Monday, June 28, 2010

Jom ke Kuantan


Buat julung-julung kalinya, JALINAN akan diadakan di Kuantan pada 30 Julai 2010-1 Ogos 2010.

~ Satu program khidmat masyarakat anjuran i-Medik dan SEKTAR dengan kerjasama JKKK Felda~

Kami menjemput semua pelajar-pelajar yang berada di Malaysia pada tarikh di atas untuk bersama turun padang melakukan khidmat masyarakat dan ber JALINAN =).

Rujuk Details


Monday, June 7, 2010

Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

8. 15 pm:

" MyRasa buka malam nie"

Satu sms dihantar, sebelum makanan dipesan, agar housematenya itu yang berbulan-bulan menunggu untuk mencuba makanan di MyRasa dapat merasanya pada malam ini.

Makanan yang dipesan pun sampai, dia terus makan. Berseorangan.

"Salam. akak akan sampai pukul berapa malam nie?" satu sms diterima dari seorang adik.
"InsyaAllah by 8.40 pm" dia membalasnya.

Tiba-tiba, Sony Ericssonnya berbunyi;

"Awak kat mana?"
" Tengah makan"
"Baru nak keluar office nie, kejap lagi sampai"

Oh, housematenya itu sedang menuju ke sini, nampaknya mahu makan sekali.

"Salam. Akak may be lewat sket, tp insyaAllah sampai before 9 pm" satu sms dihantar.

Sebentar kemudian, housemate nya itu muncul bersama seorang lagi kawannya.

"eh, dah nak habis makan ke?"
"erm, tadi ingat nak balik office lewat lagi, jadi makan lah sorang-sorang, tak pe... order lah, saya tunggu"

Dia duduk, menunggu sahabatnya makan sambil borak-borak.

"Saya nak bawa kawan saya nie lepak kat rumah kita malam nie"

"OoO"

bagaimana harus diberitahu dia ada janji lain malam ini, dan tidak dapat bersama melayan tetamu rumahnya itu? Tetamu kepada housemate nya yang dia amat rapat.

"erm, saya ada plan lain malam ini"

"plan apa?" mereka serentak bertanya.

"plan jalan-jalan to somewhere"

"Ooooo..boleh lah kami ikut, kami free malam nie"

"isk, tak boleh" sambil tergelak. "saya nk jumpa kawan"

"tak pe, kami ikut lah juga jumpa kawan tu" "bolehlah... kami free malam nie" sahabatnya merayu separuh merengek.

"iskkk..." hanya itu dia mampu membalas.

"alaaa...boleh la, boleh la..."

"isk..tak boleh"

"tengok tu dia tak nak kita ikut, tadi kata nak pergi jalan-jalan, lepas kita nak ikut kata nak jumpa kawan pula" "sampai hati, tak nak bawa kita" housematenya merayu lagi.

"eh, saya nak pergi jalan-jalan jumpa kawan lah"

"OoOo..boleh lah kami pergi jalan-jalan juga, kenal kawan tu"

"isk..isk..mana bollleehh" dia menjawab sambil mengerutkan kening. Tergelak...mengelak.

"eh, you ada boyfriend ke?" tanya kawan kepada housematenya yang diam sejak tadi, dengan nada penuh terkejut.

"hah?" dia terkejut. sangat.

"isk3x inilah budak-budak zaman sekarang, apalah nak jadi" komen si kawan tadi dengan menggeleng-gelengkan kepala...

dia senyum. menahan ketawa sendiri.

"kalo tak nak bawa kami, mesti nak jumpa boyfriend kan?" kawan kepada housematenya itu semakin kuat mengenakan.

"boleh la kami ikut, bawala kami jalan-jalan""kesian kami nak jalan-jalan" housematenya itu merayu lagi.

"okay, nanti malam, saya balik, saya bawa jalan-jalan..okey?" dia memberi cadangan kepada dua orang insan di depannya yang berperangai mengalahkan kanak-kanak 5 tahun mahu mengikut ibunya. Namun, dibenaknya terfikir, bagaimanakah mahu membawa jalan-jalan dua orang kanak-kanak dewasa ini kerana pada tika itu sudah tentu lewat malam dan badan yang sedia penat mungkin tidak mampu lagi untuk memandu. Moga ada caranya nanti. tawakkal.

"okay, janji" dia melepaskan nafas lega sambil merasakan bahawa Allah sedang menguji atas apa yang telah diajar kepada mutarabbinya lewat pertemuan-pertemuan sebelum ini. Sungguh kamu akan diuji atas apa yang kamu perkatakan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
8.45 pm:

Dia selamat sampai menemui wajah-wajah ceria 20 orang adik-adik yang sedang menanti.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
10.30 pm:

" bila nak balik? dah pukul 10.30, janji nak bawa kami jalan-jalan" sms diterima dari kanak-kanak dewasa.

Dia segera bertolak balik selepas itu, berhenti di sebuah kedai membeli makanan untuk dibawa balik ke rumah untuk memujuk kanak-kanak dewasa yang menanti penuh harap.

11.00 pm:

Dia sampai ke rumah, terus di 'tembak',

"amboi-amboi lamanya dating, dari pukul 9 sampai pukul 11"

"isk2, budak-budak zaman sekarang nie"

"jemputlah makan" dia mempelawa housemate dan kawannya untuk makan. Dia juga segera mengambil makanan tersebut dan makan mendahului yang lain.

"eh, balik dating pun lapar ke?" mereka masih mengusik. Mengcungkil rahsia.

"dari gaya laparnya, nie bukan pergi dating ni" mereka membuat kesimpulan sendiri sambil makan dan terlupa menuntut janji pergi jalan-jalan.

alhamdulillah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
medan realiti