"kekayaan sebenar itu adalah kekayaan jiwa, jiwa yang merasa penuh dan cukup" Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Kehebatan orang yang mempunyai kekayaan jiwa tidak dapat ditandingi oleh mana-mana jenis kekayaan yang lain. Tuan Guru Nik Abdul Aziz selalu bercakap tentang penyakit manusia moden hari ini yang sangat mengejar kekayaan materialistik sehingga tahap iri hati dengan pendapatan adik beradik dan suami/isteri sendiri. Penyakit hati ini mendorong tindakan tidak mahu memberi, sentiasa mengharapkan duit/harta orang lain dan tidak gembira dengan kesenangan orang lain. Sedangkan orang yang sebenar-benar kaya adalah orang yang sentiasa mahu memberi, walaupun kepada orang yang lebih tinggi pendapatan darinya.
Contoh yang mudah ialah, apabila dua orang sahabat keluar makan, siapakan antara keduanya yang mengharapkan sahabat seorang lagi akan membelanjanya dan siapakah yang dalam hatinya berniat untuk membelanja makan rakannya?. Apabila menggunakan kereta suami/isteri/ adik beradik/rakan, berniatkan kita untuk mengisi kembali minyak kereta tersebut dengan kuantiti yang lebih banyak dari yang kita gunakan?. Mahukah kita menjadi orang yang sentiasa dilihat oleh Allah atas kekayaan hatinya?