Showing posts with label Summer 2008. Show all posts
Showing posts with label Summer 2008. Show all posts

Thursday, February 19, 2009

boleh jadi cantik rupanya...

Salam w.b.t..

Sewaktu blog hopping, saya menemui satu article sy kt sebuah blog nie...tp sy kurang perasan pada mulanya ia adalah article sy kerana pemilik blog tersebut telah mengedit warna tulisan dan memasukkan wallpaper yang menarik, menjadikan article lama saya itu hampir saya tidak kenali tulisan saya, nasib baik pemiliknya membuat link to my blog...

Tulisan asal sy itu tidak mempunyai sebarang unsur hiasan, tetapi yg saya tahu ialah saya menulisnya di canberra tahun lepas merungkapkan rasa hati sendiri, sepenuh hati..

thanks to:
http://fakhrulezam89.blogspot.com/2009/01/mencari-teman-ke-syurga.html

alhamdulillah, terasa tulisan itu lebih berkesan buat diri saya apabila membaca yang telah diedit olehnya, berbanding yg asal lebih kepada saya yg sebenar, yang tidak tahu menghias.

yg original:
http://wardatul-izzah.blogspot.com/2008/11/mencari-teman-ke-syurga.html


Moga Allah berikan kita kekuatan untuk bermujahadah pada setiap ketika dan saat mengejar syurgaNya.

Monday, January 19, 2009

Labbaik Allah Humma labbaik...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

"awak nk pegi umrah ke?" soalan dari atikah pandi sebentar td mengejutkan saya. Dia yg mmg rapat dgn saya sepatutnya sudah lama tahu tp nampaknya cuti summer ini benar-benar menyebabkan saya tidak berhubung dgn ramai org. Tambahan pula, semua org menggunakan no hp msia sewaktu cuti ini yg sy tidak ketahi nombornya.

Rancangan umrah bukanlah rancangan yg telah lama dirancang wp niatnya sudah lama. Ketika study week sebelum peperiksaan akhir tahun November yang lepas, tiba-tiba mak saya menghantar sms meminta saya memberitahunya details of draft ANU academic calendar for 2009 and 2010. Saya pula tak tya banyak..check kat website sume jadual exam dan cuti, then hantar kt dia. Hanya dua minggu selepas itu, barulah saya bertanya mak kenapa meminta academic calendar saya. Mak saya memberitahu hasratnya untuk membawa saya membuat umrah dan juga beberapa rancangan lain, kami pun mula merancang tarikh-tarikh yang sesuai.

Sebaik sahaja saya meletakkan telefon perbualan dgn mak, perkara pertama saya lakukan ialah menghantar email kepada org-org yang ada perkaitannya dgn jadual hidup saya. Antara masa yg dilihat sesuai ialah sewaktu cuti musim sejuk di Australia (July) tetapi saya kalo boleh tak nak terlepas dari menghadiri winter gathering dan program2 tarbiah musim sejuk. Ada juga plan nk melawat tempat org sewaktu cuti2 yang ada, dan ada juga dgr khabar org jauh ada nk dtg lawat Canberra etc. Kemudian, timbul juga cadangan untuk melakukan umrah pada cuti musim panas Australia (december 2009) tetapi banyak juga perkara perlu dipertimbangkan.

Apabila email-email saya kepada naqibah dan kawan-kawan bertya ttg jadual program dan jadual mereka mendapat jawapan, saya kembali menghubungi mak, berbincang panjang, ubah tarikh situ sini kerana ia melibatkan 7 org dalam keluarga yang akan menyertai umrah ini. Memilih tarikh yg sesuai untuk semua org bukan perkara yang senang juga.

Akhirnya, keputusan majlis syura (hurm...) merasakan bahawa akhir Januari 2009 adalah tarikh paling sesuai untuk semua orang, biiznillah insyaAllah. Kiranya tarikh ini tarikh paling awal sebaik sahaja musim haji tamat.

Keputusan dilakukan ketika saya sudah mahu bertolak pulang untuk bercuti di Malaysia menyebabkan saya tidak sempat memberitahu org lain termasuk kawan-kawan rapat, sahabat seusrah, ahlul nahdan dan juga housemates!

Kiranya nie, nak bagitahulah:-).

InsyaAllah kami akan bertolak dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu pada 29 January, penerbangan MAS MH 1339, jam 9.10 malam ke KLIA^_^. Flight ke Jeddah adalah keesokan harinya dari KLIA dgn penerbangan Saudi Airlines. Nabilah (adik Perth) beria sekali nak ajak familynya hantar di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu kerana katanya rumahnya dekat dgn airport (memang dekat sgt pun.....).

(masjid nabawi)

Kami akan memasuki Madinah terlebih dahulu dan akan berada di sana selama 5 hari, barulah kemudiannya bertolak ke Mekah. InsyaAllah kami akan berada di Mekah selama 8 hari untuk digunakan dan dimanfaatkan sebaiknya ^_^. Penerbangan balik dengan pesawat SV 836 akan tiba pada 12 Febuari 2009 di KLIA pada jam 1 tengahari. Flight MAS ke Kuala Terengganu adalah pada pukul 7. 45 petang tersebut. Itulah rancangan kami setakat ini, semoga Allah mempermudahkan segala urusan perjalanan dan ibadah kami di sana nanti.

(masjidil haram)

'Labbaika Allahu malabbaik, labbaika la syarikala kala baik, Innal hamda walni'mata laka walmulk la syarikalakalak'

Aku sahut panggilanMu ya Allah!
Aku sahut, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah Kami Sahut!
Segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu ya Allah!
Tiada sekutu bagiMu.

Kunjungan ke Tanah Suci ini adalah yang pertama kali buat saya, Nukman, Aqilah dan Kak La kerana Ayah Ki (datuk saya), mak dan ayah telah mengunjunginya sebelum ini.

Doakanlah yang terbaik buat kami, kesihatan yang baik dan segalanya dipermudahkan agar kami dapat menjadikan kunjungan ini kunjungan yang diberkati, ziarah ini ziarah yang diredhai, ibadah ini ibadah yang diterima, pengalaman ini pengalaman yang menjadikan kami hamba Allah yang lebih baik bersama niat yang ikhlas hanya semata-mata keranaNya, beribadat dan bertaqarrub denganNya. Doakan juga keselamatan perjalanan pergi dan balik kami bertujuh^_^.
"sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah"
(al-baqarah:196)

"Ya Allah pemudahkanlah segala urusan, janganlah Engkau mempersulitkannya, dan akhirkanya dengan pengakhiran yg baik"

Tuesday, January 13, 2009

Saturday, January 3, 2009

Hijrah Dirai Masihi Dinanti


Assalamualaikum wbt

Pada 1 Januari 2009 bersamaan 4 Muharram 1430, saya berpeluang untuk menghabiskan masa seharian di Kota Bharu. Walaupun pada asalnya, niat ke Kota Bharu hanya untuk jalan-jalan, namum saya berpeluang untuk mengetahui dan melihat sendiri sambutan Tahun Baru di Kelantan. Sambutan yang sungguh unik sekali, jauh dari pengaruh sambutan di tempat-tempat lain di seluruh negara.

Secara jujurnya, saya sendiri terkejut apabila mengetahui pada malam 31 Disember, di saat ummat Islam di Palestine sudah 3 hari dibom dan angka korban sudah mencecah 300 org, Bekas Menteri Besar Terengganu yang juga orang Jerteh bersama orang-orangnya telah mengambil inisiatif yang julung-julung kali dilakukan di pekan kecil ini. Beliau yang tidak lagi menjawat jawatan penting dalam pentadbiran Barisan Nasional sekarang , masih lagi prihatin dan mengambil berat dengan kehendak anak muda yg mahukan hiburan pada malam tahun baru. Mungkin benar anak muda pekan kecil ini mahukan hiburan tahun baru, atau sebenarnya beliau cuba untuk memodenkan pekan ini agar turut sama menyertai arus hanyut sambutan tahun baru. Beliau dan orang-orangnya dilaporkan hadir dalam konsert yang diadakan di kawasan Econjaya meraikan detik tengah malam tahu baru dengan artis-artis yang dibawakan dari Kuala Lumpur. Konsert yang gamat itu juga boleh didengari dari Masjid Hadhari yang dibina sewaktu pemerintahan beliau. Kisah ini adalah satu cebis dari kisah yang biasa di Malaysia. Pemimpin-pemimpin akan merestui jika tidak menganjurkan dan menghadiri Konsert sambutan tahun baru.

Biasanya, kisah itu akan berpanjangan dengan laporan panas dari media arus perdana esoknya. Seperti biasa, tajuk-tajuk berita seperti 'tangkapan khalwat', 'serbuan pesta pil khayal', 'mat rempit menggila di ambang tahun baru', 'pesta arak', 'pelakon wanita drama bersiri dan pembaca berita astro di tangkap dalam pesta seks' menghiasi laporan beberapa muka akhbar pada 1 dan 2 januari 2009.

Apa yang dapat kita simpulkan dari kisah-kisah tahun baru di Malaysia yang kita baca saban tahun? Sudah terlalu hancurkan anak muda bangsa kita? Mengapakah mereka hancur? Bagaimanakah mereka hancur?

Ironinya, bangsa ini tidak hancur dan rosak moralnya dalam satu malam, prosesnya yang lama diperlukan sebelum seseorang itu berani terlibat dalam perkara perkara tidak bermaruah di atas. Tetapi budaya sambutan tahun baru dengan cara yang menggalakkan lagi maksiat menjadi stimulus kepada aktiviti-aktiviti yang lebih rancak sebaik sahaja bunga api detik 12 malam berakhir.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada kerajaan kelantan yang berjaya menganjurkan satu majlis sambutan tahun baru di Stadium Sultan Muhammad ke-IV yang dihadiri oleh puluhan ribu hadirin. Majlis yang dimulakan sejak 5.30 petang sehingga detik 12 malam juga tidak kurang hebat dan meriahnya namun dengan budaya dan akhlak yang berbeza. Majlis ini menampilkan artis nasyid Rabbani, Akhil Haiyy, Sabri Yunus, Hafiz Hamidun (bekas anggota UMIC) dan seorang pengacara Tv9, Farah Adeeba.

Wakil-wakil kaum iaitu Cina, India dan Siam turut diberi peluang berucap. Kemudian, Tuan Guru Nik Abdul Aziz membaca doa selamat.Penonton juga dipersembahkan hiburan yang dikendalikan Akhil Hayy dan Farah Dibba. Selain itu dikir barat dipersembahkan oleh kumpulan Sri Budi dan Zul Wisma dan Rabbani menyampaikan lagu nasyidnya.

Program dimeriahkan lagi dengan perarakan 19 ekor kuda yang membawa piala Emas Raja-Raja diiringi 19 kereta klasik, 19 motosikal klasik dan 19 motosikal berkuasa tinggi. Angka 19 itu sebenarnya mewakili 19 tahun pemerintahan kerajaan PAS kelantan.

Deklemasi sajak oleh Hadi Muhammad dan adik Hafifi turut menyentuh perasaan. Bacaan ikrar oleh sekumpulan remaja dan selawat mega bergema menjelang detik 12 malam. Dan tepat jam 12 malam azan dilaungkan oleh Akhil Hayy yang kini mengendalikan rancangan mingguan "Cafe Akhil Hayy" di Astro. Majlis di akhiri dengan pertunjukan bunga api.

Sambutan ini sememangnya satu langkah yang tepat untuk menyediakan alternatif yang tepat kepada ummat yang tenat sekarang.Saya tidak fikir orang yang menghadiri sambutan "hijrah dirai masihi dinanti' yang bermula sejak 5.30 ptg dengan mengasingkan tempat duduk lelaki perempuan dan menganjurkan solat jemaah maghrib dan isyak akan meneruskan malam tahun baru dengan aktiviti-aktiviti tidak bermoral.


Nik Aziz berkata, konsert yang diadakan bertujuan memberi pendedahan baru dan hiburan kepada golongan remaja supaya dapat menghindarkan diri daripada gejala-gejala yang tidak sihat ketika menyambut acara tahunan itu.

''Melalui konsert malam ini, kita bukan sahaja berhibur dengan cara yang sebaik-baiknya tetapi turut menyuntik motivasi dalam jiwa muda-mudi melalui mesej yang disampaikan oleh barisan artis yang kita undang," katanya.

Menghampiri jam 12 tengah malam, 19 ekor kuda membawa masuk Piala Emas Raja-Raja yang dimenangi oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) baru-baru ini, di samping pertunjukkan kereta klasik, motosikal Cup 50 yang diubah suai sambil diiringi gendang dan rebana ubi.

Pertunjukan bunga api selepas countdown menandakan masuknya tahun baru juga dipersembahkan. (sumber:Utusan Malaysia 2 Januari 2009).

Syabas dan Tahniah sekali lagi atas penganjuran upacara sambutan ini yang tidak melupakan bahawa kita juga baru menyambut tahun baru Islam dan sedara seagama kita sedang rancak dibedil dan dibunuh di sana.


Ketika saya melangkah ke KB mall, jam sudah menunjukkan hampir pukul 1 tengahari. Sebaik sahaja sampai ke bahagian tengah tingkat bawah KB mall, tiba-tiba saya melihat kain rentang di atas. Timbul niat di hati untuk stau di sini sampai habis program yang diiklankan di atas. Saya mahu melihat kelainan di negeri ini yg tiada di tempat lain! Segera saya makan tengahari dan solat zuhur di surau yang terletak di tingkat paling ats bagunan tersebut (level tempat letak kereta). Sebelum jam 2.30 ptg saya sudah berada di depan pentas mencari tempat duduk paling depan bersama ibu saudara saya. Pengalaman-pengalaman lepas di negeri Kelantan memberitahu saya bahawa program-program anjuran kerajaan negeri akan sentiasa penuh sesak dengan hadirin tanpa perlu disediakan imbuhan.


Majlis yang turut dihadiri oleh isteri Menteri Besar Kelantan ini banyak menekankan tentang hubungan persaudaraan sesama ahli keluarga, sesama muslim sebangsa dan perpaduan dengan bangsa lain. Majlis amat meriah dengan reaksi hangat dari penonton kepada soalan-soalan dari pentas tentang kelantan dan penduduknya. Setiap penonton yang memberikan jawapan yang betul diberikan hadiah. Hafiz Hamidun turut sama berada di pentas menyanyikan lagu-lagu dari albumnya bersama UNIC dan juga album solonya.

Majlis yang bermakna ini berakhir sebelum masuk waktu asar

"Baguslah kelantan wat majlis sambutan tahun baru sebagai alternatif, xde bnda-benda mengarut" ujar saya kepada keluarga sewaktu berada di rumah.

"siapa nak bagi stadium, siapa nak bagi supermarket kalo kita tidak ada kuasa pemerintahan? nak dapat tempat pun susah" jawap satu suara.

Benar, urusan permit di Malaysia bukan senang pada realitinya.




(Datin Seri Tuan Sabariah Tuan Ishak)



(remaja yang turut mendengar dari atas)

Monday, December 8, 2008

I am back in Malaysia

Bismillahi rahmanirahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah saya telah selamat sampai ke bumi bertuah ini seminggu yg lepas. Pertama tama sekali, saya sangat ingin meminta maaf banyak-banyak kepada rakan-rakan terdekat dan rapat kerana tidak memaklumkan kepulangan ini. Saya tahu dah ada yg terasa hati, harapnya tidak lama berjauh hati dgn saya. Banyak sebabnya yang menyebabkan Ainun sendiri pun tidak mengetahui tarikh kepulangan saya ke Malaysia. Sebelum ini sy hanya menjawab "tidak pasti" atau "mungkin tidak balik" setiap kali ditanya samada sy akan balik bercuti di Malaysia atau tidak kerana pada awalnya memang saya bercadang untuk tidak balik Malaysia summer ini. Dan malam ini melalui status YM saya, baru sy declare sy kt Malaysia, tidak sampai hati juga apabila Najibah terkejut dan tak dapat mengelak daripada dimarahi C-kin. Percayalah, bukan suka-suka tak nak bagitahu...Minta maaf sangat-sangat...

Melaka
catatan hari pertama di Melaka

Saya terus ke Melaka sebaik sahaja sampai di Kuala Lumpur dari Melbourne. Saya singgah di Melbourne sekejap utk beberapa urusan dan pertemuan. Paling mengujakan apabila dapat menemui Mas'ulah yang sudah beberapa bulan tidak ditemui.

Sebaik sahaja tiba di Melaka tanpa sempat tidur atau berehat, bersama dgn sakit kaki dan backpain yg agak teruk saya menyertai adik-adik saya meronda mall dan supermarket. Hari sebelumnya mereka sudah mengikuti atuk saya meronda semua masjid di Melaka dan melawat tempat-tempat bersejarah. Mereka juga telah menaiki makhluk tinggi yg bernama Taming Sari di mana mereka boleh melihat keseluruhan bandar Melaka apabila si Taming Sari itu berada di atas. "Kak Long, naiklah", kata Aqilah sambil tergelak-gelak. Saya penakut, sangat penakut, malah apabila menaiki Eye On Malaysia pada percutian summer yg lepas, setiap kali sampai bhgn atas Nukman akan menggoyangkan dan menghentak kakinya ke lantainya dengan kuat, lalu kabin kecil itu akan bergoyang denga kuat, sengaja suruh saya makin takut dan seronok dengar saya membebel. Tambahan pula saya terpaksa menenangkan si bongsu Anas yg sudah membaca semua ayat Qur'an yg dihafalnya dek ketakutan.

(Aqilah dan Zakuan yg tidak penat-penat berjalan)

Saya seronok melihat gelagat mereka meronda mall dan mereka dan 'bercakap bahasa mereka', well, first day saya dah boleh fully 'masuk' dalam bahasa mereka. Bahasa yg saya tidak akan gunakan dengan sesiapa yg lain kecuali mereka...actually, I have to learn fast sbb bhs mereka selalu bertukar mengikut trend semasa.. Selepas seharian cuba mengikuti rentak stamina mereka, saya menyerah kalah. Tidak mampu untuk terus berjalan kerana kaki memang sudah sakit kerana aktiviti-aktiviti pada hari-hari terakhir di Aussie, dan backpain from more than 8 hours flight plus 2 hours perjalanan ke Melaka. Walau apapun sebelum menyerah kalah, pada hari itu iaitu hari pertama di Malaysia saya sudah dapat makan hampir semua makanan kegemaran saya especially lunch dgn ikan keli di Dataran Pahlawan. Saya sangat suka ikan keli. Saya boleh makan ikan keli setiap hari tanpa jemu~

Sebelah petangnya barulah berkesempatan menemui mak dan ayah apabila mereka break utk Maghrib dan dinner. Ayah mengajak Anas dan Zakuan ke kolam renang dan mengawasi mereka di sana. Melihat tiga buah kolam renang dewasa dan beberapa buah kolam renang kanak-kanak sudah cukup utk membuatkan saya mahu terjun sama! Malang sekali terdapat ramai ayah-ayah org di sini. Ayah kata kalo tengah malam tak de orang, boleh turun, tapi malam sejuk, bukan seronok lagi kalo terketar-ketar. Kalaulah ayah-ayah org ini tidak ada...

(yang mahu terjun sama)

Menjelang Maghrib, mak mempelawa saya tidur di biliknya. Hanya berdua kerena adik-adik dan atuk tidur di bilik lain dan ayah pun di bilik lain. Mungkin kerana ayah datang seminggu lebih awal dari kami dan check in sebagai ketua pemeriksa maka beliau tidak sebilik dengan kami. Dinner malam itu juga pun berdua, dengan saya yg sebenarnya tidak mahu makan ttp apabila melihat mak beria membayar utk dinner saya dengan harga yg boleh 10 org makan kalo kat luar, sedangkan di sini harga itu utk saya seorang, maka terpaksalah saya makan juga walaupun tiada mood utk makan kerana sangat kepenatan. Nasib baik ada sangat banyak pilihan seafood, that's heal^~^ walaupun mengambil masa sgt lama utk dihabiskan. Terima Kasih mak kerana menemani saya makan yg sgt lama itu. Adik-adikku dan atuk telah pun selamat keluar sambung meronda Melaka lagi...

(like mother like daughter)

Raya Korban

"abang, kita tak sembahyang kat masjid hadhari lagi, jomlah pergi esok" ujar ibuku sebentar tadi. Saya yg kebetulan lalu terdengar perbualan tersebut terus menyampuk, "pastuh sape nk baca khutbah solat raya esok?" ye lah, sejak saya kecil-kecil lagi yg saya tahu setiap kali saya solat kt masjid ayah saya lah imamnya dan semua solat hari raya aidilfitri atau raya korban (kecuali sewaktu di Canberra) maka ayah saya jugalah imam dan tukang baca khutbahnya.

"dah kne pecat" jawab ayah selamba. Saya terus tergelak kerana sudah dapat mengagak kenapa. Biasalah masjid-masjid dan surau di Terengganu kan selalu panas sejak dari dulu. Di sini ada masjid UMNO, ada surau UMNO, ada masjid PAS dan surau PAS. Namun, hakikatnya ayahku tidak pernah secara directnya terkena tempias dalam kes-kes perlantikan imam dan pemecatan imam yg selalu berlaku di Terengganu dengan penuh kontrovensi. Dia selama ini telah menjadi imam rasmi dan jurunikah rasmi kerajaan terengganu pada zaman pemerintahan PAS dan UMNO, entah kenapa kali ini angin yg lain bertiup. Seperti kes yg kita selalu dengar dan baca, terdapat imam yang dilantik dari golongan yang bukan kaki surau, dia hanyalah imam pada tauliahan penguasa. Tetapi andainya golongan yg tidak datang ke surau ini tidak menghalang orang lain yang rajin ke surau utk mengimarahkannya tak de masalah, yg jadi masalah apabila mereka adalah bukanlah golongan kaki surau dan menghalang org lain yg tak de tauliah utk azan, menjadi imam dan mengimarahkan masjid. Itulah terjadinya peristiwa tiada azan isyak dan sebagainya selepas perlantikan imam baru. Pelik zaman sekarang, nak jadi imam dan baca khutbah perlu ada surat penguasa.

"masih jurunikah ke skg?" sy sambung bertanya.

"aah, belum kene pecat" dijawab selamba.

Saya melihat trend pentauliahan imam, penyampai tazkirah perlu mendapat kelulusan Jabatan Agama adalah satu masalah. Walaupun ada baiknya tetapi saya melihat masalahnya adalah lebih banyak, terutama apabila berlaku kes imam yg dilantik adalah bukan kaki surau lalu meninggalkan para jemaah terkontang-kanting. Sebenarnya keadaan ini tidak akan berlaku jika tiada campur tangan politik.

Walau apapun jika melihat dari konteks yang lebih luas, para daie, org yang sanggup bersusah dan bekorban utk dakwah akan sentiasa mempunyai medan untuk beramal. Medan amal dakwah hakikatnya amat luas dan sentiasa terbuka utk sesiapa yang benar-benar bekerja kerana Allah bukan mengharapkan kedudukan, gaji dan sebagainya.

Salam AidilAdha dari Empangan Jajar.

Sunday, December 7, 2008

Teka Siapa?

"Kak Long, teka nie gambar sape?" tanya Nukman sambil menunjukkan imej di atas kepada saya. Malam pertama di rumah terus mendapat soalan yang saya jawab dgn penuh yakin, tapi salah!

"Sape punya kerja nie?" saya segera bertanya setelah mengetahui siapakah gerangan di dalam gambar ini.

"haha, Zakuan jumpa kt internet"