Friday, March 13, 2009

MMP Sekali Lagi Memecahkan Rekod SPM

Hari ini bertarikh 12 Mac 2009 merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak terutama pelajar-pelajar yang menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM).
Keputusan SPM dan STAM telah diumumkan pada tengah hari tadi di Dewan Utama, MMP dan MMP merupakan sekolah terbaik di Malaysia.
Pelajar terbaik SPM di seluruh Malaysia ialah Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal dengan pencapaian 20A iaitu 19A1 dan 1A2. Manakala, pelajar terbaik STAM ialah Suhaslinda bt Razali dengan pencapaian 10 Mumtaz.
Hal ini mengulang sejarah pencapaian Siti Fatimah Mokhtar, pelajar terbaik SPM 2006 yang memperoleh 18A (17A1 dan 1A2) yang juga dari MMP dan Nur Amalina Juhari, calon terbaik SPM 2007 yang memperolah 15A (13A1 dan 2A2).
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang berjaya.

........................................................................................................................................................................

No comments: