Tuesday, November 23, 2010

Lesson of the day (updated)

Assalamualaikum wbt

Sebenarnya hari ini sgt banyak "pengajaran" yang patut saya hadam betul-betul buat panduan masa depan, terutamanya dari sudut kerjaya.

Kenapa?

Sebab hari ini ada one-to-one session dengan performance manager for year-end review, lebih kurang pukul 7 malam. Tapi saya nk simpan yang lain2 dalam diary...mahu wajibkan diri jadi panduan masa depan.

Yang paling utama:

--> perlu belajar untuk peramah, proactive memulakan hubungan, always warm and smile, and maintain good relationship with everyone<--

Saya jadi sangat terkesan dengan perkara ini kerana teguran manager itu sama seperti teguran mak saya sejak setahun dua nie. Dua orang nie je yang pernah tegur saya specific bab nie, tapi saya yakin teguran ini ada benarnya selepas Performance Manager tegur dan bincang tadi.

Talking about workplace, saya memang ada memulakan 'greeting' to new people, tapi bukan pada semua, saya memang ada memulakan persahabatan tetapi jarang, saya memang boleh jadi warm and have good relationship tetapi bukan dengan semua orang. Patutnya, berusaha mengenali dan menjalinkan hubungan baik dengan semua orang, bukannya nama orang pun tidak ingat (masalah zaman berzaman).

Percaya atau tidak, hari ini saya terpaksa percaya betapa besarnya perkara di atas dalam menentukan prestasi kerjaya direct or indirect, samada menjadi cemerlang, baik, sederhana, dan sebagainya. Dan perkara "social" ini juga menjejaskan fakta-fakta end result, dan juga ada kesan kepada accounting figures.

Nak berubah itu susah sebab itu adalah sikap asal kita, jadi selalu kena remind ourself dan berusaha ke arah itu. Perkara simple seperti greet orang tatkala berselisih, acknowledge apabila bertembung. Dan update workstatus even when you don't have the problem, bukan hanya communicate apabila ada perkara nak dibincangkan dan ada masalah yang menyekat kelancaran kerja. Selalu perlu communicate good verbal dan non-verbal dengan orang-orang sekeliling kita especially bila dah jadi teamates. Saya belajar juga bahawa "absence of action" is not good at all. Maksudnya tidak buat apa-apa, duduk diam-diam buat kerja (not good).

---> walau atas nama kerjaya atau professionalisme, isu ikhtilat tetap perlu dijaga..
<----

Sangat banyak perkara sebelum nie saya pandang remeh dan hanya menyedari perkara kecil-kecil yang saya rasa kecil itu tidak remeh rupanya. Contohnya: 6 bulan yang lalu saya pernah ditegur oleh performance manager tentang cara jalan saya. Dia kata "did not look professional. In a way, it's good, from the way you walk ... i know you'r happy and dont have stress, but in client place, you should represent the professional image including the way you walk." Saya terkejut juga dengan teguran yang tidak disangka-sangka kerana bagi saya ia adalah luar "job-scope", dan saya telah berjanji untuk ubah cara jalan saya (at least at the workplace) and will wait for further feedback. Alhamdulillah, feedback selepas itu dah ok cara jalannya, tak jalan leisurely enjoying my walk lagi=D.

All in all, sentiasa positive dan bersangka baik dengan semua orang tidak kira bangsa dan agama, tidak kira kenal atau tidak, tidak kira apa sikap mereka terhadap kita ! Dan sentiasa berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik =)

Berharap untuk menjadikan tulisan ini panduan diri sendiri bagi tahun-tahun mendatang, selepas menamatkan ACCA insyaAllah.

A summer to remember~

Welcome home akhawaty,

4 Dec 2010- Walimah Kak T-Mc and Akh Nazri (Bangi, Selangor)
18 Dec 2010- Walimah Kak Izzah and Akh Hairuladha (Bahau, Negeri Sembilan)
21-22 Dec 2010 - e-Audit Conversation Training
24-26 Dec 20010- JIRIM (Gombak, Selangor)
26 Dec 2010-Walimah Akh Hairuladha dan Kak Izzah (Klang, Selangor)


7-9 January 2011-Semai Mesra (Bukit Cahaya Seri Alam, Selangor)
14-16 January 2011-JALINAN (Bentong, Pahang)


~will be updated...

Sunday, November 21, 2010

menyerah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Saya rasa seperti sudah menyerah kalah untuk menulis, and this "menyerah-kalah" word has been in my head for a few months.

And now peak period is approaching. Peak period dalam dunia auditing adalah lebih kurang dari bulan 10-11 sehingga bulan 4-5 setiap tahun kerana banyak syarikat akan menutup akaun mereka dalam tempoh masa ini. Peak period maknanya, ada orang mungkin kena kerja setiap hari sehingga pukul 3 pagi dan kembali masuk kerja keesokannya pada waktu pagi seperti biasa selama tempoh ini, peak period juga maknanya kebanyakan orang tidak lagi mengenali makna weekend dan bilakah weekend itu. Ada orang mungkin situasinya sedikit lebih baik dari di atas, ada orang mungkin situasinya lebih teruk dari di atas, kerana ada sahabat yang pergi pagi ke office, then balik pula pg esk utk mandi dan tukar baju dan terus kembali ke pejabat pada pagi itu juga. Dan saya kagum dia boleh bertahan dengan tempoh yang lama utk hidup seperti itu. Ada juga orang yang kerja sehingga pukul 12 malam sahaja, orang ini kategori bernasib baik.

Buang bab kerja long hours, I realy love auditing=). Suka bila boleh tengok bigger picture of the numbers, suka bila boleh tahu bagaimana number-number ini memberi kesan kepada kehidupan di sini dan di sana, keadaan ini dan keadaan itu.

Working hours in non-peak time pun dah tak sempat nak menulis elok-elok, so bila peak period? Bukan tidak ada masa langsung sebenarnya, ada masa dicelah-celah itu. Pagi lepas Subuh until bergerak ke office ada masa, malam walaupun balik kul 11-12 malam tapi still ada masa jika masa itu mahu di "ada" kan, weekend walaupun kena wt kerja office tapi boleh cari masa di celah-celah itu, masa akan ada jika di "ada"kan, jika mahu diperuntukkan. Namun, ijtihad saya pada masa sekarang, masa di celah-celah itu yang saya cuba "ada"kan adalah lebih baik untuk perkara-perkara yang lebih afdhal dari segi keutamaannya pada masa sekarang, dari segi hak untuk diri sendiri, mutabaah amal, dakwah, keluarga, ukhwah dan sebagainya. Dan dalam "celah-celah itu" saya merasakan, blogging berada dalam senarai paling last.

Bila penat-penat sangat, bila kerjaya itu menuntut sangat banyak perkara dari kita, sampai kadang-kadang rasa seperti sudah lebih dari limit, perlu untuk selalu ingatkan diri akan hak-hak yang Allah dan Rasul telah tetapkan. Kita diingatkan "bahawa ke atas diri kamu itu, kamu ada hak", "keluarga kamu ada hak atas kamu", ""Allah dan Rasul pun ada hak atas diri kamu", kullu alaika haqqin haqqahu. Hak paling asas atas diri, pancaindera, tubuh badan tu semuanya milik Allah, Allah yang bagi kat kita sebagai pinjaman dan amanah. Oleh sebab, itu , adalah pinjaman dan amanah dari Allah, kita kena jaganya baik-baik, kena jaga kesihatan, tidur, rehat secukupnya yang pada realitinya amat terabai dek kerana kesibukan..bila namanya amanah, nanti akan semuanya dipertanggungjawabkan, kena jawab depan Allah nanti. Dan kemudiannya amal fardi lah kan? Solat jaga betul-betul, sesempurna mungkin ke tak, puasa, baca Qurán dan sebagainya, perkara penting yang boleh jd terabai saban hari kerana sibuknya kita. Perkara ini bahaya kerana kesibukan akan menghilangkan amalan-amalan itu satu per satu dari kita, hari demi hari tanpa kita sedari. Sungguh, perlu mujahadah yang kuat untuk istiqamah beramal, fardhi mahupun jama'ie.

Mungkin ada yang kerutkan kening kenapa saya tiba-tiba menekankan soal hak dan kewajiban jaga tidur, makan, solat dan baca Qurán. Bukan tue benda basic sangat ke? Hurm... mungkin ingatan ini lebih sesuai untuk mereka yang selalu tak cukup tidur, selalu tak sempat nak makan.... yang sedang melalui kehidupan yang sangat sibuk dan yang bakal melalui kehidupan yang sangat sibuk. Pekerjaan itu juga adalah ibadah, tetapi ia tidak boleh mengambil seluruh hidup kita kerana Islam mengajar kita tentang wasatiyyah, iaitu keseimbangan.

Moga pekerjaan kita adalah ibadah kita kepada Allah, tidur kita juga adalah ibadah, makan kita adalah ibadah dan setiap detik adalah dalam perkiraan Allah.

p/s: erti hidup pada yang memberi..

Eid Adha

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah I have been granted with quite a long break for Raya Eid Adha, despite the fact that the peak period is approaching. Alhamdulilah, I have the good opportunity to be at my hometown and spend the time with my siblings, uncles, aunties, cousins etc. My cousin, Fatimah had her walimah on Friday (3rd and 4th day of the eid) in Kuala Terengganu and we have a good gotong royong and get-together moments.