Bumi Cinta? Wow, A love story? hold on..
I was walking at One Utama after lunch when I first spotted this book in Popular and MPH. Considering I was quite free in the office that day, I bought it straightaway and did not move from my chair until I finished it. By the way, this is the one and only Habiburahman El Shirazy's book which I bought (make a record..:D).
For the first time Kang Abik (Habiburahman El Shirazy) does not use Egypt or Indonesia as the background of his novel. yeay, it's Russia this time.
Oh, the hero also has more human's characters than angel's act of piousness like other heros in his previous novel. Before I go further, the theme of this novel is about a struggle of a pious rijal to adhere to his Islamic teaching in Russia where (according to Kang Abik) is the biggest producer and user of pornography. The plot is evolving around Muhammad Ayyas's research at University, his relationship with Imam and Muslim community in Moscow, and his Mossad agent and stripper housemates.
As the book was written in Malay ( I got the Malay version, instead of Indonesian version which are sold almost everywhere), it's better for me to continue my blabbernes in Malay.
Bismillahi rahmanirahim...
Just some mere thoughts which I got after reading Bumi Cinta 4 weeks ago.
1. Watak Utama:
Muhammad Ayyas
Pemuda Indonesia yang pernah mendapat pendidikan di India dan Madinah. Dia ke Moscow untuk melakukan sebahagian daripada kajian untuk thesisnya. Tajuk kajiannya di Rusia ialah, "Sejarah Ummat Islam di Rusia pada Zaman Stalin". Dia sepatutnya dibimbing oleh Professor Tomskii sewaktu membuat kajian di Rusia, namun Prof. Tomskii terpaksa meninggalkan Rusia kerana dipanggil ke Turki untuk urusan yang lebih penting. Prof Tomskii telah melantik Doktor Anastasia untuk menggantikannya membimbing Ayyas. Ayyas melakukan kajian thesis di Lomonosov Moscow State University (MGU).
Keperibadian Ayyas digambarkan sebagai seorang yang sangat unggul akhlak dan kuat imannya, sebagaimana hero-hero Kang Abik yang lain seperti Fahri dan Abdullah Azzam. Dalam satu interview di Jakarta, Kang Abik pernah ditanya wartawan "watak-watak hero dalam Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih sangat ideal. Masih wujud lagikah lelaki seperti ini pada hari ini". Kang Abik menjelaskan sebenarnya masih ramai lagi lelaki-lelaki (dan tentu juga perempuan-perempuan) yang masih kuat iman, tinggi akhlak dan peribadi dalam dunia hari ini. Watak-watak sebegini walaupun nampak sangat idealis, perlu diangkat agar boleh menjadi contoh kepada masyarakat yang keliru idola dan identiti. Perlu ditumbuhkan tokoh-tokoh teladan yang akan mengisi jiwa para pembaca agar bisa melihat inilah peribadi Al Qur’an yang berjalan. Ayyas digambarkan sebagai seorang yang bijak, teguh dan kuat iman, suka menolong orang lain, romantis, pandai mengenakan orang dalam halus (kelakar) dan tegas dalam mempertahankan perkara yang berkaitan dengan pegangan Islam dan prinsip hidupnya.
Anastasia Palazzo
Beiau adalah seorang pemegang ijazah PhD dari Cambridge dalam usia yang sangat muda. Dia digambarkan sebagai seorang yang sangat cantik, tidak bergaul bebas dengan lelaki seperti warga muda Russia yang lain, bijak dan berpegang teguh dengan ajaran Kristian Oktodoks. Dia telah mendapat kedudukan yang tinggi dalam kerjayanya di MGU dan menjadi orang kepercayaan Prof Tomskii.
Dan Doktor ini telah terjatuh hati dengan Ayyas kerana dia tertarik dengan prinsip kesucian diri Ayyas yang dirasakan sangat berbeza dengan pemuda-pemuda Russia lain yang semuanya suka bertukar-tukar pasangan.
Yelena
Teman seapartment Ayyas. Kenapa Ayyas duduk dengan perempuan? Berdasarkan hujah David, teman Ayyas yang tolong mencarikan rumah buat Ayyas, inilah rumah paling selamat dan keadaan inilah yang paling selamat buat Ayyas di Rusia pada masa itu kerana duduk dengan lelaki Rusia lagi bahaya. Pengajaran yang saya dapat ialah, "berhati-hati dalam berkawan". Kawan mampu menjerumuskan kita dalam keadaan yang kurang baik nilai yang dipegang oleh kawan kita sudah kurang betul, maka keputusan yang dibuat juga menggunakan Fiqh Awlawiat dan kompas yang terpesong. Walaupun hujah David mungkin ada benarnya, namun jika dia kaki surau, dia akan boleh minta tolong tumpangkan Ayyas buat sementara waktu di mana-mana jemaah di surau dalam keadaan kesusahan sebegitu. Namun, David yang tidak pernah lagi solat sejak meninggalkan Indonesia dan telah hidup seperti orang Rusia lain.
Yelena adalah pelacur kelas atasan yang pernah dilanggan oleh pembesar Indonesia sewaktu berkunjung ke Russia. Yelena adalah seorang Atheis selepas memeluk Islam. Yelena digambarkan sebagai seorang yang selalu berpakaian sangat minumum di rumah sehingga Ayyas menegurnya agar lebih bersopan dalam berpakaian. Yelena memeluk Islam di akhir cerita selepas peristiwa dipukul hampir mati oleh geng mafia Russia.
Linor
Juga teman seapartment Ayyas. Dia adalah seorang agent Mossad di Rusia yang menyangka dia adalah berdarah Yahudi Zionist. Linor adalah seorang pemain biola professional yang sangat cantik, jahat dan bersikap dingin sepanjang masa.
Selepas satu projek Mossad meletupkan bangunan penting sewaktu lawatan seorang menteri dari eropah, Linor pergi bercuti dan menghabiskan masa bersama ibunya. Di sini barulah dia mengetahui bahawa dia sebenarnya berdarah Palestine dilahirkan oleh seorang ibu beragama Islam sewaktu tragedi Shabra Shatila. Ibu angkatnya yang merupakan salah seorang sukarelawan hospital di kem tersebut telah menyelamat dan membesarkannya sebagai seorang yahudi yang di "indoktrinate" dengan segala fahaman Yahudi dan Zionist di mana ayah angkatnya juga adalah seorang agent Mossad.
Linor juga telah merancang dengan teliti untuk memerangkap Ayyas dengan segala bukti untuk membuktikan bahawa Ayyas adalah dalang kepada pengeboman tersebut. Namun, "wa maka ro, wama karullah, wa Allahu khairul maakirin" manusia merancang, Allah menrancang dan Allah lah yang menetukan. Tidak seperti Fahri (Ayat-ayat Cinta) yang terpenjara angkara fitnah, Ayyas terselamat walaupun bukti-bukti yang dirancang Mossad mengarah kepadanya sebagai pengebom.
2. Jalan Cerita
Cerita bermula dengan ketibaan Ayyas di Moscow dijemput oleh David, sahabat lamanya, sewaktu bersekolah rendah di Indonesia. David telah mencarikan rumah buat Ayyas di sebuah apartment murah (budget Ayyas tidak banyak, jadi harus tinggal di apartment murah). David telah lama mengenali Yelena, dan berasa Ayyas akan selamat untuk tinggal dengan Yelena dan Linor. Kedua-dua perempuan ini digambarkan beberapa kali sebagai mempunyai kecantikan yang sangat mempesona.
Kehidupan yang bebas di Rusia menjadi ujian iman yang sangat besar bagi Ayyas yang pernah belajar di Madinah. Namun, dia tetap sangat menjaga pandangan mata dan perngaulannya dengan Yelena dan Linor sehingga Yelena pernah tersinggung kerana Ayyas menolak untuk berborak lama dengannya pada waktu malam di ruang tamu rumah. Kedua-dua perempuan ini pernah menggoda Ayyas tanpa segan silu dan Ayyas sentiasa mampu mengelaknya. Linor yang telah memasang kamera kecil pengintip dalam bilik Ayyas sebagai salah satu persediaan untuk mensabitkan dia dengan peristiwa pengeboman pernah mengintip menggunakan kamera tersebut untuk menggoda Ayyas. Tidak berpuas hati melihat Ayyas sangat teguh tidak menghiraukan kecantikannya, Linor menyusup masuk ke bilik Ayyas menggunakan teknik membuka kunci Mossad di waktu tengah malam ketika Ayyas sedang solat.
Ayyas kemudiannya melemahkan Linor menggunakan ilmu pertahanan diri yang dipelajarinya dan mengheret tubuh yang berpakaian gaun malam itu ke ruang tamu dan meninggalkannya di situ. Ayyas kemudiannya menangis bersungguh-sungguh sambil bersujud kepada Allah. Benar-benar seperti kisah Nabi Yusof dan Zulaikha. Linor yang kemudiaanya melihat rakaman dari kamera yang terpasang hampir tidak mempercayai Ayyas tidak melakukan apa-apa kepadanya dan tidak dapat menerima Ayyas terus bersujud dan beribadah kepada Allah.
Yelena pula telah dipukul agar mati oleh mafia Russia, dan diselamatkan oleh seorang mak cik pengemis di tepi jalan yang melihatnya dibuang di tepi jalan oleh mafia tersebut. Mak cik Kristian tersebut mempercayai kewujudan Tuhan dan mempunyai kenangan indah dengan rakan-rakan zaman kanak-kanaknya yang beragama Islam sebelum mereka semua dibunuh oleh Komunis kerana beragama (being practising Muslim). Mak cik tersebut selamat daripada dibunuh oleh komunis kerana berpura-pura menyokong idealogi Komunis dan tidak menjadi practising Christian. Mak cik yang setia menemani Yelena di hospital sehingga sembuh ini telah banyak mempengaruhi Yelena agar mempercayai kewujudan Tuhan. Yelena sebenarnya pernah memeluk Islam (kerana perkahwinan dengan pemuda Muslim) namun dia diceraikan kerana tidak menunaikan janji kepada bekas suaminya untuk menjadi 'practising' Muslimah dan juga kerana kecurangannya.
Dari sudut yang lain, Ayyas banyak menghabiskan masa siangnya di kampus membuat penyelidikan dan bacaan di perpustakaan. Dr. Anastasia Palazzo banyak berbahas tentang sejarah, agama dan kepercayaan dengan Ayyas dengan soalan-soalan yang sangat provokatif. Dia juga tidak dapat menerima ada manusia yang cerdik akalnya tetapi beribadah seperti nomad dan kaum primitif dengan sujud ke tanah. Persoalan Dr Anastasia ini dijawab dengan kupasan dan analogi yang sangat baik oleh Ayyas. Mereka sentiasa terlibat dalam perbincangan ilmiah dengan fakta sejarah yang sangat detail. Dr Anastasia dan Ayyas pernah sama-sama berdiskusi bersama tokoh-tokoh lain secara 'live' di televisyen Rusia. Sewaktu inilah pengeboman di bangunan terjadi dan Ayyas mempunya alibi yang sangat kuat walaupun polis ada bukti rakaman lelaki menyerupainya berada di kawasan pengeboman sebelum letupan dan juga beg berisi bahan membuat bom ada di bawah katil di rumahnya (yang telah diletakkan oleh Linor). Saya mendapat pengajaran tersendiri di sini, "kene selalu amal doa Rasulullah ajar untuk tidak menjadi mangsa fitnah dan perbuatan khianat orang lain". Ayyas hanya menjadi mangsa keadaan kerana dia adalah pemuda Islam dan menepati ciri-ciri untuk dijadikan kambing hitam, dek kerana pengeboman itu motifnya adalah Israel mahu hubungan diplomatik Russia dan negara-negara Islam rosak kerana Rusia agak berbaik-baik dengan negara-negara Islam pada masa itu.
Linor terbang ke sebuah negara lain untuk bercuti bersama ibunya (yang sebenarnya adalah ibu angkatnya) sejurus sebelum pengeboman itu berlaku. Linor kemudiaanya diberitahu identiti sebenar dirinya sebagai seorang bayi Palestine dilahirkan oleh seorang doktor Muslimah yang berkhidmat di Kem Shabra dan Shatila. Ibunya mati dibunuh dalam keadaan sangat mengerikan. Linor berasa sangat terpukul tatkala mengetahui perkara tersebut, mengenangkan pelbagai peranan risikan dan propaganda yang telah dilakukannya dalam mengkhianati rakyat Palestine. Ibu angkat Linor terpaksa menyembunyikan identiti sebenar Linor kerana kedudukan ayah angkatnya sebagai seorang yang penting dalam pentadbiran Israel.
Setelah mengetahui perkara sebenar, ibunya menyuruhnya untuk ke Jerman tinggal bersama sebuah keluarga Turki kenalan ibunya dan belajar Islam di sana sebelum membuat pilihan jalan hidupnya yang sebenar. Linor kemudiannya membunuh seorang gadis yang menyerupai dirinya dan memalsukan identiti gadis tersebut agar semua orang dan juga Mossad menggap dia sudah mati. Linor kemudian memeluk Islam dan bermimpi berjumpa ibunya yang menyuruhnya menikah dengan seorang lelaki yang mempunyai keperibadian seperti Nabi Yusof AS. Linor menyimpulkannya sebagai Ayyas kerana insiden di bilik Ayyas pada malam itu adalah hampir sama dengan kisah Nabi Yusof AS. Linor yang telah cuba menghapuskan semua bukti yang dia masih hidup kembali ke Russia untuk melamar Ayyas. Namun dia dibunuh sebelum sempat Ayyas membuat keputusan.
Ayyas telah meminta tolong orang-orang di Masjid mencarikan rumah baru buatnya atau menumpangkan rumah kepadanya kerana bimbang dengan keadaannya yang mempunyai dua orang perempuan sebagai teman serumah. Seorang pak cik kemudiannya mempelawa Ayyas tinggal bersamanya. Ayyas juga telah mula berkenalan dengan ramai orang-orang Islam di Moscow melalui masjid. Dia berjaya mendapat banyak maklumat tentang masyarakat Islam di Moscow melalui Imam Masjid Moscow. Hubungan yang baik dengan masyarakat Muslim disana menyebabkan mereka mengundang Ayyas untuk mengajar kanak-kanak Muslim Moscow membaca Al-Qur'an. Ayyas mengadakan kelas membaca Al-Qu'ran secara konsisten dengan kana-kanak tersebut sehingga mereka pandai membaca Al-Qur'an.
Pada masa yang sama, David yang telah lama hidup cara Russia menjadi insaf sejak dipertemukan oleh Ayyas dengan imam masjid besar Moscow. Dia mencari seseorang untuk dijadikan isteri tetapi mencari yang sekufu, yang juga mempunyai masa silam seperti dirinya, lantas dia mengajak Yelena memeluk Islam dan mereka pun berkahwin.
3. Konklusi
Happy ending ^_^, semua orang kembali kepada Islam. Indahnya jika dalam realiti kita boleh tarik ramai-ramai orang kepada Islam, kan?
Secara peribadi, jika dibandingkan dengan Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih, dua buah novel tersebut lagi banyak memberi kesan spiritual kepada saya. Banyak yang saya belajar dan termotivasi dengan dua buah novel tersebut. Pada pandangan saya, Bumi Cinta lebih sesuai untuk lelaki. Walau bagaimanapun, semua novel Kang Abik memberi contoh yang sangat praktikal untuk kita beakhlak dan menjaga peribadi dalam pelbagai situasi dalam dunia hari ini. Kang Abik mengajar dalam Bumi Cinta bahawa "puasa itu mampu menjaga iman, tilawah setiap malam itu mampu menjadikan kita berada dalam jagaan Allah sepanjang masa, dan Masjid adalah tempat penyuburan kesucian jiwa".
Semoga Kang Abik terus menulis kisah-kisah yang dekat dengan kita, meniupkan kesedaran dan meneguhkan iman dan mengukuhkan keislaman kita.
WaAllahu a'lam..
4 comments:
salam.
wow...ulasan yg cukup panjang n terperinci,membuatkan sy teruja utk membaca novel tersebut....
wslm~
haha...
but the previous novels are better.
Happy perusing, moga dapat belajar banyak bila membacanya nanti.
wow! dahsyat giler review kak thuaibah :D
p/s: ni org yg duk sebelah akak time konwanis tu :P
hehe, sy ingat awak!=D.
panjangkan?.. nak review novel susah lah nk tuis pendek2..
nk review buku yg sy hbs baca ms duk sebelah awak lagi susah..haha
selamat tambah amal bulan Ramadhan=)
Post a Comment