaja sampai ke bahagian tengah tingkat bawah KB mall, tiba-tiba saya melihat kain rentang di atas. Timbul niat di hati untuk stau di sini sampai habis program yang diiklankan di atas. Saya mahu melihat kelainan di negeri ini yg tiada di tempat lain! Segera saya makan tengahari dan solat zuhur di surau yang terletak di tingkat paling ats bagunan tersebut (level tempat letak kereta). Sebelum jam 2.30 ptg saya sudah berada di depan pentas mencari tempat duduk paling depan bersama ibu saudara saya. Pengalaman-pengalaman lepas di negeri Kelantan memberitahu saya bahawa program-program anjuran kerajaan negeri akan sentiasa penuh sesak dengan hadirin tanpa perlu disediakan imbuhan.


Majlis yang turut dihadiri oleh isteri Menteri Besar Kelantan ini banyak menekankan tentang hubungan persaudaraan sesama ahli keluarga, sesama muslim sebangsa dan perpaduan dengan bangsa lain. Majlis amat meriah dengan reaksi hangat dari penonton kepada soalan-soalan dari pentas tentang kelantan dan penduduknya. Setiap penonton yang memberikan jawapan yang betul diberikan hadiah. Hafiz Hamidun turut sama berada di pentas menyanyikan lagu-lagu dari albumnya bersama UNIC dan juga album solonya.

Majlis yang bermakna ini berakhir sebelum masuk waktu asar

"Baguslah kelantan wat majlis sambutan tahun baru sebagai alternatif, xde bnda-benda mengarut" ujar saya kepada keluarga sewaktu berada di rumah.

"siapa nak bagi stadium, siapa nak bagi supermarket kalo kita tidak ada kuasa pemerintahan? nak dapat tempat pun susah" jawap satu suara.

Benar, urusan permit di Malaysia bukan senang pada realitinya.




(Datin Seri Tuan Sabariah Tuan Ishak)



(remaja yang turut mendengar dari atas)

Friday, August 8, 2008

Khabar Isra' Mikraj: Penapisan dari Allah

" Maha Suci (Allah) yg telah memperjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari masjidil haram ke masjidil aqsa yg telah Kami berkahi sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat"

(Al-Isra':1)


Assalamualaikum wbt...

Minggu lepas, 27 Rejab adalah tarikh Isra' dan Mikraj.
Kisah Isra' dan Mikraj adalah kisah yg selalu di ulang-ulang dan diceramahkan kepada kita sejak dari zaman sekolah rendah lagi.

Saya tidak bercadang untuk bercakap tentang apa yg berlaku sewaktu peristiwa tersebut dengan mendalam, tetapi saya ingin berkongsi satu aspek penting, hikmah dari peristiwa aneh yg mengundang ketidak percayaan ramai pihak terhadap khabar yg dibawa oleh Rasulullah SAW.

Ramai yg tidak percaya cerita aneh pengembaraan merentas dimensi yg berlaku hanya pada satu malam. Di sini kita dapat melihat signifikasi gelaran yg diraih oleh Saidina Abu Bakar iaitu As Siddiq. Kerana kisah pengembaraan itu terlalu mustahil...

sukar dipercaya,

namun beliau yg pertama memberi taat setia,

membenarkan apa sahaja yg dikata,

oleh Rasul mulia,


Saidina Abu Bakar juga berkata bahawa beliau akan membenarkan apa sahaja yg dikata dan akan diberitakan oleh Muhammad SAW walau semua org mendustakan baginda Rasul.

Peristiwa Isra' Mikraj ini adalah tapisan dari Allah. Tapisan kepercayaan, kesungguhan dan keimanan para sahabat. Tapisan yg sungguh hebat dan menduga kerana ramai sahabat yg murtad dek tidak mampu untuk mempercayai khabar ajaib itu selain terpengaruh dengan dakyah musuh. Islam masih lemah pada waktu tersebut, tidak ramai pengikut dan masih pada fasa Mekah. Tetapi Allah menurunkan juga tapisan ini, tapisan yg bukan sekadar hanya untuk melihat siapakah yg akan menjadi yg tertapis dan siapa pula yg akan menjadi yg ditapis. Tapisan yang bukan juga hanya untuk memilih isi dan sisa dari corong penapis.

Tapisan ini adalah untuk memilih hanya yg benar-benar layak dan mampu sahaja untuk terus bersama kemuliaan Islam, kerana perintah dan ujian dari Allah selepas itu adalah lebih hebat. Oleh itu, penapisan ini perlu untuk mendapatkan yang benar-benar yakin dan thabat demi ujian perjuangan yg lebih genting.

Kerana selepas itu turun perintah dari Allah untuk hijrah ke Madinah.

Hijrah: satu perintah yg memerlukan kaum muslimin meninggalkan tanah air yg tercinta tanpa mengetahui mereka akan kembali lagi atau tidak.

Hijrah: menuntut mereka meninggalkan sanak saudara, isteri, anak-anak, ibu ayah yg belum Islam tanpa mengetahui masih adakah pertemuan selepas ini.

Hijrah: menuntut meraka meninggalkan segala harta, kebun-kebun, gudang-gudang perniagaan dan kekayaan untuk bermusafir ke tanah asing sehelai sepinggang.

Tetapi mereka inilah yg akhirnya menjadi golongan yg mulia dgn izzah Islam. Pendokong pembinaan Negara Islam pertama Madinah, mendapat darjat istimewa kerana menjadi ahli Badar dan ditaklifkan sebagai generasi al-Qur'an yg unik oleh Syed Qutb pemangkin pasak kegemilangan empayar Islam.

Jadi, apa relevannya kisah ini dgn kita?

Kita akan melalui proses tapisan demi tapisan dari Allah. Janganlah merasakan keberadaan kita pada jalan tarbiah dan dakwah ini adalah satu kebetulan. Ia bukan sesuatu yg boleh disifatkan sebagai 'it's just happen'. Apabila peringkat awal dulu kita memilih untuk menghadiri program daripada melakukan agenda-agenda yg lain, apabila kita memutuskan untuk membuka telinga kepada pengisian daripada tidur di hujung minggu, kita sebenarnya telah berjaya melalui tapisan-tapisan kecil pada peringkat awal. Dan kemudiannya, apabila kita terus istiqamah untuk berada pada jalan ini, kita telah ditakdirkan oleh Allah untuk mengecapi manisnya tarbiah dan nikmahnya dakwah. Bersyukurlah. Namun, dari semasa ke semasa, tindakan-tindakan dan keputusan-keputusan kita akan menentukan sama ada kita akan terus berada pada jalan suci dan menyucikan ini atau kecundang pada pertengahan perjalanan. Semakin lama pendakian, semakin banyaklah rintangan, semakin dihujani dengan pelbagai onak dan duri, mehnah dan tribulasi. Tapisan dari Allah akan datang dalam bentuk macam-macam, dari dugaan kesibukan, masa, kewangan, ukhuwwah, komitmen kepadalah tekanan dan ugutan. Dan ujian dan tapisan dari Allah tidak akan berhenti setakat itu sahaja kerana puncak kemuliaannya adalah syahid di jalanNya sebagaimana yg telah dipilih dan dilalui oelh golongan yg terdahulu. Seorang ustaz pernah menasihati, hendaklah kita meletakkan bahawa syahid juga adalah cita-cita kita.

Saya mahu mengingatkan diri saya dan juga sahabat-sahabat seperjuangan, berusahalah untuk menjadi golongan yg berjaya ditapis dalam setiap ujian penapisan Allah. Bersungguh-sungguhlah kita dalam ditarbiah dan mentarbiah. Setiap masalah, kerenah dan dugaan yg datang menguji kita, sebenarnya telah pun ditakdirkan oleh Allah untuk kita, yg akan mengangkat kita ke tempat yg lebih baik di sisinya apabila kita berjaya melaluinya. Janganlah membuat pertimbangan yg akhirnya menggolongkan kita dalam golongan yg tercicir dari kenderaan yg sedang bergerak laju ini. Ujian dalam tarbiah tentunya adalah salah satu proses pentarbiahan dari Allah juga. Kerana Islam yg mulia dan jalan perjuangan yg suci akhirnya hanya mampu dipikul oleh golongan yg benar-benar beriltizam dengan jalan ini. Qul Hadzhi Sabili (katakanlah, ini jalanku).

Allah menjanjikan Islam akan bangkit semula, lalu kita semua berusaha bekerja untuk kebangkitan Islam. Kita tentunya akan gembira andai dapat melihat zaman Islam gemilang semula, mengakhiri zaman hanya 'gerhana bukan tenggelamnya matahari'. Secara logiknya, generasi saya tidak akan sempat melihat zaman itu. Namun, itu bukanlah persoalannya. Kita bekerja untuk Islam kerana kita yg perlukan Islam itu, untuk kebaikan kita dan bekalan akhirat kita, Islam yg hebat tidak perlukan kita dan tidak akan terjejas hanya dengan kerana seorang 'saya' yg enggan berkerja untuk Islam. Islam sudah sedia hebat. Janji ALLAH bhw Islam akan bangkit semula akan tetap berlaku walaupun dengan usaha kita menyumbang atau tidak. Jadi , kenapa kita berkerja untuk Islam? Bukankah untuk kebaikan kita sendiri juga?

Sewajarnya kita mencontohi keyakinan dan keimanan para sahabat.

Sumayyah tidak mengetahui Islam akan menguasai dua per tiga dunia tatkala beliau memilih untuk mempertahankan aqidahnya lalu syahid.

Bilal tidak mengetahui Islam akan memiliki negara dan empayar tatkala beliau memilih untuk terus ditindih dgn batu di tengah terik cahaya mentari.

Mereka melakukannya kerana yakin dengan aqidah dan patuh dengan ajaran Islam tanpa terlalu banyak soal.

"Di antara org2 mukmin itu ada org2 yg menepati apa yg telah mereka JANJIKAN kepada Allah. Dan di antara mereka ada yg gugur, dan diantara mereka ada pula yg menunggu-nunggu; dan mereka tidak sedikit pun mengubah janji mereka" (33:23)

Saya memohon kepada Allah agar kita dikurniakan kethabatan dan keteguhan hati golongan 33:23 ini.

Thursday, January 10, 2008

Salam Hijrah 1429

Assalamualaikum wbt

Selamat Tahun Baru Hijrah 1429. Hari ini 10 januari 2008 bersamaan 1 Muharram 1429. Maknanya? sudah 1429 tahun berlalu sejak penghijrahan Rasulullah ke Madinah. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Hijrah selalu dikaitkan dgn pengorbanan, kerana memang atas semangat inilah Rasulullah dan para sahabat berjaya melakukan hijrah. Tahun baru pula selalu dikaitkan dengan azam baru. Maka, pada tahun baru Hijrah kali ini diusia yang makin menginjak tua, saya berazam dengan lebih tekad untuk lebih banyak bekorban. Kerana banyak kali kita bercita-cita untuk bekorban dan tatkala melakukan pengorbanan kita akan selalu diuji sejauh mana kita mampu bertahan untuk terus bekorban. Kerana hidup ini adalah satu perjuangan yang panjang, perjuangan mengejar cita-cita yang pelbagai. Dan perjuangan akan selalu menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Saya mahu lebih banyak bekorban lebih dari hari hari sebelum ini. Saya tahu ia sukar, dan paling sukar apabila terpaksa mengorbankan apa yang kita suka, dan pengorbanan perasaan juga adalah salah satu dari pengorbanan yang sukar. Tetapi sy mahu melakukannya, saya harap saya akan mampu!

Semoga Tahun Baru Islam ini akan memberikan nafas baru kepada kita, Pelajar Islam untuk menjadi individu-individu yang muslim pada zahir dan batinnya, untuk melakukan lebih daripada apa yang diwajibkan Allah dan meninggalkan lebih daripada apa yang dikategorikan sebagai dosa!