Friday, June 5, 2009

what a pleasant surprise..!

.....ada berita nak disampaikan :). insyaAllah malam ni satu kontijen akan bertolak utk ke canberra. antara peserta kontijen adalah ukhti *&#&8 yg antunna rindui fillah hendaknya........
Ya, dia adalah ukti yang paling saya rindui buat masa sekarang dan bulan-bulan kebelakangan ini. Nie memang surprise yang menjadi surprise. After what had happened last nite (lantas, Allah takdirkan jg ada org di benua sana yg "dtg" jd doctor on time) , terasa ini hadiah dari Allah. Moga kebersamaan yang sekejap esok akan makin meneguhkan dan menguatkan. See to tomorrow, insyaAllah. Moga perjalanan selamat dalam lindungan Allah.

p/s: cantik sekali ketentuan Allah, diberi ujian-ujian untuk tarbiah dai'eyah, kemudian didatangkan pula syifa' wa rahmah. Agar imunisasi dan kekutan bertambah. Moga makin kuat dan laju, dengan izin Allah, insyaALLAH.

Wednesday, June 3, 2009

Coming Soon!

Bismillahi rahmanirahim...

Cheering up the exam mood^_^. Let's study hard for the exam. Then we can enjoy ^_^. Owhh some fascinating events are waiting for us.


SKI TRIP [30 JUNE 09 - FOR SISTER; 1 JULY 09 - FOR BROTHER]
DESTINASI: MT. BULLER SKI RESORT
PENGANJUR: FAMSY-MSD DENGAN KERJASAMA ISMA-AUSTRALIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA RUJUK POSTER DI BAWAH

Ski



JALINAN MUSIM DINGIN [4 - 6 JULY 09]
DESTINASI: PORTSEA CAMP
PENGANJUR: FAMSY-MSD DENGAN KERJASAMA ISMA-AUSTRALIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA RUJUK POSTER DI BAWAH

Jalinan+Musim+Dingin+2009


WINTER TRIP [10 - 14 JULY 09]
DESTINASI: SYDNEY-CANBERRA
PENGANJUR: FAMSY-MSD DENGAN KERJASAMA ISMA-AUSTRALIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA RUJUK POSTER DI BAWAH

tripposter2 copy


SEMINAR MAHASISWA MALAYSIA [16 JULY 09]
TEMPAT: UNIVERSITY OF MELBOURNE
PENGANJUR: ISMA-AUSTRALIA

- akan datang, insyaAllah -


ROAD SHOW PALESTIN – MALAM BERSAMA MU PALESTIN [18 JULY 09]
TEMPAT: UNIVERSITY OF MELBOURNE
PENGANJUR: ISMA-AUSTRALIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA RUJUK VIDEO


MAJLIS PERASMIAN ISMA AUSTRALIA [20 JULY 09]
TEMPAT: UNIVERSITY OF MELBOURNE
PENGANJUR: ISMA-AUSTRALIA

- akan datang, insyaAllah -


PROMOSI ISTIMEWA UNTUK SEMUA
3 AKTIVITI DALAM 1
winter09promo31

Kehadiran anda semua amat kami hargai!

Moga bermanfaat.

Bahtera Ini..

Assalamualaikum wbt.

Petang Jumaat keluar bersama Awatis, Eidah dan Sarah. Lama sungguh tidak keluar bersama-sama dengan mereka. Mereka yang riang sesudah submission of the last assignment for the semester. Pukul 3.30 pm mereka submit, pukul 4 terus keluar menuju bus stop. Pengalaman sendiri, mengambil subjek Management Accounting dan Company Accounting serentak dalam satu sem memang sangat mencabar, faham apa yg sedang mereka rasa sekarang.

Keluar bukan ke mana pun, ke Gunghalin, menuju The Hub (asean groceries). Memang mencari asean groceries setelah berbulan tidak shopping asean stuff. Jujurnya, saya tidak pernah menaiki bus ke sana dan adik-adik itu nampaknya sangat mahir menjadi touris guide saya. haha.. terbalik. Mereka riang, memang selalu riang pun. Sewaktu mula-mula menjadi naqibah mereka tahun lepas, sy selalu rasa left out sebab mereka sangat rapat sesama sendiri dan boleh terlupa saya ada di situ.

Selesai membeli beberapa asean groceries, then kami makan turkish pide yang best, first time jugak makan pide kt Gunghalin sebenarnya. Mereka mmg riang dan sporting. Sangat membantu saya yang sedang cuba memujuk hati yang tengah bercelaru. Menerawang fikiran kat tempat lain. Wajarnya, dakwah patut mengajar kita kesabaran yang tinggi, memang tinggi pun tahap sabar yang perlu dipraktiskan. Dan saya masih berjuang untuk itu, saya tidak mahu cepat sedih, cepat terasa, apatah lagi kecewa. Cepat terasa dan sensitif itu memang sinonim dengan perempuan. Tetapi, saya tak mahu rasa itu. Tak mau! Tak mau juga apa yang ada di hati terzahir di luar. Nak sembunyi dalam-dalam, diam-diam.

“Dan pastinya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, jiwa dan hasil buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar”
[Al-Baqarah 2: 155]

Sedikit ujian, ada kesusahan, dan Allah suruh sabar. Bukan semuanya boleh cepat dan laju. Namanya pun berlayar munuju ke destinasi. Naik bahtera tentunya berumbang ambing dilambung ombak dan ditiup angin, tetapi pastinya, kene tetap sampai ke destinasi. Walau ada rancangan yang terpaksa dibatalkan. Ada yang terpaksa menggunakan arah lain. Ada juga kene dibuat sangat perlahan. Cepat atau lambat tak apelah. Matlamatnya, mesti sampai! Pengemudi Bahtera tidak boleh mudah kalah!


"Perumpamaan kita dalam perjalanan dengan bahtera ini bersama ombak yang mengapung di berbagai penjuru, adalah seperti dakwah kita... Bahtera yang menembus berbagai gelombang, seperti dakwah yang harus melalui banyak rintangan... Kadang bahtera kita miring ke kanan dan kadang ke kiri dengan hebatnya, hingga kita yang di dalamnya merasa khawatir dan gelisah.... Lalu kita turunkan layar dan menggantinya dengan dayung... Untuk itu kesulitan dan perjuangan yang harus dihadapi lebih banyak... Dan mungkin menyebabkan terlambat beberapa waktu untuk sampai di tujuan... Namun hal itu lebih baik daripada berhenti dan tidak pernah sampai..."
Hassan Al Bana

Ya Allah, berikanku kesabaran....<---untuk kesabaran ku pilin tali yang panjang---> demiMu, untukMu.

Di tengah-tengah makan pide sekali lagi saya diberi ayat ini, "akak tidak pernah pun cerita tentang umrah kt kitaorang". "Eh?, tak pernah ke?". Lantas yang lain menyokong, "tak pernah". Entah ke berapa kali saya dapat ayat ini. Berbelas kali kot kalo bukan berpuluh kali. Tetapi kenape saya rasa, saya sudah bercerita banyak?. Alah, Sarah yang sudah berapa kali pergi umrah pun masih sudi nak dengar cerita dari akak ke?. Nadia juga dengan muka sangat mengharap selalu minta saya bercerita tentang kisah umrah awal-awal tahun dulu. Malah, dia siap berfriendster dan YM mintak saya cerita, wal hal jumpa pun masa usrah saban minggu. Ada cerita-cerita sweet ingin disimpan kemas hanya untuk diri. Tetapi, mungkin saya kne reconsider balik, bercerita juga akan renew our sweet feeling kan?

p/s: tiba-tiba termuhasabah, bagaimana saya selalu teruja sangat2 nak dengar kisah orang pergi berjalan2, mungkin itulah yang kawan-kawan dan adik-adik saya rasa. What you give you get back. huhu... it's easy turn down seems-to-be small questions from others, tetapi jika yang bertanya itu benar-benar mengharap, bersalahnya apabila mengecewakan

Sunday, May 31, 2009

Moga Bahagia Hingga Ke Syurga

Bismillahi rahmanirahim...

Ahad, 11 Februari 2007, adalah usrah pertama bersama Kak Baie. Usrah pertamaku secara rasmi di bumi Kanggaroo. Usrah pertama setelah 5 hari tiba di bumi Canberra. Usrah pertama hanya berdua. Seorang Naqibah yang datang jauh dari Melbourne dan seorang Mad'u yang baru tiba di Canberra.

Usrah pertama ini adalah benar-benar langkah pertama. The first remarkable step for the next thousand steps. Alhamdulillah, Allah mengurniakan sahabat-sahabat pilihanNya pada usrah-usrah berikutnya, dan dari semasa ke semasa, semakin ramai yang ingin bersama-sama berusaha menjadi Muslim yang lebih baik.

Kak Baie, satu nama yang akan ku kenang sepanjang hayat dikandung badan. Satu peribadi yang terlalu besar kesannya pada diriku.

Kak Baie telah menuntun langkah-langkah kecil kami sewaktu first year, langkah yang perlahan-lahan dibawa berjalan laju dan kemudiannya disuruh berlari.

"Canberra memerlukan antunna cepat membesar. Cepat dari tempat-tempat lain"

Saya bersyukur kerana ALLAH telah mengurniakan seorang naqibah yang jauh lebih berusia dan matang untuk membimbing kami agar berlari laju-laju. She was in her 4th year Medicine when we were in our 1st year.

Dan hari ini, saya ingin mengucapkan tahniah. Tahniah atas Baitul Muslim merangkap Baitul Dakwah yang akan dibina. Demi langkah dakwah yang akan semakin jauh dan luas.

Dan minta maaf kerana takdir tidak mengizinkan saya bersama akak pada hari bahagia akak.

"Akak harap ada akhawat yang temankan akak pada malam sebelumnya. Thuaibah boleh datang tidur rumah akak?" Satu permintaan yang pernah diungkapkan padaku. Sungguh, saya sangat-sangat ingin tunaikan. Kita hanya mampu merancang...

Dan nikahkanlah ia dengan orang yang bertaqwa kepada Allah. Sekiranya lelaki itu mencintainya, dia pasti memuliakannya, dan jika lelaki itu tidak mencintainya dia tidak akan pernah menzalimi dan menyakitinya

Al Hassan Ibn A’li, Radhiallhu ‘Anhu

Semoga doa akhawat semua sentiasa mongiringi setiap langkah kami, sedari detik ini sehingga kedua-duanya syahid di atas jalan Allah.

Semoga langkah keduanya akan lebih teguh…agar dapat meneguhkan yang lain pula.

Jazakumullah khair kathiran atas segala doa, sokongan dan bantuan yg dihulurkan

Salam sayang,

Ukht Baiyah


E-Card Jemputan Walimah: http://www.afzal-baiyah.com/walimah/index.html


Barakallahu Lakumaa wa Baarak ‘alaikuma wa Jama’a Bainakumaa Fil Khair.
Moga Dakwah Makin Berkembang.
Moga Bahagia Hingga ke Syurga~

Friday, May 29, 2009

Calon SPM dihad ambil 10 subjek

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL

Menurut Timbalan Perdana Menteri, perbincangan mengenainya telah dibuat di peringkat Kementerian Pelajaran dan keputusan itu juga sekali gus membawa perubahan dalam sistem penggredan mata pelajaran.

‘‘Kita akan mengehadkan 10 subjek sahaja untuk peperiksaan SPM pada tahun 2010 dan kementerian perlu membuat beberapa perubahan dalam penggredannya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis peletakan batu asas Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, Nilai dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Zulkurnain Awang.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, berdasarkan keadaan semasa, jumlah pelajar yang mengambil lebih 10 subjek pada peperiksaan SPM tahun lalu cuma 48,000 berbanding 500,000 yang mendudukinya seluruh negara.

‘‘Cuma 10 peratus yang mengambil lebih 10 subjek. Kita percaya dengan perubahan ini, 90 peratus pelajar yang kekal dalam 10 subjek atau kurang akan memperlihatkan angka yang sama tahun ini.

‘‘Perkembangan ini sudah tentulah memberikan impak positif dalam kaedah pengajaran guru di sekolah kerana mereka boleh menumpukan khusus kepada 10 subjek berkenaan.

‘‘Selain itu ia juga mengurangkan kos kepada ibu bapa yang terpaksa menghantar anak mengikuti kelas tuisyen kerana pengajaran dalam subjek pilihan tidak dibuat secara konsisten di sekolah,” kata beliau.

Muhyiddin juga menjelaskan, ketika ini kekemasan pelaksanaan peperiksaan 10 subjek dalam SPM itu sedang diperincikan oleh pegawai di kementerian berkenaan.

‘‘Memang sistem penggredan akan berlaku perubahan dan kita akan melihat kemungkinan pelajar mendapat A+, A atau A- atau B+, B mahupun B- bertambah ramai.

‘‘Ini akan diperhalusi kerana ia juga akan melihat kaedah terbaik dalam pemberian biasiswa kepada pelajar yang cemerlang dalam subjek terbabit. Ia akan dilakukan dengan sebaik mungkin,” kata beliau.

Semalam Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, sekumpulan ahli akademik dan profesional telah memulakan kajian terhadap cadangan kerajaan untuk mengehadkan jumlah subjek yang boleh diambil pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurutnya, kajian itu yang dijalankan atas arahan Timbalan Perdana Menteri akan melibatkan semua aspek.

Antara aspek yang dikaji ialah perbandingan tahap kecemerlangan pelajar termasuk mengkaji apakah pelajar yang memperoleh 21A itu cemerlang, tetapi mereka yang skor A dalam semua sembilan mata pelajaran yang diambil tidak cemerlang.

Dalam kajian yang dibuat itu juga, kementerian tersebut ingin mendapatkan kepastian tujuan sebenar pelajar berkenaan mengambil lebih daripada 10 subjek dan rasionalnya mengambil subjek bertindih dan skor A.

Utusan Malaysia

Bagaimanakah Nasib Para Pelajar Sekolah Agama yang sejak dahulu kala lagi telah mengambil 12 subjek? Adakah ini bermakna subjek-subjek agama Islam seperti Pendidikan AL-Qur'an dan As Sunah, Pendidikan Syariah Islamiah, Tasawur Islam, dan Bahasa Arab Tinggi tidak boleh diambil secara rasmi?

Sesungguhnya saya kurang bersetuju dengan keputusan ini. Hadlah kepada 15 ke. Namanya had Maksimum. Jika Pemilihan untuk biasiswa yang jadi masalah, gunalah sistem points and average. So "nilai" pelajar yang dapat 11 A1 1A2 tetap lebih rendah dari dari yang dapat 10A1.