Sunday, May 31, 2009

Moga Bahagia Hingga Ke Syurga

Bismillahi rahmanirahim...

Ahad, 11 Februari 2007, adalah usrah pertama bersama Kak Baie. Usrah pertamaku secara rasmi di bumi Kanggaroo. Usrah pertama setelah 5 hari tiba di bumi Canberra. Usrah pertama hanya berdua. Seorang Naqibah yang datang jauh dari Melbourne dan seorang Mad'u yang baru tiba di Canberra.

Usrah pertama ini adalah benar-benar langkah pertama. The first remarkable step for the next thousand steps. Alhamdulillah, Allah mengurniakan sahabat-sahabat pilihanNya pada usrah-usrah berikutnya, dan dari semasa ke semasa, semakin ramai yang ingin bersama-sama berusaha menjadi Muslim yang lebih baik.

Kak Baie, satu nama yang akan ku kenang sepanjang hayat dikandung badan. Satu peribadi yang terlalu besar kesannya pada diriku.

Kak Baie telah menuntun langkah-langkah kecil kami sewaktu first year, langkah yang perlahan-lahan dibawa berjalan laju dan kemudiannya disuruh berlari.

"Canberra memerlukan antunna cepat membesar. Cepat dari tempat-tempat lain"

Saya bersyukur kerana ALLAH telah mengurniakan seorang naqibah yang jauh lebih berusia dan matang untuk membimbing kami agar berlari laju-laju. She was in her 4th year Medicine when we were in our 1st year.

Dan hari ini, saya ingin mengucapkan tahniah. Tahniah atas Baitul Muslim merangkap Baitul Dakwah yang akan dibina. Demi langkah dakwah yang akan semakin jauh dan luas.

Dan minta maaf kerana takdir tidak mengizinkan saya bersama akak pada hari bahagia akak.

"Akak harap ada akhawat yang temankan akak pada malam sebelumnya. Thuaibah boleh datang tidur rumah akak?" Satu permintaan yang pernah diungkapkan padaku. Sungguh, saya sangat-sangat ingin tunaikan. Kita hanya mampu merancang...

Dan nikahkanlah ia dengan orang yang bertaqwa kepada Allah. Sekiranya lelaki itu mencintainya, dia pasti memuliakannya, dan jika lelaki itu tidak mencintainya dia tidak akan pernah menzalimi dan menyakitinya

Al Hassan Ibn A’li, Radhiallhu ‘Anhu

Semoga doa akhawat semua sentiasa mongiringi setiap langkah kami, sedari detik ini sehingga kedua-duanya syahid di atas jalan Allah.

Semoga langkah keduanya akan lebih teguh…agar dapat meneguhkan yang lain pula.

Jazakumullah khair kathiran atas segala doa, sokongan dan bantuan yg dihulurkan

Salam sayang,

Ukht Baiyah


E-Card Jemputan Walimah: http://www.afzal-baiyah.com/walimah/index.html


Barakallahu Lakumaa wa Baarak ‘alaikuma wa Jama’a Bainakumaa Fil Khair.
Moga Dakwah Makin Berkembang.
Moga Bahagia Hingga ke Syurga~

Friday, May 29, 2009

Calon SPM dihad ambil 10 subjek

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL

Menurut Timbalan Perdana Menteri, perbincangan mengenainya telah dibuat di peringkat Kementerian Pelajaran dan keputusan itu juga sekali gus membawa perubahan dalam sistem penggredan mata pelajaran.

‘‘Kita akan mengehadkan 10 subjek sahaja untuk peperiksaan SPM pada tahun 2010 dan kementerian perlu membuat beberapa perubahan dalam penggredannya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis peletakan batu asas Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, Nilai dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Zulkurnain Awang.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, berdasarkan keadaan semasa, jumlah pelajar yang mengambil lebih 10 subjek pada peperiksaan SPM tahun lalu cuma 48,000 berbanding 500,000 yang mendudukinya seluruh negara.

‘‘Cuma 10 peratus yang mengambil lebih 10 subjek. Kita percaya dengan perubahan ini, 90 peratus pelajar yang kekal dalam 10 subjek atau kurang akan memperlihatkan angka yang sama tahun ini.

‘‘Perkembangan ini sudah tentulah memberikan impak positif dalam kaedah pengajaran guru di sekolah kerana mereka boleh menumpukan khusus kepada 10 subjek berkenaan.

‘‘Selain itu ia juga mengurangkan kos kepada ibu bapa yang terpaksa menghantar anak mengikuti kelas tuisyen kerana pengajaran dalam subjek pilihan tidak dibuat secara konsisten di sekolah,” kata beliau.

Muhyiddin juga menjelaskan, ketika ini kekemasan pelaksanaan peperiksaan 10 subjek dalam SPM itu sedang diperincikan oleh pegawai di kementerian berkenaan.

‘‘Memang sistem penggredan akan berlaku perubahan dan kita akan melihat kemungkinan pelajar mendapat A+, A atau A- atau B+, B mahupun B- bertambah ramai.

‘‘Ini akan diperhalusi kerana ia juga akan melihat kaedah terbaik dalam pemberian biasiswa kepada pelajar yang cemerlang dalam subjek terbabit. Ia akan dilakukan dengan sebaik mungkin,” kata beliau.

Semalam Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, sekumpulan ahli akademik dan profesional telah memulakan kajian terhadap cadangan kerajaan untuk mengehadkan jumlah subjek yang boleh diambil pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurutnya, kajian itu yang dijalankan atas arahan Timbalan Perdana Menteri akan melibatkan semua aspek.

Antara aspek yang dikaji ialah perbandingan tahap kecemerlangan pelajar termasuk mengkaji apakah pelajar yang memperoleh 21A itu cemerlang, tetapi mereka yang skor A dalam semua sembilan mata pelajaran yang diambil tidak cemerlang.

Dalam kajian yang dibuat itu juga, kementerian tersebut ingin mendapatkan kepastian tujuan sebenar pelajar berkenaan mengambil lebih daripada 10 subjek dan rasionalnya mengambil subjek bertindih dan skor A.

Utusan Malaysia

Bagaimanakah Nasib Para Pelajar Sekolah Agama yang sejak dahulu kala lagi telah mengambil 12 subjek? Adakah ini bermakna subjek-subjek agama Islam seperti Pendidikan AL-Qur'an dan As Sunah, Pendidikan Syariah Islamiah, Tasawur Islam, dan Bahasa Arab Tinggi tidak boleh diambil secara rasmi?

Sesungguhnya saya kurang bersetuju dengan keputusan ini. Hadlah kepada 15 ke. Namanya had Maksimum. Jika Pemilihan untuk biasiswa yang jadi masalah, gunalah sistem points and average. So "nilai" pelajar yang dapat 11 A1 1A2 tetap lebih rendah dari dari yang dapat 10A1.

Thursday, May 28, 2009

Adakah Anda Membaca Al-Qur'an Setiap Hari?

Bismillahirahmanirahim...

Juz a small poll in a corner of a website


make me to ponder..
remind me of,
"are we a good muslim?"

"we should read Al-Qur'an everyday no matter how busy we are, shall we?"


Saturday, May 16, 2009

Tengah Hari Jumaat

Subuh, Jumaat, 15 May 2009;
"jom pegi sembahyang Jumaat kt Masjid Canberra hari nie?" sms dihantar kepada Jehan, Ili dan Aina.

Zuhur, Jumaat, 15 May 2009;

"bukan akak kata nak g sembahnyang Jumaat ke?" tya Aina...

Thursday, May 14, 2009

Autumn in ANU...Subhanallah...

Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Alah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang














Subhanallah, Subhanallah...Subhanallah..

"Ya Tuhan Kami, tidaklah Engkau Menciptakan Semua Ini Sia-Sia, Maha Suci Engkau, Lindungilah Kami dari Azab Neraka"
(3:191)

Pictures on 13 May 2009,
Autumn, ANU
, Canberra,
Thanks to Kak Su...

Sunday, May 10, 2009

HaPpY MotHer's Day

~Selamat Hari Ibu~
..you mean a world to me..

"Rabbana, cover (us) with Thy forgiveness - me, my parents and all the believers, on the day that the Reckoning will be established."
(14:40)

Ya Allah, love my parents more than they ever loved me.. bestow upon the mercy from You..and i beg you to grant them all the goodness herein and hereafter..

only Allah can reward you, my dear mother..
Happy Mother's Day

Thursday, May 7, 2009

satu rindu

Bismillahirahmanirahim...

Baru baca warkah rindu Kak Didi yang jauh di Adelaide, menitipkan rindunya buat kami kanak2 comel.

Dan K.A.M.I, adik2 yg banyak menerima jasa dan kasih akak~ Memang merindui akak sangat2. Saya juga merasakannya, apatah lagi Ida dan Awatis yang saban hari bersama akak tahun lepas. Semua orang rindui akak. Sebab itulah semua org nak pegi Adelaide winter niey~

Tahun ini, dengan menaiki bus dan berjalan kaki, saya temankan adik-adik 1st year membeli study lamp di Bunnings, Belconen. Sepanjang-panjang jalan ingatan sgt sayu buat Kak Didi dan Kak Ayu yang banyak menolong dalam proses sy membeli lampu 3 tahun lepas! Sampai dua kali kne pegi Belconen sebab lampu saya, dan specification sy yg macam2 ttg lampu saya. Teringat Pak Cik Bunnings cakap, my wife is like you, i understand you. ..huhuhu.. Pak Cik yang tolong menggeledah stock lampu bunning yg byk itu untuk dapatkan lampu yang memenuhi kehendak saya. Berbaloi juga akhirnya, dia bersusah-susah untuk saya kerana sy keluar Bunnings dgn 2 buah lampu yang berharga lebih 100 dollar! Saya cari Pak Cik tue nk perkenalkan dgn adik2 tetapi tak jumpa. Mungkin dia sudah tidak berkerja kat situ. Akak bawa sy dgn kereta tetapi tahun ini walaupun kene berjalan kaki, sy rela untuk bersama mereka. Mengingatkan kebaikan akak dulu, sy mahu buat begitu juga kpd adik-adik 1st year. Mungkin sbb sy sudah ada pengalaman dgn mencari lampu, masa yg digunakan untuk mencari lampu yg memenuhi kehendak hati tidak lah selama saya dulu ^_^. Akhirnya, Ili beli satu lampu dan Jehan beli satu lampu. Dua-dua lampu itu adalah model lampu saya yg saya beli 3 thn lps dan sdg sy guna sampai skg~ Copy Paste. Menjadikan bilik 3453 terang benderang, kadang2 seperti terlebih terang. (Bayangkan, saya ada 5 lampu dalam bilik tidur:D).

Saya pegi appointment gigi hari Isnin lepas, sekali lagi fikir tentang akak je. Akak dulu yg carikan dentist, akak yg call buatkan appointment for me, akak yang temankan, akak yang take care. Saya sgt2 takut, tahun lepas mmg sgt dahsyat takutnya dan what make me can go through it adalah sebab akak, I have someone to rely on my feelings. Segala perasaan sy yg macam2 tue, sy rasa boleh kuat sbb akak ada walaupun sy tak perlu cakap perasaan takut, gerun, nak nangis, sejuk, seram sy kt akak. Pelukan akak yang selalu buatkan saya rasa secure. Rindu. Terima Kasih for everything akak~ Moga ALLAH membalas segala kebaikan akak krn hanya Dia sebaik-baik pemberi balasan. Tahun ini, even though i dun have someone older to cry on the shoulder, Allah has blessed me with wonderful sister. Aina, adik 1st year yang offerkan diri untuk temankan jumpa doc. Mengenali Aina dan bersama dengannya hampir setiap masa apabila tidak ke kelas selalu mengingatkan bagaimana akak melayan saya. Melayan saya bercerita, study sesama, memasak sesama, beli groceries sesama. Tarbiah Qudwah yg tak ternilai harganya dari akak ~!. Moga-moga saya mampu menjadi seorang kakak yang baik juga, menyayangi dan mengasihi adik-adik dengan sepenuh hati. Dan moga kasih ini bukan kasih yg sia-sia, bukan kasih yang tanpa Dia bersama.

One thing that I would never forget is, she tried to cook Laksa for the first time in Canberra as the present for my Birthday, 2008. I love laksa Terengganu so much (tp rasa2 nya, seingat-ingat, saya tak pernah bgtau dia atau sesape kt Canberra nie). Saya tak percaya Laksa itu for my birthday sbb impossible Kak Didi yg final year lg sibuk, nk masak laksa kt saya while sy tak pernah kata mengidam ke apa. Dah la nk cari bahan susah kt Canberra nie, dan itu pertama kali dia memasak laksa kt Canberra (bersungguh sekali, terharu) . Dalam saya tak percaya laksa itu adalah for me, Kak Didi beria meyakinkan saya laksa tue memang dia buat untuk saya~ and the end of the day, I choose to perasan, yes, she did it for me^_^. Lantas memakannya dengan bersungguh-sungguh beberapa kali. Sedap. Thanks akak~. I would never forget this, sbb apabila balik Msia, menu pertama yg sy request my mum to cook is Laksa and I will eat it pagi, tghari sket, lunch, petang, dinner. Dahsyat kan? huhu..

with her, October 2008

"nak beli yang mana ye?"Kak Didi diapit Ziq dan Amalina, Sydney, September 2007


with one of kak didi's best friend, she's jew just reverted to Islam, August 2008, Canberra Muslim Youth Dinner


p/s: berlainan tarbiah dan jemaah tetap membuatkan dia seorang kakak, daie dan sahabat yang baik buat adiknya ini.

mahukan ini:~
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah : 269)