Monday, January 19, 2009

Labbaik Allah Humma labbaik...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

"awak nk pegi umrah ke?" soalan dari atikah pandi sebentar td mengejutkan saya. Dia yg mmg rapat dgn saya sepatutnya sudah lama tahu tp nampaknya cuti summer ini benar-benar menyebabkan saya tidak berhubung dgn ramai org. Tambahan pula, semua org menggunakan no hp msia sewaktu cuti ini yg sy tidak ketahi nombornya.

Rancangan umrah bukanlah rancangan yg telah lama dirancang wp niatnya sudah lama. Ketika study week sebelum peperiksaan akhir tahun November yang lepas, tiba-tiba mak saya menghantar sms meminta saya memberitahunya details of draft ANU academic calendar for 2009 and 2010. Saya pula tak tya banyak..check kat website sume jadual exam dan cuti, then hantar kt dia. Hanya dua minggu selepas itu, barulah saya bertanya mak kenapa meminta academic calendar saya. Mak saya memberitahu hasratnya untuk membawa saya membuat umrah dan juga beberapa rancangan lain, kami pun mula merancang tarikh-tarikh yang sesuai.

Sebaik sahaja saya meletakkan telefon perbualan dgn mak, perkara pertama saya lakukan ialah menghantar email kepada org-org yang ada perkaitannya dgn jadual hidup saya. Antara masa yg dilihat sesuai ialah sewaktu cuti musim sejuk di Australia (July) tetapi saya kalo boleh tak nak terlepas dari menghadiri winter gathering dan program2 tarbiah musim sejuk. Ada juga plan nk melawat tempat org sewaktu cuti2 yang ada, dan ada juga dgr khabar org jauh ada nk dtg lawat Canberra etc. Kemudian, timbul juga cadangan untuk melakukan umrah pada cuti musim panas Australia (december 2009) tetapi banyak juga perkara perlu dipertimbangkan.

Apabila email-email saya kepada naqibah dan kawan-kawan bertya ttg jadual program dan jadual mereka mendapat jawapan, saya kembali menghubungi mak, berbincang panjang, ubah tarikh situ sini kerana ia melibatkan 7 org dalam keluarga yang akan menyertai umrah ini. Memilih tarikh yg sesuai untuk semua org bukan perkara yang senang juga.

Akhirnya, keputusan majlis syura (hurm...) merasakan bahawa akhir Januari 2009 adalah tarikh paling sesuai untuk semua orang, biiznillah insyaAllah. Kiranya tarikh ini tarikh paling awal sebaik sahaja musim haji tamat.

Keputusan dilakukan ketika saya sudah mahu bertolak pulang untuk bercuti di Malaysia menyebabkan saya tidak sempat memberitahu org lain termasuk kawan-kawan rapat, sahabat seusrah, ahlul nahdan dan juga housemates!

Kiranya nie, nak bagitahulah:-).

InsyaAllah kami akan bertolak dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu pada 29 January, penerbangan MAS MH 1339, jam 9.10 malam ke KLIA^_^. Flight ke Jeddah adalah keesokan harinya dari KLIA dgn penerbangan Saudi Airlines. Nabilah (adik Perth) beria sekali nak ajak familynya hantar di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu kerana katanya rumahnya dekat dgn airport (memang dekat sgt pun.....).

(masjid nabawi)

Kami akan memasuki Madinah terlebih dahulu dan akan berada di sana selama 5 hari, barulah kemudiannya bertolak ke Mekah. InsyaAllah kami akan berada di Mekah selama 8 hari untuk digunakan dan dimanfaatkan sebaiknya ^_^. Penerbangan balik dengan pesawat SV 836 akan tiba pada 12 Febuari 2009 di KLIA pada jam 1 tengahari. Flight MAS ke Kuala Terengganu adalah pada pukul 7. 45 petang tersebut. Itulah rancangan kami setakat ini, semoga Allah mempermudahkan segala urusan perjalanan dan ibadah kami di sana nanti.

(masjidil haram)

'Labbaika Allahu malabbaik, labbaika la syarikala kala baik, Innal hamda walni'mata laka walmulk la syarikalakalak'

Aku sahut panggilanMu ya Allah!
Aku sahut, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah Kami Sahut!
Segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu ya Allah!
Tiada sekutu bagiMu.

Kunjungan ke Tanah Suci ini adalah yang pertama kali buat saya, Nukman, Aqilah dan Kak La kerana Ayah Ki (datuk saya), mak dan ayah telah mengunjunginya sebelum ini.

Doakanlah yang terbaik buat kami, kesihatan yang baik dan segalanya dipermudahkan agar kami dapat menjadikan kunjungan ini kunjungan yang diberkati, ziarah ini ziarah yang diredhai, ibadah ini ibadah yang diterima, pengalaman ini pengalaman yang menjadikan kami hamba Allah yang lebih baik bersama niat yang ikhlas hanya semata-mata keranaNya, beribadat dan bertaqarrub denganNya. Doakan juga keselamatan perjalanan pergi dan balik kami bertujuh^_^.
"sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah"
(al-baqarah:196)

"Ya Allah pemudahkanlah segala urusan, janganlah Engkau mempersulitkannya, dan akhirkanya dengan pengakhiran yg baik"

Tarbiah Bukan Paksaan Tapi Pendidikan

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt

Saya terbaca artikel nie, menarik kerana memberi pencerahan kepada beberapa isu yang memang dihadapi oleh org2 yang sedang dalam tarbiah. Hopefully, it benefits you as much as it benefits me:-). Happy Perusing.

Tarbiah Bukan Paksaan Tapi Pendidikan

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Oleh :Nik Mohd Abduh B. Nik Mhd Nor

As-Syahid Imam Hassan Al-Banna ada menyebutkan :

“..dahulu kami berusaha keras memacu laju dakwah ini dan memaksimakan penyebarannya, namun kini, dakwah tersebut yang mendahului kami. Ia bercambah ke seluruh pelusuk dan desa dan memaksa kami menanganinya dengan serius, meskipun untuk itu (merealisasikan) kami harus menghadapi pelbagai persoalan berat yang sangat melelahkan…”

Dakwah dan risalah ini seringkali tidak menjanjikan kemanisan dunia, kerehatan dan keselesaan. Sebagaimana yang dicontohkan oleh para anbia’ dan aulia’, mereka senantiasa teruji, dan diuji kerana risalah ini. Lihat sahaja Nabi Allah Nuh a.s. Betapa hebat beliau diuji dan ditekan oleh kaumnya serta sanak-saudaranya, namun, beliau tidak pernah kenal erti penat dan lelah. Pelbagai ranjau dan duri terpaksa beliau hadapi. Bukan sehari dua, tetapi ratusan tahun. 950 tahun merupakan jangka masa yang panjang. Lihatlah, betapa agungnya dakwah dan risalah ini hingga para pemikulnya sanggup menahan cercaan, makian, ugutan dan sebagainya.

Dakwah dan Kefahaman

Dakwah boleh berlaku di mana sahaja, kepada siapa ianya ditujukan dan ke mana sahaja ianya dihalakan. Dakwah bukanlah satu trend. Bukan juga barang pakai buang. Dakwah dan isinya tetap sama dan tidak berubah dari datangnya Nabi Muhammad SAW hingga ke hari ini meskipun terdapat revolusi dalam method penyampainnya. Kepelbagaian ini adalah perlu diraikan dan dimestikan, sesuai dengan peredaran dan kehendak zaman.

Bagi mereka sudah ataupun baru berjinak dengan alam dakwah, mereka perlu meletakkan kefahaman dalam diri mereka bahawa dakwah bukanlah suatu paksaan atau tekanan. Kefahaman terhadap dakwah perlu jelas bagi setiap pemikulnya. Dakwah bukan seperti menjual barang sebagaimana sesetengah peniaga yang memaksa pengguna untuk membelinya walaupun dengan cara dan jalan yang salah. Kefahaman yang salah tentang konsep dakwah, juga tarbiah hanya menyebabkan manusia akan lebih jauh daripadanya.

Usrah Mendidik, Bukan Memaksa..!

Realitinya, usrah didirikan atas dasar ukhuwwah dan semangat kasih sayang sesama para pencinta dakwah. Kenapa usrah selalu kering dan tidak bermaya? Atau nampak pada lahiriahnya seakan segar, tapi hakikatnya tidak bugar, lemah, lesu, tiada ruh dan tidak berupaya menghasilkan mad’u yang benar-benar ikhlas berjuang.

Kenapa ini berlaku? Jawapannya mudah sahaja. Kerana usrah yang dibina adalah paksa-oriented. Mahu menjadikan ma’du seolah-olah malaikat kecil. Lengkap tanpa kesalahan dan mengikuti 100% module yang disusun tanpa sebarang bantahan. Mad’u bukan robot yang boleh dipaksa, dan ditaujih sesuka hati oleh naqib atau murabbinya. Benar, arahan merupakan suatu proses dalam tarbiah. Tapi, arahan tidak boleh bertukar menjadi paksaan/tekanan kepada mad’u. Proses pembentukan mad’u atau rijal/kader memerlukan masa. Kita “merekrut” mereka dan memaksa mereka atas nama “amal jama’ie” sedangkan tuntuan sebenar amal jama’ie tidak begitu. Takwin atau pembentukan ma’du mestilah berperingkat, setapak demi setapak dan bertadarruj.

Usrah bukanlah seperti makanan segera. Hendak makan, seminit dua dimasak, sudah siap. mendidik dan mentarbiah manusia memerlukan masa yang lama. Untuk menjadikan mad’u lebih matang dan nampak “berusia”, murabbinya perlu membentuknya secara perlahan, tidak terlalu mengikat, tidak juga terlalu berkeras dan tidak pula terlalu longgar. Taujihat sememangnya perlu dalam amal jama’ie, tapi bukanlah taujihat itu menjadi suatu yang wajib ditelan secara paksa-”rela”. Rela dari sudut pandangan kita yang mengeluarkan arahan, terpaksa dari sebelah pihak yang memikulnya.

Tarbiah Itu Di Mana-Mana

Seringkali hal ini terjadi dan ianya seakan-akan tampak “benar” walaupun pada hakikatnya ianya sesuatu yang merosakkan lagi batil. Hal apakah yang dimaksudkan? Menghalangi mad’u yang ditarbiah kita untuk menghadiri program-program agama anjuran kumpulan islam lain, atau, membantutkan pengetahuan ma’du dengan menyekat mana-mana perkongsian ilmu atas jenama dan jalur kumpulan islam yang berbeza dengan kita atas nama bimbang. Bimbangkan apa? Bimbang berlakunya “lompat’ keahlian atau “terpengaruh” dengan kumpulan islam lain. Hal ini tidak wajar dijadikan alasan. Inilah kekaburan yang seringkali berlaku kepada mereka yang ikhlas membawa Islam, akan tetapi kurang memahaminya secara mendalam.

Lihatlah contoh yang dibentangkan oleh para sahabat dan tabiin. Mereka ini adalah kalangan murabbi pakar yang banyak mentarbiah orang. Sejarah membuktikan, tidak berlakunya penyekatan, atau sentimen “bimbang” seperti di atas, bahkan, merekalah murabbi yang berlumpa-lumba mengiyakan dan menyuruh mad’u mereka supaya mendapatkan kepelbagai pandangan dan pendapat dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang lain. Terdapat banyak kisah yang boleh dicontohi.

Dalam sistem tarbiah, terdapat 2 istilah yang biasa didengari, program umum dan khusus. Program khusus anjuran kumpulan Islam yang kita berikan komitmen kepadanya sememangnya layak menjadi prioriti utama kepada kita, juga program umum. Namun, tidaklah ia sepatutnya menjadi pembatas kepada ma’du kita untuk menambah ilmu mereka dengan menghadiri program-program lain anjuran kumpulan islam lain. Dalam program umum, sekiranya dirasakan baik dan elok, janganlah diberikan tekanan dan sekatan kepada mad’u untuk menghadirinya. Atau dengan beralasan untuk mendisiplinkan mereka dengan amal jama’ie, segala-galanya perlu mendapatkan keizinan murabbi atau isti’zan daripada kumpulannya. Kita telah memahami konsep amal jama’ie secara salah dan songsang. Memang wajar dan tidak salah sekiranya mad’u itu sendiri berupaya untuk mendapat keizinan, atau dengan relanya untuk mendapatkan restu, izin dari murabbinya. Bahkan ia lebih dituntut sekiranya mad’u tersebut mampu melakukannya pada setiap masa, dan setiap perkara yang hendak dilakukan.

Keterikatan yang melampau inilah hal sebenar yang merimaskan para mad’u, hatta menjadikan mereka lembik, lemah dan futur setelah mereka bermujahadah. Hal ini hanya membuahkan krisis dalaman kepada jiwa mad’u. Jiwa mereka akan sentiasa memberontak sekiranya semua perkara yang hendak dilaksanakan perlu diminta-izinkan, atau perlu mengikut 100% arahan murabbinya. Mad’u bukanlah hak kita atau robot yang wajib mendengar setiap arahan, atau mendapatkan keizinan bagi setiap perkara yang mereka lakukan. Mad’u adalah manusia yang tidak lekang daripada sifat-sifat lemah.

Para murabbi haruslah memahami bahawa tarbiah bukan sekadar menghadiri daurah, tamrin, usrah dan yang seumpama dengan itu. Akan tetapi, tarbiah itu lebih luas dan terbuka konsepnya. Menghadiri majlis ilmu seperti ceramah umum juga tarbiah, menghadiri kelas-kelas agama, tajwid, fardhu ain, comparative religion dan lain-lain juga adalah tarbiah. Masalah yang berlaku adalah ramai di kalangan mad’u ditanam minda mereka dengan “usrah/daurah/ tamrin/muktamar/ katibah dll..” itu sahajalah yang dikira tarbiah. Skop tarbiah telah disempitkan sesempit-sempitnya atas nama “disiplin”. Hal ini tidak wajar sama sekali berlaku dan tidak sepatutnya pun terjadi.

Kesimpulannya, jangan dipaksa mad’u-mad’u kita untuk mengikut semua arahan kita, atau memaksa mereka meminta izin daripada kita dalam semua perkara yang hendak mereka lakukan seperti menghadiri ceramah umum, memenuhi jemputan program umum, hatta dalam perkara-perkara yang sepatutnya menjadi hak kepada mereka seperti ingin pulang ke kampung, atau pergi melancong dan bercuti. Sekiranya perkara seperti ini pun diwajibkan ke atas para mad’u, janganlah kita menyesal apabila suatu hari nanti, mereka dengan beraninya meninggalkan tarbiah, dakwah dan merasakan bersendirian itu lebih elok dan baik bagi mereka.

SELINGAN

Faktor-Faktor Kekeringan dan Kelesuan Tarbiah

1)Orientasi Pada Produktiviti

Usrah atau tarbiah yang berorientasikan atau melebihkan produktivitinya sahaja sebenarnya hanyalah melemahkan dan membosankan mad’u. Para mad’u akan lebih tertekan apabila mereka terpaksa memenuhi target-target tertentu yang harus dicapai walaupun ianya tidak menjadi kemampuan bagi diri mereka. Para murabbi seharusnya meneliti kemampuan para mad’unya, dan tidak menilai diri mereka seperti mesin cuci pakaian. Mesin basuh hanya menurut arahan. 20 minit untuk basuh-bilas dan 5 minit untuk proses pengeringan. Dan baju siap untuk dijemur. Tarbiah bukan seperti itu. Ini kerana, hal ini hanya akan melahirkan mad’u jenis terpaksa-oriented.

Hal ini akan membarah apabila mad’u mula merasakan diri mereka “letih”, dan tidak mahu lagi memberikan komitmen atau melakukan apa-apa sahaja kerana merasakan diri mereka dilayan semacam robot. Dan ianya akan menjadi lebih parah dan kronik sekiranya sesuatu yang dipikulkan adalah di luar kemampuan mereka dan akhirnya mereka beranggapan bahawa adalah lebih baik mengasingkan diri daripada tarbiah supaya mereka rasa bebas tanpa sebarang ikatan.

2)Lemah Kreativiti

Usrah, atau atas nama apa pun ianya dijelmakan, ianya bukanlah sekadar duduk bersila, berlaga lutut dan kemudian pulang dan ianya berlaku sedemikian sampai bila-bila. Usrah menuntut kepada kepelbagaian dan variasi. Usrah yang muntijah/berjaya hanya mampu dibentuk apabila ianya tidak statik, kaku dan sama setiap masa. Usrah tanpa kreativiti atau kepelbagaian akan membosankan ahlinya, atau lebih teruk lagi murabbi dan pembawanya. Hal ini boleh dilihat dalam 2 aspek utama. Modul dan aktivitinya.

Modul

Usrah yang berkesan adalah usrah yang tidak sempit skop perbincangannya, tidak hanya tertumpu kepada satu-satu masalah sahaja, bahkan ianya lebih meluas dan mencakupi semua perkara, baik siasah, amal islami, isu global dan lain-lain. Perbincangan seputar masalah-masalah agama, sirah, fiqh dan lain-lain juga perlu diperbanyakkan. Namun, hal ini perlu mengikut standard kemampuan mad’u atau perlu dilihat kepada mustawa dan tingkat mana kah kemampuan mad’unya. Janganlah mad’u yang baru sebulan dua mengikut usrah disumbat dengan perkara-perkara besar seperti persoalan harakah islamiyyah, jemaah-jemaah, atau perkara-perkara berat mahupun khilafiyyah yang mereka tidak mampu pun untuk memahaminya.

Aktiviti

Kepelbagaian dari sudut aktiviti juga amat perlu ditekankan. Usrah seharusnya tidak tertumpu hanya dalam bentuk halaqah atau liqa’ secara bulatan di rumah-rumah atau tempat-tempat khusus seperti masjid sahaja. Bahkan sepatutnya ia lebih daripada itu. Usrah perlu mendapat nafas dari segi program out doornya seperti keluar bersama-sama mad’u memancing ikan, beriadah atau lebih menarik lagi melancong ke mana-mana tempat bersama-sama. Pengisian usrah tetap berlaku walaupun seakan tiada majlis formal. Hal ini hanya boleh direalisasikan sekiranya murabbi berfikiran kreatif dan sanggup berlapang dada menerima pandangan mad’unya sekiranya mereka mencadangkannya. Namun, hal ini perlu dilihat kepada situasinya juga. Pelbagai tempat dengan pelbagai kerenah dan halangan. Ini kerana terdapat juga larangan-larangan dari pihak berkuasa agar tidak menjalankan sebarang aktiviti islam contohnya dibeberapa negara. Maka, dalam situasi begini, para ahli usrah perlu memikirkan hal lain bagi mewujudkan kepelbagaian dan corak pengurusan usrah itu.


WaAllhu a'lam

Tuesday, January 13, 2009

Monday, January 12, 2009

Ayuh, bersama!

Bismillahi rahmanirahim...
Assalamualaikum wbt...

Hujung minggu yang penuh dan bermakna baru sahaja selesai.

"Kak Nor, kelas Kak Nor dari pukul 9 ke 12 je ke ari nie?"saya bertanya kepada Kak Nor, sepupuku.

"ye, kenapa?"jawabnya

"lecture tue satu lecture je ke 3 jam?" soalku lagi persis kanak-kanak kecil

"ye, kenapa?" ujarnya lagi.

"kak long nak ikut boleh?" pintaku

"eh, duduk je la kat sini, rehat-rehat ke tido ke sambil tunggu majis awak pukul 2 tue, awak kan penat" jawab Kak Nor.

"kak long dah biasa la tak cover tido, dah terbiasa kt aussie cm tue, tak pe ptg dan malam nnti insyaAllah boleh stay energetic" saya menyakinkannya.

"dah kalo cmtue, cepat bersiap" wah, Kak Nor sudah memberi kebenaran untuk mengikutinya ke kelas.

"pegi naik ape?" saya kembali menyoal.

"motor" ujarnya sepatah.

"haaa, moottoorr" saya terkejut.

"nape? awak takut ke?" dia tersenyum.

"dah lama kak long tak naik motor, tapi kan nk buat cmne tak nak bg kain terselak?" setelah bertahun tidak menaiki motor perasaan gerun mula menyelubungi.

"awak buat la macamana pun biar kain awak tak terselak" selamba dia menjawab.

saya segera testing pinjung kain baju kurung saya, rasa cm dah cukup luas, insyaAllah lepas bawah buku lali apabila berada di atas motor nanti. huh, terasa berdebar.

akhirnya, saya membonceng motor yang dipandu oleh kak nor.

"yes, kain still sgt luas dan tak terselak" saya mula seronok memandangkan soal ini selalu menjadi kebimbangan saya apabila menaiki motor.

Lalu, Kak Nor memecut motornya laju meredah kesibukan traffic di Kuala Lumpur menuju Universiti Malaya.

Seperti yang dijanjikan, Kak Nor membawa sy masuk ke dalam lecure hallnya. Saya berada di sebelah Kak Nor di dalam kelas yang dihadiri oleh para pelajar Universiti Malaya itu. Di tengah-tengah lecture beberapa poster kecil, tentang Palestine dan demonstrasi yang akan diadakan selepas solat Jumaat sebentar lagi beredar di kalangan pelajar. Bisik-bisik kedengaran di kalangan pelajar perempuan untuk menghadiri demonstrasi itu. Saya terasa semangat dan kesungguhan mereka. Ketika lecture break selama 15 minit saya juga melihat beberapa poster ditampal di notice board tentang Perhimpunan Membantah Serangan Israel di Stadium Melawati, Shah Alam esoknya (Sabtu, 10 hb Januari). Ia adalah sesuatu yang amat menarik apabila terdapat gambar-gambar wakil rakyat PAS dan UMNO bersama pemimpin ISMA, ABIM dan lain-lain dalam poster tersebut, mengisyaratkan kepada kita PAS dan UMNO bersatu buat julung-julung kalinya menghadiri satu rapat umum bersama demi agenda Palestine yang satu. Syabas~!.

(poster program)

(Stadium Melawati-hasil program)

Nampaknya golongan mahasiswa ini prihatin, saya rasakan mereka memang prihatin apabila melihat poster tersebar luas di sana sini dan ramai turun ke demonstrasi selepas solat jumaat tersebut. Walaupun sy berhajat untuk melihat-lihat suasana demonstrasi di ibu negara pada Jumaat itu yg khabarnya mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi, sy tidak berkesempatan untuk melakukannya kerana terpaksa bergegas ke Equatorial Hotel untuk ANU pre departure Briefing.

Saya hanya melihat dari jauh suasana mereka, ribuan org turun berarak selepas solat Jumaat. Kemudian, saya mengambil Monorail untuk ke Jalan Sultan Ismail (berhenti di stesen Raja Chulan). Sebaik sahaja berhenti di Stesten Raja Chulan, saya berjalan kira-kira 200 meter sebelum memasuki pintu utama Equatoril Hotel. Majlis dijadualkan bermula jam 4.30 petang namun saya diminta untuk hadir lebih awal bagi menolong persiapan majlis.

Nampaknya, ANU seperti biasa akan menerima ramai junior terutama yang berbangsa cina dan mengambil jurusan yang berkaitan dengan perakaunan dan kewangan. Terdapat seorang junior Melayu perempuan yang hadir bersama ibunya, Jehan namanya kalau tak silap saya. Dia adalah satu-satunya junior perempuan Melayu yang hadir. Majlis agak santai dan saya berpeluang berkenalan dengan ramai orang, samada pelajar ANU sendiri yg sebelum ini saya kurang kenal, bakal pelajar ANU yang akan fly Februari ini dan juga ibu bapa mereka. Majlis Pre Departure Briefing itu tamat selepas Dinner bersama wakil ANU, current students, future students and their families. Tahniah kepada semua team ad hoc yang telah menjayakan majlis ini dengan jayanya.
"it's not unusual for malaysian students to do well"
Satu lontaran pujian dari Ann Bell, wakil dari ANU International Education Office (IEO) sewaktu berbicara dengan seorang lagi rakannya dari IEO boleh menyebabkan sesiapa shj yang mendengarnya menjadi 'kembang'. Saya meninggalkan hotel tersebut pada jam 9.30 malam, dijemput oleh Aishah Aminuddin dan ayahnya. Kiranya hampir setahun juga saya tidak menemui Aishah dan keluarganya. Malam itu saya bermalam di rumah Aishah, disambut hangat oleh ibunya di rumah dan juga ahli keluarganya yang lain. Persahabatan saya dengannya di INTEC menyebabkan saya juga mengenali ahli keluarganya yang lain. Mengunjungi Aishah dan keluarganya juga termasuk dalam list program percutian summer saya yang lepas dan juga kali ini.

Namun, kepadatan jadual saya menyebabkan pd pukul 9 pagi keesokannya saya sudah berada di Bukit Cerakah untuk kem pre departure Australia dan New Zealand. Saya dijemput dgn kereta oleh Kak Ili lalu terus ke Shah Alam. Kem selama 3 hari 2 malam ini diadakan sebagai kem tahunan yang sememangnya akan diadakan untuk para pelajar yang akan terbang ke Australia atau pun New Zealand. Tayangan video tahun ini lebih banyak dan bagus berbanding tahun-tahun lepas. Selain daripada itu, buat pertama kalinya ada kerusi digunakan ditempat yang biasa digunakan sebagai tempat ceramah sekaligus merangkap tempat solat berjemaah bagi peserta. Janggal pula nampaknya kerana saya sudah biasa duduk bersimpuh atau bersila sewaktu mendengar ceramah di Bukit Cerakah. Sedar tak sedar sudah 4 tahun nampaknya saya menghadiri kem ini, dulu sbg junior sekarang sebagai senior, mungkin nanti sebagai alumni^-^.

Dikesempatan ini saya ingin merakamkan, jazakallahu khairan kathira kepada ayah, ibu dan seluruh kelurga besar Aishah atas segala budi dan kebaikan. Semoga Allah akan mentakdirkan pertemuan lagi buat kita.

Terdapat seorang lagi sahabat istimewa yang sy mesti kunjungi sebaik shj kembali dari Bukit Cerakah. Saya tidak mahu mengorbankan atau 'menjauhkan' persahabatan dek kerana kesibukan. Saya mesti mengunjunjunginya, kerana dia sahabat, kerana rindu, dan juga saya tahu saya mesti gembira jika dapat bersama dengannya walau bagaimana penat pun saya. Memang begitu sejak dari dulu.

Kak Ili menghantar saya ke stesen LRT Wangsa Maju petang itu, lalu saya mengabil LRT ke Gombak untuk satu 'kebersamaan yang sekejap' di Taman Ilmu IIUM. Di UIA juga saya menemui satu poster yang mengagumkan, "Majlis Solat Hajat Perdana untuk Palestine" pada 1 Jan 2009. Poster yang sgt besar itu ditambal di notice board UIA.

"Cepatnya mereka bertindak, bagusnya at that time baru 3 hari palestine di serang tp mereka dah come out dgn satu poster besar yg menarik disebar luas di kampus " saya kagum. Kagum kerana ada pelajar yg begitu prihatin untuk terus bertindak dgn idea yg bagus dalam tempoh masa yg singkat. Sama seperti Presiden MERCY Malaysia, terus terbang ke Lebanon dgn membawa bantuan setakat apa yg ada sebaik shj Palestine 3 hari diserang tanpa perlu terlalu berprotokol. Kadang kala procedure seperti kne bagi notis meeting dulu, dpt kelulusan utk meeting, hasil perbincangan meeting mesti diluluskan terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil, adalah tidak perlu dan menyebabkan kita lembab di saat-saat genting. PBB, UN, OIC, Sidang Tergempar Parlimen Malaysia untuk Palestine mengambil masa paling cepat hampir 2 minggu sebelum mesyuarat pertama diadakan. Itu baru mensyuarat, sampai sekarang tak ada sebarang usaha konkrit dan berkesan lagi dilakukan.

Walau apapun, daripada tidak berbuat apa-apa, kali ini masyarakat dunia nampak lebih bersungguh-sungguh berdemonstrasi dan mendesak perang dihentikan. CNN sebentar tadi juga melaporkan 80 000 org turun berdemonstasi di Belgium hari ini. Isu boikot pun jika dilihat kepada laporan media di seluruh dunia bukan lagi menjadi isu ummat Islam yang 'ikut' usrah sahaja, malah turut menjadi agenda global masyarakt bukan Islam.

Secara jelasnya, tindakan mendesak Israel menghentikan serangan dan memberi derma kepada mangsa bukan jalan yang menyelesaikan masalah akar umbi dan menyelesaikan perang, namun hanya itu kita, anak singa yang sudah menjadi anak kijang mampu lakukan. Beranikah Israel membuat kita begitu andai kita masih anak singa? Bapak Singa ke...

Teringat satu kata-kata dari ceramah seorang ustaz,

"individu kne lawan dgn individu"
"sistem kne lawan dgn sistem"
"senjata kne lawan dgn senjata"

jadi?

lakukanlah apa yg mampu kita (saya) lakukan, apa-apa sahaja sebagai individu. Namun kekuatan sistem, negara dan pertahanan ummat Islam perlu dibina agar kita tidak mudah diperkotak-katikkan. Ayuh, sertai mereka di seluruh dunia untuk membela nasib our promised land.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri"
(13:11)


Dr Mahathir pun sokong boikot

Thursday, January 8, 2009

Apa yang boleh aku lakukan?

Terpaku pada laporan di kaca televisyen saban pagi dan malam. What I can do? I ....I...I....I....I..

saya yang kecil, saya yg tiada kuasa, saya yang kurang kemampuan...

I....I....I....saya...saya...saya sebagai saya...

saya mesti lakukan sesuatu!! mesti!! bukan sekadar berkata "kesian" lantas menyebarkan berita yang didengar kepada rakan-rakan dan keluarga....bukan sekadar itu peranan ku..

mesti lebih besar, lebih besar dari yang kecil~!

fikirkan lah setiap dari kita...act, act now!

"Jadilah seperti burung yang ulang alik membawa air dalam paruhnya semasa Nabi Ibrahim a.s dibakar.. Sungguh tak logik untuk memadam api yang besar. Apabila ditanya mengapa dia berbuat demikian, dia berkata;
Aku takut kalau Allah tanya apakah yang aku telah buat untuk selamatkan baginda. Sekurang-kurangnya aku buat apa yang aku mampu.."

derma, demonstrasi, tulis/sign surat bantahan, boikot.................oh my Lord! How can I stop this massacre......