Sunday, November 21, 2010

menyerah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Saya rasa seperti sudah menyerah kalah untuk menulis, and this "menyerah-kalah" word has been in my head for a few months.

And now peak period is approaching. Peak period dalam dunia auditing adalah lebih kurang dari bulan 10-11 sehingga bulan 4-5 setiap tahun kerana banyak syarikat akan menutup akaun mereka dalam tempoh masa ini. Peak period maknanya, ada orang mungkin kena kerja setiap hari sehingga pukul 3 pagi dan kembali masuk kerja keesokannya pada waktu pagi seperti biasa selama tempoh ini, peak period juga maknanya kebanyakan orang tidak lagi mengenali makna weekend dan bilakah weekend itu. Ada orang mungkin situasinya sedikit lebih baik dari di atas, ada orang mungkin situasinya lebih teruk dari di atas, kerana ada sahabat yang pergi pagi ke office, then balik pula pg esk utk mandi dan tukar baju dan terus kembali ke pejabat pada pagi itu juga. Dan saya kagum dia boleh bertahan dengan tempoh yang lama utk hidup seperti itu. Ada juga orang yang kerja sehingga pukul 12 malam sahaja, orang ini kategori bernasib baik.

Buang bab kerja long hours, I realy love auditing=). Suka bila boleh tengok bigger picture of the numbers, suka bila boleh tahu bagaimana number-number ini memberi kesan kepada kehidupan di sini dan di sana, keadaan ini dan keadaan itu.

Working hours in non-peak time pun dah tak sempat nak menulis elok-elok, so bila peak period? Bukan tidak ada masa langsung sebenarnya, ada masa dicelah-celah itu. Pagi lepas Subuh until bergerak ke office ada masa, malam walaupun balik kul 11-12 malam tapi still ada masa jika masa itu mahu di "ada" kan, weekend walaupun kena wt kerja office tapi boleh cari masa di celah-celah itu, masa akan ada jika di "ada"kan, jika mahu diperuntukkan. Namun, ijtihad saya pada masa sekarang, masa di celah-celah itu yang saya cuba "ada"kan adalah lebih baik untuk perkara-perkara yang lebih afdhal dari segi keutamaannya pada masa sekarang, dari segi hak untuk diri sendiri, mutabaah amal, dakwah, keluarga, ukhwah dan sebagainya. Dan dalam "celah-celah itu" saya merasakan, blogging berada dalam senarai paling last.

Bila penat-penat sangat, bila kerjaya itu menuntut sangat banyak perkara dari kita, sampai kadang-kadang rasa seperti sudah lebih dari limit, perlu untuk selalu ingatkan diri akan hak-hak yang Allah dan Rasul telah tetapkan. Kita diingatkan "bahawa ke atas diri kamu itu, kamu ada hak", "keluarga kamu ada hak atas kamu", ""Allah dan Rasul pun ada hak atas diri kamu", kullu alaika haqqin haqqahu. Hak paling asas atas diri, pancaindera, tubuh badan tu semuanya milik Allah, Allah yang bagi kat kita sebagai pinjaman dan amanah. Oleh sebab, itu , adalah pinjaman dan amanah dari Allah, kita kena jaganya baik-baik, kena jaga kesihatan, tidur, rehat secukupnya yang pada realitinya amat terabai dek kerana kesibukan..bila namanya amanah, nanti akan semuanya dipertanggungjawabkan, kena jawab depan Allah nanti. Dan kemudiannya amal fardi lah kan? Solat jaga betul-betul, sesempurna mungkin ke tak, puasa, baca Qurán dan sebagainya, perkara penting yang boleh jd terabai saban hari kerana sibuknya kita. Perkara ini bahaya kerana kesibukan akan menghilangkan amalan-amalan itu satu per satu dari kita, hari demi hari tanpa kita sedari. Sungguh, perlu mujahadah yang kuat untuk istiqamah beramal, fardhi mahupun jama'ie.

Mungkin ada yang kerutkan kening kenapa saya tiba-tiba menekankan soal hak dan kewajiban jaga tidur, makan, solat dan baca Qurán. Bukan tue benda basic sangat ke? Hurm... mungkin ingatan ini lebih sesuai untuk mereka yang selalu tak cukup tidur, selalu tak sempat nak makan.... yang sedang melalui kehidupan yang sangat sibuk dan yang bakal melalui kehidupan yang sangat sibuk. Pekerjaan itu juga adalah ibadah, tetapi ia tidak boleh mengambil seluruh hidup kita kerana Islam mengajar kita tentang wasatiyyah, iaitu keseimbangan.

Moga pekerjaan kita adalah ibadah kita kepada Allah, tidur kita juga adalah ibadah, makan kita adalah ibadah dan setiap detik adalah dalam perkiraan Allah.

p/s: erti hidup pada yang memberi..

No comments: