Monday, October 18, 2010

JIRIM



post Sirah Muzikal

Assalamualaikum wbt

Dah seminggu lebih habis Sirah Muzikal, alhamdulillah, saya dapat mood "happy and enjoy" sepanjang majis yang berlangsung lebih kurang 4 jam itu.

Bila saya kata "happy and enjoy" maknanya ia sangat best dan kalo dibuat lagi, I will definitely will book a VIP seat to go there.

Saya pada mulanya dah membuat persediaan mental untuk melawan bosan jika pementasan itu bosan. Tapi rupanya sangat tak bosan dan best. Saya rasa berpuluh-puluh lagu yang dinyanyikan oleh para artis nasyid terkenal tanah air sepanjang pementasan tersebut menyebabkan "mood energetic" itu terus bertahan sehingga akhir. Ramai artis nasyid datang menyanyikan lagu masing-masing yang berkaitan dengan plot cerita Sirah Muzikal. Muzik dan lagu-lagu bahagian akhir banyak yang rancak dan bertenanga, yang sememangnya sangat membantu dalam memastikan pemantasan itu terus menarik sampai akhir. Dan tentunya semua lagu-lagu itu sangat sesuai dengan kisah dan babak dalam Sirah Muzikal itu.

Sirah Muzikal bermula dengan kisah penghinaan maruah wanita dan pergaduhan kabilah pada zaman sebelum kedatangan Nabi Muhammad di Mekah dan berakhir dengan kematian Khalifah terakhir dalam suasana yang amat tragis. Persembahan para pelokon teater dari beberapa buah universiti tempatan sangat bagus dan berkualiti (with exception to a few technical error yang saya rasa tak sampai 1% pun daripada keseluruhan persembahan).

p/s: cara sy tulis review sangatlah tidak menarik kan? tak apelah, yang pasti persembahan tuh sangat best walaupun citer sejarah tapi langsung tak bosan, olahan plot yang bagus, memang betul-betul muzikal dan para pelakon berjaya membawakan watak dengan baik, jalan cerita juga not too heavy and not too light, just nice=). Lagi tak menarik apabila saya tak bawa Kamera ke sana, ada gambar dari handphone je...


Dari WebSite Sirah Muzikal



Dari Gambar Yang Saya Sempat Jumpa



Dan ini gambar kurang kualiti dari handphone saya:

(Fareena, adiknya dan saya-Sirah Muzikal-Putrajaya)

(rehearsal)

(asma ul-husna)

(hafsah-paranoid dengan saya mengerjakan pipinya=D)

nazrey johani

scene

nowseeheart

audience

scene paling suka..=)

scene

Friday, October 1, 2010

Pesan Abang Setulus Pejuang

Dari Sibu ke kota Sandakan,
Amanah ditanggung menuntut ilmu.
Mari adik abang kisahkan,
Sejarah agung asal usulmu.

Melukah ikan di Paya Bakong,
Dibuat lauk ketika bersahur,
Tahukah adik tawarikh agung,
Perihal babad Melaka yang masyhur?

Ikan bujuk ikan tilan,
Tenggiri bunga di mata jala,
Ulama dirujuk penegak keadilan,
Negeri sentosa rakyat terbela.

Mengira waktu menghitung saat,
Menanti berbuka di kedai warung.
Hukum Kanun berlandaskan syariat,
Islam tertegak agama dijunjung.

Hinggap jentayu di pohon mertas,
Mencari-cari dahan menasi.
Bahasa Melayu tersebar luas,
Dikongsi-kongsi hingga ke Parsi.

Bulan bukan sebarang bulan,
Bulan mulia dihujani rahmat,
Sultan bukan sebarang sultan,
Sultan adil berjiwa rakyat.

Manggis ranum kemerah-merahan,
Berbagai rupa sedap belaka,
Portugis menyerang bermati-matian,
Berakhirlah sudah kegemilangan Melaka.

Resmi sekadim bergaduh bercanda,
Badan sudah dua senyawa.
Angkara jahanam Inggeris Belanda,
Kaum serumpun terpecah dua.

Melalu denai melintas titi,
Meredah hutan memetik melati.
Jepun menentang separuh mati,
Watan dipertahan sepenuh hati.

Dari Langkasuka ke Putrajaya,
Tentangan ditepis menabur jasa,
Laungan Merdeka menggegar Malaya,
Kemuncak manis pejuang bangsa.

Negara ini bangsanya rencam,
Beruntungnya lahir di tanah bertuah.
Jangan kau lupa peristiwa hitam,
Rusuhan kaum menumpahkan darah.

Menahan kayu memasang pasak,
Disengat tebuan di hujung rimba.
Ketuanan Melayu dihentam diasak,
Siapa yang tuan, siapa yang hamba?

Bilangnya ajal merasa sayu,
Semadi jasad bernesan jawi,
Malangnya nasib berbangsa Melayu,
Menjadi hamba di tanah pertiwi.

Apa guna memetik cempaka,
Kalau bunga dimusnah sarang,
Apa guna erti merdeka,
Kalau jiwa dijajah orang.

Mencari kayu melumat rencah,
Herba ditambah pelazat ramuan.
Sesama Melayu umat berpecah,
Usah bicara soal kemajuan.

Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan jiwa merdeka.
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
- Burhanuddin al-Helmy-

Parang diasah menerang belukar,
Menyabit di sini menebas di sana.
Abang bermadah adik mendengar,
Moga menjadi iktibar bermakna.

Andainya abang menyimpang jalan, janganlah adik terikut leka,
Andainya abang syahid di medan, janganlah adik gundah berduka.
Ketika terasa lesunya iman, ingat kembali syiar Melaka,
Ayuh adik mara ke depan, kita semarakkan jiwa merdeka!

Nice sharing dari sini=), nice..