Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Monday, August 15, 2011

Baca Qurán di Bulan Puasa

Assalamualaikum ~

Seperti semua orang tahu kita digalakkan untuk membaca Al-Qurán di bulan Ramadhan. Bukan baca Qurán sahaja tetapi kita juga dituntut untuk melakukan perkara-perkara kebaikan yang lain. Kenapa? Sebab pahala untuk setiap kebaikan dalam bulan Ramadhan ni berganda-ganda.

Berbalik kepada baca Qurán, tak senang sebenarnya nak habiskan 30 juzuk dalam bulan Ramadhan.

Sebab;

1. Kita juga ada banyak komitmen lain yang turut berjalan seiring dalam bulan Ramadhan, contohnya; kerja yang dari pagi sampai petang, sesetengah orang kerjanya sampai malam, dan sampai pagi esoknya pula baru balik ke rumah. Walaupun bulan puasa, sesetengah pekerjaan memang tetap sibuk seperti hari biasa. Ini mengurangkan masa untuk membaca Qurán.

2. Student: exam. Perkara yang sinonim bagi student. Kalau masa tak banyak dan kita memilih untuk membaca Qurán dan tak sentuh buku study tak jadi juga. Allah pun tak suka, jadi kita kena bijak pilih priority antara dua kebaikan. Mungkin kita boleh lakukannya seiring sama banyak baca Qurán dan study, atau ada kalanya kena memilih mana yang lebih utama untuk dilebihkan.

3. Perempuan: tolak time tak boleh solat. Dah seminggu tertinggal dari bacaan juzuk sepatutnya. Jadi kena cover baca lebih dari satu juzuk sehari untuk beberapa hari. Mencabarkan? Lelaki tak ada alasan ini.

4. Perempuan: extra-job: bangun masak sahur (untuk orang yang dah berkahwin), masak berbuka puasa, buat kuih raya, jahit baju raya dan sebagainya. Ada extra job untuk perempuan di bulan Ramadhan nie. extra-job tuh dapat pahala juga, tp sebab entry nie fokus kepada "khatam Qurán", maknanya perempuan ni cabarannnya lebih untuk mencari masa dan kesempatan membaca Qurán.

Jadi?

1. Apabila berjumpa dengan konflik kerja yang sangat sibuk, pandai-pandailah kita cuba lakukan yang terbaik. Mungkin tahun ini tak sempat khatam Qurán, tahun depan boleh cuba untuk azam supaya dapat khatam Qurán. Tapi at least sekali seumur hidup tu dapatlah kita khatam Qurán di bulan Ramadhan. Fadhilat baca Qurán ni banyak.

“Bacalah Al-quran karena sesungguhnya Al-quran itu datang pada hari kiamat sebagai syafaat bagi pembacanya“. ( HR. Muslim)

2. Pelajar: Pandai-pandailah cari masa, balance kan masa, jika sebelum exam mungkin tertinggal beberapa juzuk, lepas exam gandakan lah, kalau dah tak ada komitmen lain 5 juzuk sehari pun mampu sebenarnya. Sedangkan ada sahabat-sahabat Nabi SAW mampu habiskan satu Qur;an setiap malam di bulan Ramadhan. Ada kalanya exam tidak mengganggu bacaan Qurán pun.

“Orang yang membaca Al-Qur’an dengan mahir akan bersama para malaikat yang mulia. Sedangkan orang yang membaca Al-Qur’an dengan terbata-bata serta berat dalam membacanya, maka ia akan mendapatkan dua pahala “. (HR. Bukhari dan Muslim)

3. Perempuan: Begitulah, kena pandai bahagikan masa dan letakkan keutamaan. Mujahadah dan Tadhiyyah. Jika dah berkahwin komitmen di dapur pada bulan Ramadhan memang lebih banyak berbanding yang hidup bujang. Jadi, sementara hidup bujang pastikan diri dapat habiskan 30 juzuk. Kaum suami dan bapa pun dapat menumpang pahala jika tolong cepatkan kerja isteri di dapur agar isteri dapat kesempatan tahajud dan baca Qurán.

“Firman Allah SWT dalam hadis Qudsi, siapa yang disibukkannya oleh al-Quran daripada memohon kepadaku, nescaya aku kurniakannya yang lebih afdal daripada yang aku kurniakan kepada orang yang meminta. Dan kelebihan kalam Allah SWT berbanding dengan semua kalam sama seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya.” (HR Al Tirmizi)


Walau apapun keadaan kita, cubalah untuk membaca Qurán sebanyak mungkin dalam bulan Ramadhan ini.

Allah melihat usaha dan kesungguhan kita, bukan natijahnya!

Saya tengah sangat berazam untuk menghabiskan 30 juzuk walaupun telah agak ketinggalan kerana bercuti tidak puasa dan minggu ini adalah minggu exam mid semester. Masih optimis mampu habiskan 30 juzuk, berusaha, Jom!


Monday, July 25, 2011

Ramadhan 2011

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum wbt..

Ada seminggu lagi sebelum Ramadhan menjelma, Ramadhan ke dua di bumi Malaysia sekembalinya dari Australia..

Mari kita menyediakan mental, jiwa dan fizikal untuk Ramadhan!

Mungkin amalan-amalan sunat boleh mula ditambah dan dilatih mulai sekarang, agar nanti bulan Ramadhan dapat momentum yang lebih untuk beramal..



Ada beberapa hadith yang mahu saya kongsikan;

Dari Anas bin Malik :

[ كان النبي صلى الله عليه وسلم يفطر على رطبات قبل أن يصلي ، فإن لم يكن رطبات فتمرات ، فإن لم يكن تمرات ؛ حسا حسوات من ماء ]

Maksudnya : ” Sesungguhnya Nabi SAW berbuka puasa dengan beberapa kurma basah (ruthob) sebelum solat (maghrib), sekiranya tidak ada kurma basah (ruthob) Baginda berbuka dengan beberapa tamar (kurma kering), jika tidak ada tamar (kurma kering), Baginda meneguk seteguk air “. [HR Abu Daud : 2356]

Ada juga pendapat bahawa disunatkan memakan buah-buahan lain jika tidak ada kurma, sesetengah ulama pula mengatakan makanan pertama untuk disentuh ketika berbuka puasa ialah yang tidak disentuh api (spt; buah-buahan dan air mineral).

Hadith ini bagus untuk memberi panduan kepada orang-orang Malaysia yang berada dalam syurga makanan, menghadap makanan bagai tidak ingat dunia ketika berbuka puasa yang akhirnya melewatkan solat Maghrib dan mengurangkan stamina untuk beramal ibadat pada sebelah malam.

Sebaik-baiknya, solat Maghrib disegerakan sebaik sahaja memakan kurma, sedikit kuih-muih dan air. Selepas solat barulah makan makanan yang berat. Ini adalah untuk mengelakkan perut kita terkejut apabila terus menerima makanan berat dan dalam kuantiti yang banyak sebaik sahaja berbuka puasa, dan mengelakkan solat Maghrib ditunaikan di hujung waktu sedangkan solat itu lebih utama.

Nabi SAW bersabda :

[ من صام رمضان إيمانا و احتسابا، غفر له ما تقدم من ذنبه ]

Maksudnya : ” Barang sesiapa yang yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman danmengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu ” [HR Al-Bukhari : 38, Muslim : 175]


Marilah kita berdoa agar ALLAH "mengurniakan" Ramadhan ini buat kita, agar kita mampu memanfaatkan Ramadhan ini dengan sebaik-baiknya.

Wa Allahu alam

Monday, September 20, 2010

cerita dari kampung (part 2)

2. Buka Puasa kt SMKAWA (4th day at home)

Kebetulan SMKAWA wt majlis buka puasa. Dapat chance pegi sekolah lama, jumpa mana-mana cikgu yang ada. Menarik tengok masjid sekolah dah ada lebih banyak kemudahan dari zaman 2004 dulu. Saya perasan masjid dah ada tandas perempuan kt sebelahnya yang lagi memudahkan dan mempercepatkan student perempuan bersiap untuk solat (berbanding kne guna tandas tepi bilik guru zaman dulu-dulu) dan ada bilik khas KKQ (adik saya kata tempat pelajar perempuan ma'zurah makan legally). Ustazah Azizah ada bawa anak bongsunya, the one and only son. Sangat lah comel dan adorable. Dengar cerita, semua kabinet rumahnya kne ikat dengan tali sejak dapat anak lelaki nie. Saya juga sempat bercakap dengan pengetua yang dipanggil ummi, beliau tengah mood yang sangat gembira selepas baru sahaja mendapat tahu ramai pelajar dapat straight As (9As) untuk trial PMR. Lebih kurang 10 orang (untuk sekolah kampung jumlah 10 orang straight As waktu trial sudah cukup ramai).

3. Memperbaikkan bacaaan Al-Qur'an.

Jujurnya, saya baru tersedar saya cm sudah lama kurang menitik beratkan kesempurnaan bacaan Qur'an saya. Sewaktu bermujahadah nak menghabiskan 30 juzuk Al-Qur'an tuh, banyak teringat-ingat ajaran Ust Abdullah Che Cik, Ustazah Siti Esah dan Ustaz Kasim masa kelas KKQ. Al-Fatihah buat Ust Abdullah Che Cik, beliau telah kembali ke rahmatullah beberapa minggu sebelum Ramadhan yang lepas. Selepas mendapat tahu berita kembalinya beliau ke rahmatullah, kepala saya banyak kali flash back memori dia mengajar kelas KKQ masa tingkatan 1 dulu. Mungkin membaca Al-Qur'an ramadhan kali nie dalam suasana less busy berbanding beberapa tahun yang lalu menyebabkan fikiran saya berfikir tentang macam-macam. Teringat kenangan belajar Qu'ran dan juga kadang-kadang jadi "terfaham" hampir semua bacaan yang dibaca but other times clueless about the meaning (especially bila dh lama-lama baca).

Kadang-kadang kita baca Al-Qur'an sekadar baca je, tanpa effort untuk lebih melancarkannya, menjaga waqaf, tajwid, membaca dengan lebih 'fasohah', merdu dan sebagainya sedangkan bacaan Al-Qur'an yang baik amat disenangi oleh Rasulullah SAW. (Ini super peringatan untuk diri sendiri ). Moga tarbiah Ramadhan kali nie akan tinggalkan kesan yang besar bab nih.

4. Majlis Berbuka Puasa (2 hari sebelum Aidilfitri)

Nie mmg dh jadi tradisi family untuk panggil orang berbuka puasa. Tapi kali nie, saya minta mak dan ayah tangguhkan sehingga saya balik rumah, walaupun plan asal nk buat awal Ramadhan lagi. Masa tu terfikir untuk at least tolong basuh pinggan kalo saya ada kt rumah (itu azam baru saya lah, sejak kononnya dah besar nie). As i said before, sy pun termasuk dalam kategori dimanjakan, walaupun rumah selalu buat majlis makan-makan, tapi saya tidak pernah terlibat dalam major part sbb mak memang dah carikan orang in charge untuk tugas-tugas berkenaan dari sekecil kecil sampai sebesar-besarnya. May be sbb sy kecil lagi tak tahulah. Sy ingat pertama kali kami wt majlis buka puasa kt rumah tuh adalah masa saya sekolah rendah lagi, masih seronok lumba basikal dengan sepupu masa mak sibuk di dapur.

Tapi kali ini dapat kepercayaan penuh memasak salah satu menu, ikan siakap 3 rasa. Fully in-charge from A to Z (minus bab menyiang ikan which is I am not good at). Sedangkan beberapa tahun yang lepas, kupas bawang pun tak pernah selesai. Kalo tolong buat Acar tuh tak pernah sampai siap.

Untuk buat kelainan sedikit, kami tidak meletakkan menu ayam dalam hidangan, digantikan dengan menu ikan siakap masak 3 rasa, ikan merah bakar, ikan keli dan tomyam. Quite different than typical menu for Majlis Buka Puasa. Sy in-charge untuk ikan siakap tanpa campur tangan dari sesiapa, malah terkejut dengan kepercayaan penuh yang saya dapat, even mak cik-mak cik and my cousins tak bother pun nk tolong rasa or comment masakan sy sewaktu dalam proses memasak dan sebelum dihidangkan. Banyak kali terfikir, mereka nih tak bimbang saya spoilkan masakan hidangan untuk majlis berbuka puasa ke?. To my surprise, it seems that I have earned a very high trust from everyone. All in all, I think this is one of my sweetest memory, of trust and confidence from others to do something big(I guess). Lagi-lagi time mak cik-mak cik yang datang makan tuh tanya siapa tukang masak dan tanya cara memasak.

(ikan siakap ada yang besar ini dan lebih besar)

(bersambung)

cerita dari kampung (part 1)

Alhamdulillah, saya diberi keizinan oleh Allah untuk menyambut Aidilfitri tahun ini di Malaysia (after 3 years), jauh dari exam (after 6 years...dulu Aidilfitri tengah2 SPM 2004), dgr khutbah raya dari ayah sendiri (after 3 years), tidak dapat duit raya (tahun keempat tidak dapat duit raya), kembali beraya dengan 3 pasang baju (after 3 years) and the lists go on.

2 weeks at home.

I had planned to updated the blog as I think Iwill have more free time, ttp sy telah mendenda diri sendiri tidak boleh baca buku lain dan update blog until khatam Qur'an 30 juzuk, dan saya hanya berjaya mengkhatamkannya pada malam raya, jd tidak terupdate lah blog dan terbengkalailah buku yg sdg dibaca, "Holy War: The Crusades and their impact on today's world" by Karen Amstrong. Buku tuh tebal, geram juga atas denda diri sendiri yg tidak berjaya habiskan Qur'an lebih awal. Skg, dh sebulan lebih stop baca, dh hilang momentum nk sambung baca balik..adush.

Ok lah, cerita-cerita 2 minggu di rumah.

1. Roti Jala (my 2nd day at home)

Ayah tiba-tiba mahu mengisi satu slot kosong untuk sediakan moreh. Plannya senang je, pegi beli je lah. Tp masa ayah singgah bazar Ramadhan pukul 3.30 petang on da way balik dari sekolah, gerai tak buka banyak lagi dan tak ada yang dia berkenan untuk dibeli. Pukul 4.30 petang mak dan adik2 baru sampai rumah, juga dari sekolah. Someone kena keluar beli food untuk moreh di bandar yang kira-kira 15 km dari rumah. Ayah ada kerja lain, nampak gaya mak kena keluar sedangkan mak baru sampai rumah dan kena memasak untuk berbuka puasa. Saya tak mahu mak keluar dan offer diri nk masak untuk moreh. It surprised everyone. Ayah tak bagi dengan alasan tak sempat sbb dah dekat pukul 5. Nanti lps bukak puasa saya akan ke surau untuk terawikh. Maknanya kena siap masak sebelum Maghrib dan kne share dapur dengan mak yg nk memasak untuk berbuka puasa. Saya kata saya nak masak, sempat dan possible. Saya kata nak wt roti jala (sambil meyelongkar dapur mencari bahan-bahannya, kiranya akan guna yg mana ada je). Akhirnya saya buat jaminan dengan beraninya, "sempat masak kalo untuk 50 orang makan tuh". Ayah terpaksa setuju melihat keyakinan saya wp muka dia cm tak yakin juga.

Akhirnya saya pun mula lah buat roti jala tuh menggunakan 2 dapur serentak, bersungguh untuk "memenuhi jaminan saya pada ayah". Mak terpaksa set up dapur lain, pasang dapur lain 2 lagi (nasib baik tong gas ada 4 kat rumah tuh). So saya dapat 2 stove untuk masak serentak dan mak pun dapat 2 stove lain tp masak kt beranda dapur. To my surprise tiba2 adik2 perempuan saya datang tolong (terlupa adik2 dah besar dan boleh menolong, rupanya gambaran dalam kepala saya adalah gambaran 3 tahun lps which means kalo saya buat roti jala mmg sy wt sorang2 tanpa adik-adik tolong). Masa bg jaminan kt ayah tadi tak include additional help from my sisters which can make the last minutes roti jala more possible. So, alhamdulillah adik-adik bersungguh menolong, even taking shift untuk solat asar. Dan roti jala siap sebelum azan Maghrib untuk hidangan moreh, mengambil masa 1 jam setengah. Mak siapkan Nasi Ayam untuk berbuka puasa without much help from us sbb semua sibuk dengan projek roti jala.

Petang esoknya, mak bagitahu saya bhw jiran sebelah rumah kami yg juga pergi berterawikh di surau itu telah memberitahu cikgu-cikgu kat sekolah tentang saya memasak roti jala untuk moreh by myself dan akhirnya cerita itu sampai semula kpd mak saya. Saya terkejut juga kenapa cerita begitu pun diceritakan. Then, I asked mum, "besar ke wt roti jala tuh?". Mak jawab, "besar sebenarnya terutama bagi anak cikgu, yang pergi oversea dan dah kerja, balik kampung masak sendiri bg orang kampung makan lps terawikh. orang kampung yang tak ada kerja pun tak buat, rela beli lagi". Saya terdiam. Saya tidak tahu "nilai" itu. Rasanya masak dekat Canberra lagi teruk. Patutlah semua orang kt rumah pun terdiam masa saya kata nak memasak. Sesuatu yang sebenarnya adalah 'helah' saya tak nak mak saya keluar rumah (untuk beli food) turned out to be something of different value and being talked about.

Antara banyak perkara saya rasa kisah ini lebih mengajar saya pada diri saya, sbb niat asal saya lain tp baik saya muhasabah diri, baiki diri. Kalo dalam mata masyarakat, kita nih cm dipandang tinggi sket, contohnya pandai sket dalam study ke, g blaja jauh-jauh, atau dari keluarga yang may be lbh sket income dari average jiran-jiran, kita patut beringat untuk tidak terbawa-bawa dengan itu. Mungkin sebenarnya kita patut train diri kita lebih untuk jadi humble dengan orang lain yang jauh lebih kurang dari kita, buat dirty-dirty job kalo ada kenduri gotong royong tuh. Bak kata Ust Hasrizal, dia menemui kerja membasuh tandas di negara orang itu adalah antara cara terbaik mengajar kerendahan hatinya. Tidak dinafikan kadang-kadang family tak bagi buat sesetengah kerja tuh, kalo ada pembantu kerja tuh biasanya pembantu rumah yang buat dan kita mmg dibesarkan dalam keadaan tak pernah cuci tandas, bakar sampah, buang sampah etc. Tambah pula kalo pegi rumah sedara mara atau orang kampung, nak bawa pinggan ke dapur pun mereka tak bagi apatah lagi untuk membasuhnya. Tapi pandai-pandai lah. Kalo kita nie biasanya kalo majlis apa2, kita selalu jadi Pengarah program atau duduk seat tepi VIP, cuba-cubalah amik turn membasuh periuk belanga, mengemop lantai dewan atau mengutip satu per satu sampah yang berteraburan selepas majlis. Ingatan nie lebih kepada diri saya juga kerana saya nie masuk kategori dilayan istimewa juga terutama dulu-dulu as cucu sulung.

(bersambung)

Saturday, September 12, 2009

Ramadhan Kian Berlalu

Bismillahi rahmanirahim~

Sedar tak sedar, Ramadhan sudah pun berpenghujungnya.
Subhanallah, cepat masa berlalu.

Ramadhan berada di penghujungnya pada saat semester akan berakhir. Semester akan berakhir bermakna banyak ulangkaji yang perlu dibuat dan sangat banyak assignment dan project submission juga. Cabaran yang akan menguji kita untuk sejauh mana bertahan untuk tidak meninggalkan terawikh, untuk tadarus dan juga qiam setiap hari.

Hari ini cabarannya adalah belajar, esok cabarannya mungkin kerja, lusa mungkin cabarannya tanggungjawab pada keluarga. Jika mahu menjadikan alasan cabaran dan kesibukan sebagai sebab untuk tidak menambah amal, maka kita akan sentiasa mempunyai alasan sehingga akhir hayat.

Moga pengakhiran Ramadhan ini dapat dimaksimumkan untuk menambah amal dan bekal.
Mujahadah dalam kesibukan akademik (bagi sesetengah orang) yang sangat menduga. Pasang azam dan tekad untuk menambah amal walaupun kelihatan seperti agak mustahil, insyaAllah Allah permudahkan. Percayalah!

Lantas berdisiplinlah dalam perancangan masa dan bersungguhlah dalam menggerakkan sendi dan tulang, insyaAllah Allah berikan kekuatan. Percayalah!

Yang penting sejauh mana hati kita mahu dan sejauh mana kita sebenarnya rela untuk melakukan ibadah dalam keadaan kesuntukan waktu, tenaga dan psikologi yang dialami. Pohonlah padaNya dengan ikhlas untuk diberikan kekuatan dan kemampuan. Dia berikan. Percayalah!

Ganjaran dari Allah berbeza, antara orang yang beribadah kepadaNya pada masa senang dan lapang dan orang yang beribadah pada masa susah dan sempit. Teringat sepotong ayat dalam Surah Al- Hadid, ayat 10,

"tidak sama orang yang menginfakkan (hartanya di jalan Allah) di antara kamu dan berperang sebelum penaklukan Mekah. Mereka lebih tinggi darjatnya daripada orang-orang yang menginfakkan (hartanya) dan berperang setelah itu"
Harapnya dapat jadi inspirasi buat mereka yang merasakan banyak cabaran dan susah untuk "berjuang" di akhir Ramadhan ini untuk berusaha menamba amal tanpa menunggu masa lapang dan masa senang pada tahun-tahun hadapan (yang belum tentu juga ada).

"Malam lailatul Qadr itu lebih baik dari seribu bulan." (Surah Al-Qadr: 3)

Hari-hari terakhir untuk kita lebih bersungguh memohon ampun padaNya, menundukkan hati dan mendekatkan diri padaNya. Peluang untuk berdoa dan mengadu segalanya pada Dia.

"Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredhaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau." (Hadith Riwayat Muslim)

Terdapat satu doa ma'thur yang diajarkan oleh Rasulullah SAW berbunyi, "Ya Allah, Allahumma innaka 'afuwwul karim tuhibbul 'afwa fa'fuanni" yang bermaksud "Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Pemurah, yang suka memberi kemaafan, maka maafkanlah aku." Elok kita tambahkan lagi doa selepas memohon ampun agar Allah menjaga kita daripada melakukan dosa-dosa dan terus membimbing kita pada masa hadapan. Sukar sebenarnya untuk istiqamah atas kebaikan dan tidak melakukan perkara-perkara yang kurang disenangiNya tanpa pertolongan dan bimbingan dari Allah sendiri ke atas diri kita.

Moga kita keluar dari madrasah Ramadhan dengan dosa yang terampun, rahmat yang menaungi dan hidayah Allah untuk terus menjaga diri dari perkara-perkara yang tidak diredhaiNya pada masa akan datang.

Barakallahi fiikum~
Kullu aam waantum bikhair.